Lepas magrib kami bertolak dari Semenyih menuju ke KLUANG. Bukan bercuti bukan tetapi untuk menghantar Alia balik ke INTAN KLUANG. Dah sampai Kluang bolehlah MENCARI KLUANG RAIL COFFEE. Aku jugak diberitahu ada jugak coffee lain yang popular di Kluang ni. Aku tak heran sebab seingat aku kalau masa kecik dulu pergi pasar malam banyak jek orang jual kopi campuran sendiri. Rasanya dulu hampir semua kedai kopi membuat kopi mereka sendiri.
Semenjak tengah hari aku dah bagi tahu Azizi yang nanti petang aku akan menghantar Alia ke Kluang so dia tinggal dengan nenek, atuk dan kakak. Macam biasa tadi apabila kami sibuk mengangkut barang masuk ke dalam kereta dia pun sibuk gak nak mengikut.
Bawak Azizi pusing sekejap dan hantar Azizi balik rumah, cuma nampaknya kena ujan sikit Azizi tadi, Ya Allah jauhkan penyakit daripada anak kami Ya Allah. Atuk ambil Azizi, ternyata Azizi tidak menangis tetapi mata dia nampak berkaca.
Alhamdulillah hampir jam 10 malam kami sampai Kluang dan semasa menanti hidangan di kedai makan, Alia call rumah dan Akam bagi tahu tadi Azizi tidak menangis dan sudah tidur. Alhamdulillah , mungkin benar dari pembacaan aku yang budak sebenarnya faham apa yang kita katakan kepada mereka.
Rail Hotel; TQ Mr. Google |
Alia suggest aku duduk Rail Hotel tapi nampaknya bukan rezeki aku hotelnya dah penuh. Tidak mengapa bukan rezekilah tu. Tidak jauh dari Rail Hotel ada Hotel Mega 68, so belasah sahajalah malas dah aku nak memusing cari hotel memalam ni. Oh ye harga bilik RM88.00
No comments:
Post a Comment