Setelah sekian lama akhirnya aku dibenarkan pulang. BILY PUGH kami gunakan untuk transfer from WIndermere ke Taha Dua. Project kami belum selesai sepenuhnya tetapi base workscope iaitu installation hampir siap. Walaupun sepautnya kami boleh siapkan lebih awal kalau tidak terpaksa membantu leaking intervention pada HFL. Syukur sangat tadi apabila sampai ke Darat Akhirnya kami setelah puas dilambung ombak antara 1 hingga 1.5 meter menaiki Fast Crew Boat (FCB) Taha 2. Tugasan sebagai Client Site Representative (CSR) aku serahkan kepada Azhar yang datang dengan Taha 2.
Fr left, Wali, Kamal, Aku dan Azlan |
Sementara menunggu mereka set-up crane boom dengan BILLY PUGH untuk buat basket transfer aku dan Kamal ke Taha 2 kami sempat bergambar. Wali merupakan Marine Warranty Surveyor manakala Azlan daripada PMT. Terima Kasih bebnyak kepada mereka sepanjang berada di atas kapal menjadi teman bergurau dan teman yang menemani waktu makan. Azlan nampaknya lepas ni ko kena banyak buat keputusan sendiri sebab CSR yang baru kurang arif dengan project ini.
Aku dan Kamal on Billy Pugh |
Ada bebarapa kaedah transfer personnel dari boat ke boat / platform. Kalau kapal Windermere ini, Master dia Captain Paul lebih selesa untuk transfer personnel mengunakan Billy Pugh. Walaupun masih berisiko tetapu personally aku merasakan kaedah ini paling selamat. Cuma kena make sure ketika hendak melakukan transfer wind speed dan Significant Wave High. Guideline kata no personnel transfer bila 25 knots wind speed dan SH 25meter. Sudah beberapa kali jugak aku melalui pengalaman transfer menggunakan billy pugh. Azhar menanti di atas Taha Dua dan apabila mendarat di atas Taha Dua kami bersalaman menandakan handover task huhuhu...actually aku dah buat Handover Note dan pesan kepada Azlan apa yang patut Azhar buat.
Windermere at Kanowit Field |
Kami meninggalkan Windermere hampir jam 4 petang. Taha 2 terus menuju ke Bintulu. Rekabentuk boat Taha Dua yang tirus itu menyebabkan dia bergoyang agak kuat apabila boat memulakan perjalanan. Masuk ke dalam, terus bau muntah meneylinap masuk ke dalam hidung aku...adusss mesti ada yang muntah masa dalam perjalanan tadi sebab Taha Dua menghantar penumpang ke KAKG-A tadi.
Untuk mengelakkan aku juga muntah, cepat-cepat aku mencari tempat untuk landing. Mujulah tidak ramai menaiki Taha Dua untuk pulang ke Bintulu. Boleh aku berbaring, selama lebih sejam yang pertama memang susah hendak melelapkan mata tapi aku tetap pejam mata sebab kalau duduk lagi nak muntah. Akhirya tidur lah jugak aku. Sedar jam sudah menunjukkan pukul 6.30 ptg. Perut terasa lapar sebab biasanya atas kapal dah makan waktu tersebut. Adalah jugak bawa bekal tadi so belasah sahajalah untuk mengalas perut.
Akhirnya jam 10mlm kami sampai di Bintulu Port. Memang laju sungguh Taha Dua ni. Rasa kalau naik bukan musim angin kuat bagusni. Kena air tenang memang dia pecut jelah kot. Ini tadi bergoyang jangan cakap. Tak tahulah cam mana keadaan Captain kat bridge Taha Dua.
Alhamdulillah, berkat doa emak aku sampai dengan selamatnya ke daratan. Walaupun ada weather warning tapi alhamdulillah tidak pulak buruk cuaca sepanjang perjalanan. Aku sangat risau sebab kalau cuaca buruk, Taha Dua tidak akan meneruskan perjalanan.
Now check in kat Hotel New World Suites, mata tak boleh tido....
No comments:
Post a Comment