Sunday, April 17, 2011

Mohon Jasabaik

Aku sebenonya reserve 6 ticket adult dan 1 bebudak untuk naik skybridge. Terdapat salah faham sebab aku ambik package 1 jam 11 pagi tetapi sebenarnya jam 11 untuk package no.2 maka waktu yang paling tepat ialah 10.40 pagi. Aku pulak tak baca email yang mereka balas kepada aku sepenuhnya maka berandaian yang waktu lawatan adalah jam 11 pagi....

Kami keluar lewat hari itu tambahan pula dengan hujan yang turun mencurah-curah menyebabkan perjalanan bertambah perlahan. Oleh kerana lawatan itu adalah untuk jam 10.40 maka aku sepatutnya sampai untuk mengambil tiket pada jam 9.40. Kami sampai di KLCC tepat jam 11 pagi.

Aku terus ke counter ticket skybridge minta bercakap dgn pegawai bertugas cam biasa untuk memohon jasa baik pegawai (En. Ismail..alamak bin apa aku lupalak nak tanya) tersebut untuk mempertimbangkan kes aku.

Syukur Alhamdulillah, Ismail bersetuju membantu aku tapi tiket tersebut adalah untuk lawatan jam 1 petang itupun aku cakap dengan dia bagilah 3 tiket sebab dua untuk parent aku dan satu lagi untuk anak saudara aku. Kesian kat dia sebab dah cakap dengan mak dia nak naik skybridge. Atas jasa baik dan pertimbangan Ismail aku dapat 3 tiket. Tq Ismail...





Ambil Gambo dulu di lobi tower 1


Akhirnya masa tiba untuk lawatan...sila beratur...ops tiket habis yek...



Malam nak ajak semua orang makan kat Bangi..hajat nak pergi Abdullah Chanc di Bangi...malangnya bila sampai tutup pulak adus...sian mak dan abah....sebagai alternative kami ke San Francisco Pizza jek..



Ramai orang, service dah jadi slow...





Orang paling teruja dapat naik skybridge. Order air paling mahal malam tu...sesekali tak apa selalu bengkok Pak long.

No comments:

Post a Comment