Sunday, December 9, 2012

MENCARI KLUANG RAIL COFFEE

Lepas magrib kami bertolak dari Semenyih menuju ke KLUANG. Bukan bercuti bukan tetapi untuk menghantar Alia balik ke INTAN KLUANG. Dah sampai Kluang bolehlah MENCARI KLUANG RAIL COFFEE. Aku jugak diberitahu ada jugak coffee lain yang popular di Kluang ni. Aku tak heran sebab seingat aku kalau masa kecik dulu pergi pasar malam banyak jek orang jual kopi campuran sendiri. Rasanya dulu hampir semua kedai kopi membuat kopi mereka sendiri.

Semenjak tengah hari aku dah bagi tahu Azizi yang nanti petang aku akan menghantar Alia ke Kluang so dia tinggal dengan nenek, atuk dan kakak. Macam biasa tadi apabila kami sibuk mengangkut barang masuk ke dalam kereta dia pun sibuk gak nak mengikut.

Bawak Azizi pusing sekejap dan hantar Azizi balik rumah, cuma nampaknya kena ujan sikit Azizi tadi, Ya Allah jauhkan penyakit daripada anak kami Ya Allah. Atuk ambil Azizi, ternyata Azizi tidak menangis tetapi mata dia nampak berkaca.

Alhamdulillah hampir jam 10 malam kami sampai Kluang dan semasa menanti hidangan di kedai makan, Alia call rumah dan Akam bagi tahu tadi Azizi tidak menangis dan sudah tidur. Alhamdulillah , mungkin benar dari pembacaan aku yang budak sebenarnya faham apa yang kita katakan kepada mereka. 
Rail Hotel; TQ Mr. Google
Hotel Mega 68; TQ Mr Google
Alia suggest aku duduk Rail Hotel tapi nampaknya bukan rezeki aku hotelnya dah penuh. Tidak mengapa bukan rezekilah tu. Tidak jauh dari Rail Hotel ada Hotel Mega 68, so belasah sahajalah malas dah aku nak memusing cari hotel memalam ni. Oh ye harga bilik RM88.00

MALAYSIA VS THAILAND AFF SUZUKI CUP 2012

Malam ini perlawanan MALAYSIA VS THAILAND di peringkat separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki Cup 2012. Perlawanan pertama akan berlangsung di Stadium Bkt Jalil. 

Whatsapp aku banyak berbunyi dari Jumaat sebab Group chat office aku sibuk mengajak untuk pergi menonton beramai-ramai.

Aku? Tak pergi sebab melaksanakan tanggungjawab sebagai suami mithali sebab menghantar isteri kesayangan pulang ke INTAN Kluang.

Gook luck to HARIMAU MALAYA.

Tuesday, December 4, 2012

BELL LOCK ON BELL LOCK OFF

Aku bukan nak share cerita bell yang biasa tu. Cerita ada kena mengena dengan Dive Bell. Nak share sidikit pengetahuan aku pasal BELL LOCK ON dan BELL LOCK OFF untuk Diving Bell yang digunakan oleh Saturation (SAT) Diver. BELL LOCK ON dan BELL LOCK OFF sangat penting untuk perhatian Diver Supervisor.
3 Man Dive Bell on Windermere
3 man Dive Bell on Rockwater 2
Berpeluang untuk menaiki dua Diving Support Vessel (DSV) Rockwater 2 dan Windermere maka aku berpeluang melihat dua jenis dive bell yang berlainan walaupun keduanya untuk 3 man dive bell.

Apabila kita menaiki kapal DSV ini pasti kita akan mendengar istilah BELL LOCK ON dan BELL LOCK OFF. Dua kejadian ini pasti akan direkod dalam Daily Progress Report (DPR). Jarak waktu antara BELL LOCK ON dan BELL LOCK OFF ialah 8jam so dalam sehari kita ada ada 3 kali BELL LOCK ON dan 3 kali BELL LOCK OFF.

Ini juga menunjukkan waktu bermula tugas satu team diver dan penghabisan tugas satu lagi team. Untuk Project Management, kita juga mengukur productivity base on bel running.
Bell Lock OFF
Bell Lock ON
Bell Lock Rockwater 2
Bell Lock Windermere
BELL LOCK ON or BELL LOCK OFF sebenarnya ialah apabila flange di DIVE BELL dan piping yang menghubungkan diver bell  dengan De-CO chamber, apabila connected maka BELL LOCK ON dan apabila disconnected maka BELL LOCK OFF.   




Monday, December 3, 2012

BILLY PUGH

Setelah sekian lama akhirnya aku dibenarkan pulang. BILY PUGH kami gunakan untuk transfer from WIndermere ke Taha Dua.  Project kami belum selesai sepenuhnya tetapi base workscope iaitu installation hampir siap. Walaupun sepautnya kami boleh siapkan lebih awal kalau tidak terpaksa membantu leaking intervention  pada HFL. Syukur sangat tadi apabila sampai ke Darat Akhirnya kami setelah puas dilambung ombak antara 1 hingga 1.5 meter menaiki Fast Crew Boat (FCB) Taha 2. Tugasan sebagai Client Site Representative (CSR) aku serahkan kepada Azhar yang datang dengan Taha 2. 
Fr left, Wali, Kamal, Aku dan Azlan
Sementara menunggu mereka set-up crane boom dengan BILLY PUGH untuk buat basket transfer aku  dan Kamal ke Taha 2 kami sempat bergambar. Wali merupakan Marine Warranty Surveyor manakala Azlan daripada PMT. Terima Kasih bebnyak kepada mereka sepanjang berada di atas kapal menjadi teman bergurau dan teman yang menemani waktu makan. Azlan nampaknya lepas ni ko kena banyak buat keputusan sendiri sebab CSR yang baru kurang arif dengan project ini.
Aku dan Kamal on Billy Pugh 
Ada bebarapa kaedah transfer personnel dari boat ke boat / platform. Kalau kapal Windermere ini, Master dia Captain Paul lebih selesa untuk transfer personnel mengunakan Billy Pugh. Walaupun masih berisiko tetapu personally aku merasakan kaedah ini paling selamat. Cuma kena make sure ketika hendak melakukan transfer wind speed dan Significant Wave High. Guideline kata no personnel transfer bila 25 knots wind speed dan SH 25meter. Sudah beberapa kali jugak aku melalui pengalaman transfer menggunakan billy pugh. Azhar menanti di atas Taha Dua dan apabila mendarat di atas Taha Dua kami bersalaman menandakan handover task huhuhu...actually aku dah buat Handover Note dan pesan kepada Azlan apa yang patut Azhar buat.
Windermere at Kanowit Field
Kami meninggalkan Windermere hampir jam 4 petang. Taha 2 terus menuju ke Bintulu. Rekabentuk boat Taha Dua yang tirus itu menyebabkan dia bergoyang agak kuat apabila boat memulakan perjalanan. Masuk ke dalam, terus bau muntah meneylinap masuk ke dalam hidung aku...adusss mesti ada yang muntah masa dalam perjalanan tadi sebab Taha Dua menghantar penumpang ke KAKG-A tadi.

Untuk mengelakkan aku juga muntah, cepat-cepat aku mencari tempat untuk landing. Mujulah tidak ramai menaiki Taha Dua untuk pulang ke Bintulu. Boleh aku berbaring, selama lebih sejam yang pertama memang susah hendak melelapkan mata tapi aku tetap pejam mata sebab kalau duduk lagi nak muntah. Akhirya tidur lah jugak aku. Sedar jam sudah menunjukkan pukul 6.30 ptg. Perut terasa lapar sebab biasanya atas kapal dah makan waktu tersebut. Adalah jugak bawa bekal tadi so belasah sahajalah untuk mengalas perut.

Akhirnya jam 10mlm kami sampai di Bintulu Port. Memang laju sungguh Taha Dua ni. Rasa kalau naik bukan musim angin kuat bagusni. Kena air tenang memang dia pecut jelah kot. Ini tadi bergoyang jangan cakap. Tak tahulah cam mana keadaan Captain kat bridge Taha Dua.

Alhamdulillah, berkat doa emak aku sampai dengan selamatnya ke daratan. Walaupun ada weather warning tapi alhamdulillah tidak pulak buruk cuaca sepanjang perjalanan. Aku sangat risau sebab kalau cuaca buruk, Taha Dua tidak akan meneruskan perjalanan.

Now check in kat Hotel New World Suites, mata tak boleh tido....

Sunday, December 2, 2012

TAHA DUA

Crew Boat Taha Dua
Fast Crew Boat (FCB) Taha Dua inilah yang dijadualkan untuk membawa aku pulang ke daratan pada hari ini.  Seperti bermimpi pula apabila aku dan Kamal dibenarkan pulang. Taha Dua akan mengambil aku dari Kanowit Field setelah singgah di Platform KAKG-A untuk pulang daratan, Bintulu.

Perjalanan yang akan memakan masa selama 8 jam dari Kanowit Field ke Bintulu.

Ya Allah izinkan aku pulang dengan selamatnya kerana aku sangat-sangat merindui anak ku Ya Allah.

Saturday, December 1, 2012

MALAYSIA VS INDONESIA AFF SUZUKI CUP 2012

Malam ini Malaysia vs Indonesia pada AFF Suzuki Cup 2012. Perlawanan yang akan berlangsung secara serantak dengan perlawanan antara Singapura menentang Laos cuma berbeza gelanggang perlawanan. Tahun ini Malaysia menjadi tuan rumah perlawanan awal nampaknya AFF Suzuki Cup 2012.

Bagi kami yang berada di tengah laut ini kurang kemeriahan sedikit kerana atas kapal yang ini tiada satelit tv. Rasanya kalau atas Rockwater 2 lebih meriah sebab sure TV Indonesia menayangkan perlawanan yang sentiasa hangat apabila Harimau Malaya menentang Garuda. Note; Rockwater 2 mempunya satelit tv yang kandungannya dilanggang dari Indosat.
Harian Metro Bila Ni?
Walaubagaimanapun di darat sana aku sure sangat sangat meriah suasannnya sebab jeritan GANYANG MALAYSIA pasti kedengaran...Gambar Harian Metro di atas ada member aku upload dalam Whatsapp tidak tahu kebenarannya maklumlah satu METRO tu paper nyamuk pastu zaman sekarang ni orang boleh jek superimpose lah bagai.

Apapun atas kapal ini ada pelbagai negara so kepada Malaysian, indonesian, Singaporean dan Pilipino do not worry kasi buat kerja macam biasa ok baru boleh balik cepat.

Oh ye...doakan cuaca baik esok. Crew boat nak datang ambil aku balik... 

Sunset Sunrise

Cuba Teka Sunset ke Sunrise?
 Hampir setiap hari aku menyaksikan Sunset dan Sunrise.  Aku berada Kanowit Field (KASS) di dalam Kumang Cluster yang terletak lebih kurang 180km dari Miri, Sarawak so waktu Sunrise dan Sunset agak cepat kalau compare dengan Semenanjung Malaysia. Aku bersyukur kerana di berikan kesempatan untuk menyaksikan ini setiap hari.
Setiap kali belayar juga aku diberi peluang beberapa kali untuk menyaksikan dolphin di tengah lautan. Biasanya kalau on the way to or fr Singapore kat area Natuna Island tu sering aku dapat tengok dolphin.

Kiranya kalau orang lain terpaksa mencari dan mengeluarkan wang untuk menikmati semua ini, aku diberi kesempatan percuma untuk menikmatinya. Alhamdulillah kena bersyukurlah.
Hari ini cook goreng kepak ayam ala kentucky, oklah boleh hilangkan rindu dengan KFC. Tentang ini aku rasa COMPANY aku kena improve sikit on contract dia sebab dalam conract cuma kata berpengalaman memasak masakan muslim selama 2 tahun sebelum ini. Masa sebelum pindah kapal hari itu aku request dengan Project Manager Contractor aku untuk menyediakan cook Malaysian Muslim.

Not bad walaupun aku dapat seorang assistant cook sahaja Malaysian Muslim, budak Melayu asal daripada Johor at least aku dapat menyumbangkan sedikit peranan untuk memberi peluang kepada  Muslim  mendapat kerja offshore. Masakan dia overall boleh tahan dan sambal tumis dia memang terangkat.

Always bro, don't ask what people do for you but ask what you do for people.

Ada quote yang menarik sepanjang aku di sini, susah payah kita untuk nama orang lain...