Petang tadi aku balik dari Hospital Pantai Bagsar untuk rawatan susulan (siap Azizi kena amik darah tu kira susualan ke?)...oleh kerana tiada update kesesakan lalulintas di Hiway Plus Sungai Besi maka aku macam biasa guna Plus Hiway untuk keluar di susur keluar UPM.
Lebih kurang 3 km daripada susur keluar UPM jalan sesak tapi masih bergerak perlahan, maka macam biasa pemandu bebal yang tak reti bersabar ramai yang menggunakan laluan kecemasan (emergency lane). Aku marah sebab apabila hampir dengan exit UPM tu, emergency lane tu akan jadi kecil di bawah flyover dan for sure mereka yang menggunakan emergency lane akan sedaya upaya meompat ke lane pertama...dimana aku berada dengan sabar menanti mengikut arus....
Penyebab utama kesesakan itu adalah kemalangan yang berlaku bukan di laluan aku tetapi di laluan bertentangan betul-betul kat susur keluar UPM menghala KL. Aku tidak melihat apa terjadi tapi nampak sebuah kereta bomba ada di situ makanya pada fikiran aku dan Alia sure ada mangsa yang tersepit...ramai sungguh orang di laluan aku yang menyebabkan kesesakan laluan aku sebab sibuk memperlahankan kenderaan malahan ada yang berhenti di sisi jalan hanya untuk MELIHAT.
Apabila berada di atas flyover susur keluar UPM boleh di lihat jalan menghala ke Kuala Lumpur sangat sesak termasuk di laluan kecemasan. Semua kenderaan terpaksa berhenti kerana usha-usaha menyelamat yang sedang dijalankan. Hampir ke tol kami lihat ambulan menuju ke tempat kemalangan (sure daripada hospital Serdang. Terus aku terfikir boleh ke ambulan tu sampai ke tempat kemalangan memandangkan pemandu BEBAL telah memenuhkan laluna kecemasan????
Jika tidak terkena kepada keluarga sendiri tidak mengapa lah tapi apa kata kalau yang accident tu keluarga sendiri dan ambulan lambat sampai sebab kesesakan teruk termasuk di laluan kecemasan dan kerana rawatan kecemasan lambat sampai maka tidak dapat menyelamatkan nyawa...apa perasaan anda wahai pemandu BEBAL
No comments:
Post a Comment