Thursday, January 31, 2013

AVILLION PORT DICKSON

AVILLION PORT DICKSON.  Ini merupakan trip kedua aku ke AVILLION PORT DICKSON. Kali pertama pada September 2012. Kali ini lebih lama di AVILLION PORT DICKSON, 3 hari 2 malam.
Lobby Avillion PD di waktu pagi
Aku hadir untuk menghadiri lesson learn and close out contract untuk IMR kami bagi tahun 2009 - 2012.

Masa ini jugak Azizi demam setelah alhamdulillah tidak demam sebegitu lama so basically malam pertama aku tidak tidur sini pun selepas activity petang dalam lebih kurang jam 6.30ptg aku cabut balik Semenyih tengok Azizi.


Enjoy lah gambo jek sudah. Makan kat sini aku bagi 3 star from 5, ada 2 swimming pool yang besar where satu memang khas untuk dewasa sahaja. Ada jugak satu swimming pool untuk kana-kanan.
Carilah perkampunga mana korang, aku Acheh.
Boleh tahan kena jalan kaki
Perkampungan Acheh
Bilik No. 830
Ada singe King size bed dan daybed
Daybed
Veranda
Singki dalam bilik air


"open" shower

Boleh tengok air dari bilik

Kabur untuk cover handsome

Tuesday, January 22, 2013

KERJA KOSONG PETRONAS CARIGALI PMO


Ayat bawah yang kurang jelas tu berbunyi;

1. Recipient: izwan_ngademin@petronas.com.my
2. Subject; PMO Recruitmentn2013 <full name>
3. Attachment: <full name> .pdf/.doc/docx

for further inquiry please call Izwan at 09 866 7114 or Nasheila 09 866 7090

Monday, January 21, 2013

TOWER 2 TWIN TOWER



Kami sekarang berpindah ke TOWER 2 TWIN TOWER. Semenjak masuk kerja di Twin Tower ini aku setakat ini sempat berada di Level 12 dan Level 20 Tower 1, Twin Tower dan bermula hari ini aku di Tower 2.

Kepada mereka yang sering berkunjung (bermesyuarat or hantar tender document) mana lebih senang yek korang naik Tower 1 atau Tower 2. 

Saturday, January 19, 2013

BLACK GOLD DI MIRI

FROM THE STAR ONLINE
Semalam dan dalam news paper hari ini melaporkan BLACK GOLD atau minyak mentah telah dijumpai di onshore Sarawak. Terletak lebih kurang 20 km dari bandar Miri dikenali sebagai Block SK333.

Operator untuk block ini ialah JX Nippon Oil & Gas Exploration (onshore Sarawak) Ltd. Menurut MP Miri, Datuk Seri Peter Chin yang juga Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air dia telah dimaklumkan oleh EVP PETRONAS Exploration & Production Business, Datuk Wee Yiaw Hin tentang penemuan itu. Ini tentu sahaja sangat mengujakan bukan sahaja kepada orang Miri malah semua orang di Malaysia sebab kalau prove to be commercially acceptable, kita akan ada onshore production of hydrocarbon.

Selamat berjaya kepada Project Team. 


JUAL ANAK BAYAR HUTANG

Cerita JUAL ANAK BAYAR HUTANG ini publish dalam The Star hari Rabu lepas. Gila sungguh orang sekarang ini sanggup jual anak untuk bayar hutang, kenapa berhutang sebab berjudi.

Kami punyalah payah nak dapat anak ini senang hendak dapat anak main jual sahaja. Pasangan berbangsa Cina ini tidak register perkahwinan mereka. Lelaki driver lori dan mereka ada 3 orang anak. Lelaki cakap kat isteri kononnya hendak letak anak mereka di rumah sedara tetapi sebenarnya sudah jual anak mereka gila lah.

Friday, January 18, 2013

PETRONAS STAFF SURVEY

Baru selesai melaksanakan tanggungjawab menjawab soalan survey yang dibuat oleh PETRONAS Dagangan. Hopefully akan memberi lebih manfaat kepada staff.

Monday, January 14, 2013

PREMIUM

PREMIUM kalau korang google maksudnya ialah bayaran lebihan yang terpaksa di atas harga biasa/normal.

Sepanjang menjalani latihan di PNB DARBY PARK minggu lepas aku berjumpa dengan mereka yang bertugas dengan pelbagai OPU dan datang dari merata tempat. Seperti biasa ada sahaja yang tidak puas hati dengan lokasi kerja masing-masing tetapi ada jugak yang bergembira dengan lokasi kerja masing-masing terutama mereka yang datang dari plant di Kerteh cuma sekarang mereka risau sebab mereka di bawah Chemical Group boleh dipindahkan ke mana-mana plant di bawah group. Ini kerana kebanyakan mereka sememangnya berasal dari pantai timur dan semuanya sudah lebih 8 tahun malah ada yang sudah 15 tahun bertugas di Kerteh sudah settle down orang kata atau lebih tepat sudah selesa.

Kami berbincang mula-mula pasal flexible working hours yang mana mereka bertugas di luar Klang Valley pada kami tidak patut amalkan juga ini sangat ketara kerana di luar Klang Valley mana lah ada mereka yang sampai mengambil masa 1 jam untuk ke office. Paling lama mereka ambil masa 15 minit mungkin tetapi bagi kami di Klang Valley ni kalau silap hari boleh sampai 2 jam hanya untuk sampai office. 

Selepas itu topik tentang cost of leaving allowance aka COLA. Sepatutnya kami yang bertugas di Klang Valley more then layak dapat COLA as compare to those yang luar Klang Valley sebab semuanya kami di sini bayar PREMIUM. Antara contoh terbaik keluar rumah bayar tol, lepas tu parking in which kebanyak mereka di luar Klang Valley tidak ada cost tersebut. Parking tu bukan murah-murah siap sehari antara range RM8.00 ke RM10.00, PREMIUM tu. Lepas tu cost makan di KLCC confirmlah PREMIUM. Apa lagi TT pun PREMIUM. Rumah pulak confirmlah kami bayar PREMIUM hanya maybe dapat rumah sarang burung merpati as compare mereka di luar Klang Valley.

Sebagai penutup kepada mereka yang kerja di luar KLANG VALLEY tu gatal nak sangat pindah ke KLANG VALLEY bersedialah untuk bayar apa sahaja PREMIUM. 

Friday, January 11, 2013

PNB DARBY PARK KUALA LUMPUR


PNB DARBY PARK KUALA LUMPUR merupakan lokasi aku attending training untuk kali ini. Training selama dua hari sebenarnya cover 2 subjet iaitu Project Time Management dan Project Cost Management.
Dua subject ini merupakan antara latihan wajib yang harus aku hadiri. Rupanya ada sahaja latihan secara formal untuk estimate iaitu subject di bawah Project Cost Management in which aku rasa rakan- rakan di tempat kerja lama ANAK SYARIKAT yang dahulu tu boleh hadiri.

Antara perkara bonus training kali ini ialah berjumpa dengan teman sama batch dengan aku masa buat sijil di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Mazli Zakari. Memang seronok jumpa dengan teman yang last aku jumpa tahun 1996. Dia bertugas di OPTIMAL di Kerteh sebagai Plant Turn Around Planner.

Nak komen sedikit sahaja pasal training di PNB DARBY PARK ini, biasanya tempat lain mineral water mesti ada letak spare di belakang kelas maksudnya apabila kita habis air yang mereka letak atas meja kita tu boleh lah ambil yang spare di belakang tu. Komen lain;

Sarapan Pagi
Sejenis makanan berat dan kuih + kopi /teh. Oleh sebab Mazli ada kupon breakfast lebih so dia bagi aku satu so aku breakfast di 10Binjai Restaurant.

Tea Time
Kuih + buah, kopi/teh


Lunch 
Makan buffet di The 39 Restaurant. Makan ok boleh tahan sedap dan ada life music performance.

Tea Break 
Kuih + buah, kopi/teh

Surau
Surau di sedikan di level 5 memang boleh tahan besar, bersih dan tidak berbau.

Parking
Untuk mereka yang menghadiri krusus di sini kadar untuk parking kereta ialah RM5.00 sehari (sila collect coupon depan meeting room untuk kepil bersama kad parking) manakala mereka yang duduk di sini FOC. Oleh kerana teman lama aku datang naik flight maka aku gunakan no bilik dia untuk membolehkan charge parking kereta aku FOC.

Secara keseluruhan nya aku beri 4 bintang daripada 5 bintang untuk facility training di PNB DARBY PARK.


Thursday, January 10, 2013

TUDUNG FAREEDA

Sebut nama TUDUNG FAREEDA aku rasa semua perempuan kat Malaysia tahu pasal TUDUNG FAREEDA ini.
 Baru-baru ini Alia mencari tudung untuk dikenakan dengan long dress yang dia beli untuk dinner dia di INTAN. Kami mencari sekitar bangi dan end up ke kedai  TUDUNG FAREEDA yang terletak di Bangi. 
Menurut cerita Alia, adalah biasa untuk orang beratur panjang untuk masuk ke dalam kedai TUDUNG FAREEDA ini. Dia juga inform aku yang ketika hendak raya yang lepas dia beratur lama untuk masuk beli tudung di TUDUNG FAREEDA. Maklumlah aku tiada sebulan sepanjang Ramadhan so aku tak tahulah keadaan masa itu.

Obervation aku pasal kedai TUDUNG FAREEDA ini. Mereka menyewa sebuah pintu sahaja rumah kedai ini dan bukanlah bahagian tepi. Maksudnya ruang terhad. Oleh kerana mereka sudah ada nama sememangnya ramai yang datang. Untuk create lebig excitement untuk pembeli, mereka memang sengaja untuk tidak membesarkan kedai ini. Introduce ambil no untuk masuk. Ini konsep sama seperti kalau ke butik seperti LV dan lain-lain yang ada masanya kena beratur tetapi mereka memperkenalkan ambil no. so limited no of people boleh masuk pada satu-satu masa. Ok dah lama kan beratur, masuk dalam tu pulak setiap orang hanya boleh beli max 3 helai sahaja. So apa perasaan korang bila dah lama beratur alamak max 3 helai sahaja so kalau iman tidak kuat sure walaupun hajat asal mungkin hanya mahu mencari sehelai tudung terus capai 3 helai, alang-alang orang kata kan. 

Satu strategy pemasaran yang sangat bijak oleh TUDUNG FAREEDA. Baguslah aku support business ini sebab hopefully boleh manambah bilangan BUMIPUTERA berjaya dalam perniaagaan. Hopefully TUDUNG FAREEDA boleh pergi lebih jauh untuk lawan tudung daripada Thailand & Indonesia.

Tuesday, January 8, 2013

HSE TRAINING

HSE Training sememangnya dititik beratkan oleh COMPANY and ANAK SYARIKAT. Aku berpeluang menghadiri HSE TRAINING lagi yang dipanggil COMPACT HSE II. Untuk Part I sudah aku hadiri bulan March 2012. Bukti di sini. Ini merupakan training penutup tirai 2012 yang aku hadiri.
Untuk Part II ini, ianya dikendalikan dalam masa dua hari. Krusus kali ini diadakan di bilik 404, TenOnCall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), East Wing Level 4. Tempat ini memang best. Bilik berkeluasan 98 meter persegi. Meja dan kerusi yang disusun seperti bilik darjah boleh memuatkan 75 orang walaupun dalam info web page KLCC kata boleh memuatkan 60 orang.

Pepagi datang awal untuk sarapan pagi dahulu. Nasi lemak pu sodap huuhuh...

Kalau pagi jadi egg station kalau tengah hari jadi special of the day counter lah, dua hari tu ada lah mereka hidangkan nasi ayam, mee, ayam golek dan tuna
 
 
Saujana mata memandang jugaklah hidangan yang mereka sediakan. 
Sini memang best ko order lah berapa kali pun semua jenis coffee, mocha dan coklat, pilihan sejuk dan panas. Ada jugak air buah-buah.
Selain dari breakfast, tea break, lunch dan coffee break semua makanan ada lah free flow, so kalau sedang kelas tu korang lapar lagi boleh keluar melantak. Jugak kekadang kalau kita pergi training kalau kita ada urusan lain waktu lunch hour jawapnya kena mencari makanan sendirilah kalau kat sini no hal free flow.


 Bercerita tentang makanan sahaja kat atas tu actually banyak ilmu yang dapat didedahkan dan dipelajari sepanjang 2 hari training ini. Topic yang mereka cover jugak banyak, dah nama pun COMPACT kan. Total semua sekali ada 13 Topic mereka cover. Lepas tu ada 2 workshop untuk kami sudahkan.

Oh ye, pada kami pertama jugak walaupun tidak dijemput tetapi En Suhaimi Abdullah Head Domestic Project drop by dan bagi sedikit kata-kata. Kiranya hendak menunjukkan bertapa High Management memberi sepenuh support untuk HSE Program. Fakta ini aku rasa tidak boleh disangkal lagi. Apapun kesanggupan dia untuk menjenguk itu memang aku pujilah. 

Bukan hanya pandai makan, malahan kami stay sampai habis masa petang, adalah jugak activity in group dan present lah hasil discussion kita tu. Tengok tu dah pukul lima kami masih dedicated dalam kelas. Workshop 1 cover Job Hazard Analysis dan Workshop 2 cover Incident Investigation using Tripod Beta.
Acara penutup dilakukan oleh DD. Dalam ucapan beliau cover pasal total fatality DD ada untuk tahun 2012. Beliau jugak melahirkan harapan yang apa dipelajari dapat diterjemahkan kepada highly awareness semasa menjalankan tugas. Jugak sharing tentang pesanan from our CEO, Datuk M Anuar B Talib kepada beliau sebelum beliau berlepas melawat mangsa kemalangan di Bintulu, Datuk pesan kepada dia untuk bertanya kepada mangsa keadaan dia, make sure family members well inform dan observe reaction / trauma mereka yang terlibat. Tidak perlu bertanya bagaimana berlaku kemalangan dan sebagainya kerana sebagai sebuah organisasi, kita telah ada procedure untuk proper investigation. Ini aku teringat sebuah buku yang pernah aku baca tulisan Ed Fuller, President, MD Marriot International tentang bertapa mereka concern dengan kebajikan pekerja dan tetamu apabila berlaku sesuatu kemalangan / kejadian tidak diingini.

Apa yang aku boleh katakan program ini telah membuka mata aku untuk 

Monday, January 7, 2013

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA


KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA yang pertama sekali telah dirasmikan oleh PM pada 22 June 2011. Kiosk yang pertama ini terletak di Kelana Jaya LRT Station. KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ini kalau kita baca dalam halaman web dia, inspired by PM, YAB Dato' Sri najib Tun Razak.
Ok enough with politic. Sesiapa sahaja boleh politik kan apa sahaja isu tetapi apa yang aku nak ketengahkan ialah idea kreative seorang usahawan untuk memajukan business mereka sendiri.
Chairman of MYDIN
Datuk Ameer Ali Mohamed Mydin (DAAMM) yang juga merupakan anak pengasas Mydin adalah orang yang bertanggungjawab di belakang penubuhan KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA. Perasan kan dalam web dia tulis INSPIRED by bukan idea by kan maksudnya idea pasti datang dari usahawan besar ini. Banyak kita berkata alah bisalah businessman penyokong UMNO begitulah. Tetapi kenapa tidak kita berfikir dan menyelidiki bagaimana mereka ini boleh menghasilkan idea untuk support idea kerajaan padahal dalam masa yang sama memajukan business mereka.
Lokasi KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA
Seperti mana yang kita tahu Mydin sangat hebat dalam pasaran borong, walaupun dengan kekuatan yang sediada mereka pasti jugak risau dengan persaingan sengit dari pasaraya besar dari luar yang lain seperti Carefour, Tesco, Giant  oleh yang demikian untuk memastikal survival mereka, Mydin mesti keluar dengan idea yang menarik bukan hanya kepada mereka tetapi kepada pelanggan. Sekiranya kita lihat strategy mereka ialah;

i. barangan di packing semula dalam size yang lebih kecil,
ii. baranga adalah keluaran industry kecil dan sedehana,
ii.  memastikan harga yang ditawarkan adalah lebih murah daripada pasaraya besar dan dengan sendirinya akan lebih murah compare kedai yang lain,
iii. Lokasi - kebanyakan lokasi adalah di kawasan luar bandar.  

Jika dilihat selain mereka membantu memberi pilihan harga yag lebih rendah kepada pengguna, mereka turut sama membantu usahawan kecil dan sedrhana tempatan. Sebagai contoh air mineral lah, air mineral yang dijual di Mydin dibotolkan oleh syarikat di Johor dan Pahang yang nama mereka tidak terkenal, as compare dengan jenama air mineral yang terkenal malahan bukan juga company yang biasanya supply mineral water ke hotel 5 bintang yang mana kilangnya terletak di Semenyih.

Oh ye mengapa aku tulis pasal KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ini,
i. sebab aku rasa berdosa sebab terdetik dalam hati aku masa baca pelancaran nya dahulu;  "ini mesti kroni" 
ii. Sekarang aku lebih memahami yang hakikat sebaga usahawan ialah sentiasa mengutarakan idea yang lain dari yang lain dan laksanakan.
iii. Aku respect orang yang banyak idea dan berani melaksanakannya.

Pasti tidak lama lagi akan dirasmikan cawangan terbaru KEDAI 1 MALAYSIA yang terletak di Kluang pulak. Terletak berhampiran dengan roundabout pertama yang kita jumpa kalau hendak ke Bandar Kluang dari arah Air Hitam.

Friday, January 4, 2013

FACEBOOK DI MEJA MAKAN

Ramai layan FACEBOOK DI MEJA MAKAN. Biasakan dewasa ni kalau kita keluar dengan kawan-kawan atau dengan isteri mahupun family bila kat meja makan semua tengok HP masing-masing untuk melayan FACEBOOK DI MEJA MAKAN mahupun Whatsapp. Kalau tidak percaya pergilah ke mana-mana tempat makan duduk dan perhatikan sekeliling. Semenjak berjauhan dengan isteri ini aku terpaksa makan sendiri so aku ada banyak masa melihat sekeliling untuk melhat gelagat orang. 
Biasanya mereka yang datang berkelompok dengan kawan-kawan akan berborak sepanjang perjalanan, lepas tu dapat meja untuk makan mereka akan duduk dan order makanan lepas itu secara automatic semua orang akan memandang ke arah mobile phone masing-masing, tiada lagi borak-borak. Aku nak cadangkan seperti di bawah untuk mengatasi masalah ini;
ADA BERANI?


Thursday, January 3, 2013

KANANG LANGKAU MENINGGAL DUNIA

Dilaporkan Datuk Temenggong Pegawai Waran 1 (B) Kanang Anak Langkau , SP, PGB, PGBK meninggal dunia pada jam 1.45 pagi, 3 January 2013 di Hospital Umum Sarawak setelah dimasukkan ke hospital kerana mengadu susah bernafas. Beliau berusai 68 tahun.

Berita dari Benama
Dilaporkan beliau merupakan orang terakhir yang masih hidup penerima Darjah Kebesaran Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat tertinggi negara untuk mengenang keberanian seseorang.

AWEK KERJA OFFSHORE

Agaknya apa perasaan seorang perempuan apabila hanya dia seorang AWEK KERJA OFFSHORE di fasiliti tersebut tidak kisahkan di atas platform mahupun di atas kapal. Nak buat macam mana sudah tuntutan tugas makanya dialah seorang AWEK KERJA OFFSHORE ketika itu di situ yang mungkin mempunyai seramai 121 crew atas kapal sebagai contoh dan yang ke 121 lah dia AWEK KERJA OFFSHORE.
Pengalaman aku yang tidak seberapa ini, adalah tiga kali aku naik kapal yang mempunyai seorang sahaja awek di atas kapal. Aku rasa bagus untuk  sharing  experience mereka dengan pelawat blog ini  idea daripada sharing dalam Group whatsapp.

Layanan kepada mereka biasanya sama sahaja iaitu mereka kena buat kerja as per expected. Masa bekerja masih sama seperti yang lain iaitu 12 jam mesti korang bertanya bagaimana pulak bilik tidur. Seperti yang kita maklum kerja OFFSHORE ni 24 jam so setiap perjawatan itu biasanya ada dua orang untuk cover operation 24 jam. Sebagai contoh surveyor makanya seorang akan cover day shift 12 noon sampai 12 midnight dan seorang lagi cover ingat shift iaitu 12 midnight sampai 12 noon. Oh ye ini shift yang biasa dipraktik di atas kapal ada jugak multiple shift biasanya satu set begitu ada jugak yang 6am to 6pm dan 6pm to 6am jugak tidak lupa ada yang on flexi hours. So biasanya setengah jam atau sejam sebelum shift bermula akan ada shift briefing.

Ok katakan surveyor night shift ni ialah AWEK seorang itu maksudnya dia akan berkongsi bilik berdua dengan mamat surveyor yang kerja shift siang tu. Untuk makluman biasanya kapal tidak mempunyai banyak bilik single kebanyakan bilik double, bertiga atau berempat. Mereka yang sudah biasa kerja offshore at international akan memahami untuk menghormati privacy rakan sebilik yang bekerja next shift dan ini memang ditekan oleh kapal international maksudnya mamat yang kerja day shift itu tidak boleh masuk bilik dia ketika waktu kerja dia untuk memberi privacy kepada AWEK yang kerja night shift. Oh tidak berselisih ke mereka ini jawapannya tidak sebab sebelum bermula shift malam AWEK tu kena attend shift briefing yang biasanya berlaku awal sebelum bermula waktu kerja dan selepas sift briefing kena ada handover kat workstation. So lepas handover barulah mamat tu bilik bilik dia kalau nak tidur.

Sekarang nak share  benda yang sedikit privacy ini aku dapat sebab aku sembang-sembang dengan mereka ini. Biasanya perempuannya akan cuci sendiri terutama underware. Ada dua cara yang biasanya AWEK practice iaitu either pakai G-String atau pakai underwire pakai bung yang Ada jual kat Gurdian. Pakai bang sedan sedan Senang nak manage Dan G-STRING cepat kering kalau basuh. Biasalah dalam bilik ada bilik air sendiri tapi jugak aku tengok kapal yang bilik berempat share command bilik air. Oh bagaimana pula dengan coli yek menurut kata 2 awek yang pernah aku jumpa atas kapal, mereka hantar sahaja  laundry.

Sharing ini bukan bertujuan untuk memalukan orang perempuan tau cuma aku nak share bagaimana survival perempuan yang bekerja dengan contractor di offshore. Sekiranya bekerja dengan CLIENT biasanya dapat single room so kalau awek itu sorang pun dia akan tinggal di single roon.

Update: Pada bulan April 2013 yang lepas sekali lagi aku naik kapal ada sorang awek sahaja. Tetapi kali ini aku korbankan bilik aku untuk dia.