Friday, April 29, 2011

Thursday, April 28, 2011

Follow Up

Ceita pasal ULCER lagi...

Aku cuba nak buat appoinment dengan Dr. Kelvin LimLye Hock di Oral Health Centre, PCMC, ada ke pulak Dr tak ada dia free untuk jumpa aku hari Selasa, 3 May 2011. Pehhhh mana tahan....

Alternative, aku call Sime Darby Medical Centre Subang Jaya, SDMCSJ (dulu SJMC)...ok nasib ada Dr Mohd Noor Awang Specialist Oral & Maxillofacial Surgery. Ok set kena jumpa before kul 12.00 waktu tu dah 11 pagi...Bagai nak rak aku menyiapkan sedikit kerja dan bergegas ke parking kereta.

Jam dah 11.30 bila aku kelaur dari parking KLCC (yang berhampiran masjid tu)...emmm setengah jam nak sampai Subang...kepala ligat nak ikut mana...

Decided, ikut SMART tunnel, masuk jalan ke arah Mid Valley (lalu depan Tmn Desa)  lepastu cuba masuk NPE. Bernasib baik aku melintas dan berjaya masuk NPE sebab exit jalan utama tu betul-betul dekat dengat enter NPE tetapi 3 lane kena lintas...bernasib baik berjaya melintas...

Sampai SDMCSJ tepat jam 12 tgh hari...parking bertingkat alhamdulillah ada kosong. Sampai kat register aku tunjuk reference letter yang aku fax kat ING nak mintak Guarantee Letter (GL). Bila mereka call ING selamba ING nak cakap dengan aku dan ING inform ini not covered sebab kita part of dentist sebab Specialist Oral & Maxillofacial Surgery adlah dentist. Aku explain aku nie ada ulcer kat bibir dan lidah bukan pasal gigi...HARAM...ING tetap kata tak boleh keluar GL. Confirm aku kena bayar sendiri ini...oklah bayar pun bayarlah sebab aku dah tak tahan...

Ok aku berjumpa dengan Dr. Mohd Noor Awang; BDS (MAL), Msc Orak Surg (Lond)

Dr. Mohd Noor Awang

 
Best jugak bersembang panjang dengan Dr Mohd Nor nie...dia pulak memang kaki borak jugak aku rasa. Ada satu persamaan antara setiap Dr pakar yang aku perasan. Mereka suka menerangkan punca dan suka melukis untuk bagi pesakit faham. Aku rasa ada jugak kaitan sebab mereka nie selalu kena ngajar Dr muda-muda kan so tabiat mengajar lah jugak tu...tak apalah janji aku boleh faham dengan mudah apa yang beliau cuba sampaikan.

So mari lihat keadaan aku...

Selain aku ada ulcer di bibir bawah dan atas aku juga ada whitish spot di seblah kanan tonsil aku

Lepas dah bercerita panjang Dr. Mohd Noor suruh aku amalkan menarik nafas yang betul, beberapa kali cuba tarik panjang dan hold 5 second baru lepaskan angin...selain itu dia suruh aku cari air beralkali untuk minum so the best is air zam-zam. Makan yogut jugak bagus...

Ubat pulak kali nie macam gambo bawah nie;




So total damage RM260.00......

Wednesday, April 27, 2011

Mouth Ulcer Semakin Banyak

Nampaknya walaupun setelah berkumur, bubuh cream dan makan antibiotic, ulcer kat mulut aku nie masih bertahan...agak degil rupanya.

Hari ini ada satu ulcer keluar kat bibir atas (walaupun kecil tapi masih sakit) dan satu lagi di hujung lidah (yang paling pedih sekarang). Petang tadi kembali ke Clinic Dr. Marisa mintak referral letter. Aku dah call Prince Court Medical Centre (PCMC) tadi mintak appointment di Oral Health Centre.

Tetapi pagi esok aku kena masuk office dulu, boss nak jumpa...sure nak discuss pasal email dari Head of Sudan Dept, bukan nak anto aku gi Sudan tapi pasal proposal gas compressor.

Esok update lagi pasal ulcer aku nie...so minggu ini tema dia ialah ULCER

Dua Telinga Satu Mulut

Tadi petang masa on the way ke Clinic Dr. Marisa, Alia suruh aku berhenti bercakap lepas tu dia cakap;

"Allah cabut satu nikmat sebab sudah banyak sangat bercakap; cuba belajar untuk lebih mendengar pula"

Aku rasa memang kelebihan aku ialah bercakap dan aku rasa aku memang berkebolehan untuk convince orang so sekarang adalah masa yang terbaik untuk aku belajar skill yang dah lama dilupakan iaitu MENDENGAR.

Allah bagi 2 telinga supaya mendengar lebih daripada bercakap...amal..amalkan... 

Tuesday, April 26, 2011

Ulcer

Selain sakit Gusi sebab cabut wisdom tooth, aku jugak menahan kesakitan sebab ulcer di bibir dan di sebelah dalam mulut sebelah kesan jahitan di gusi. Baca sendiri pasal ulcer di sini.


Bulatan yang sebelah kiri adalah ulser terbaru yang timbul petang semalam...adulah takkan macam budak kecik pulak penyakit tangan, kuku dan mulut... Jumpa Dr alamak lupa lak nama dia di Klinik Dr Marisa Persint 2 tadi, Dr suruh menganga...peh ternyata ada lebih banyak  ulcer dalam mulut aku yang Dr nampak....alamak....apahal pulak nie...apapun...nasihat Dr. makan benda-benda lembut dan kurangkan bercakap...MC 2 hari...pesanan terakhir make sure paling lewat 10-14 hari baik kalau tak sila buat follow up...nauzubillah..






Senarai ubat:
1. thymol - kumur
2. Sandoz - antibiotic
3. Pain killer
4. Oral aid lotion

Dan satu lagi tu cream Dr Suria kasi namanya Dexaltin Oral paste. Balik rumah berehat...kesian Azizi nampak aku ketawa besar dia...ajak main...boleh lah layan jek dia...

Monday, April 25, 2011

Sepetang bersama Azizi

Saja seronok nak posting gambo Azizi...petang ini Alia pulang lewat sebab dia ada kerja nak kena settle so aku layan Azizi pusing keliling semua block kat Persint 15-12B nie ...dah nak Magrib baru balik rumah dan gambar bawah nie bila kami dah balik rumah, semangat dia  main....actually aku tahu dia tak sabar nak menyusu...





















Gusi Masih Sakit

Aku ke office seperti biasa pagi ini walaupun gusi aku dan ulcer aku masih sakit...bukan sebab aku rajin sangat pun..aku kena siapkan MTO project KNAG untuk si Shahril nak sign.

Lambat pulak pagi tadi kesnya kasut kerja aku dalam kereta waja ...dah kena naik semula amik kunci spare kereta waja...Aku decide terus ambil Hiway MEX dari Putrajaya sebab biasanya kalau Isnin selepas tol Sg Besi cepat jam...maklumlah orang balik dari kampung terus ke office agaknya...

Sampai office, bukak email..alamak nak kena clarify pasal proposal to Murphy...ok settle aku balas jek email En Wan...cepatlah bagi PO yek En Wan..secepat mungkin merujuk kepada beberapa email untuk memastikan MTO yang aku siapkan untuk Shahril sign adalah terkini dan benar...

Siap print semua dah jam 1000 lebih....wow slownya aku buat kerja hari ni...mana taknya gusi berdenyut kepala duk teringat gusi jek...selesai semua mengadap boss nak mintak keluar...menjerit pulak minah nie tengok muka aku...biasalah senget sikit..bukak mulut bercakap lagi sekali dia menjerit...relax...gua memang nak mintak keluar nie...

Jumpa Dr. Suria balik semula...alhamdulillah tiada jahitan yang terbuka or what ever....Dr. Suria cuci (sambil menekan-nekan) macam haram sakitnya...nurse dia leh cakap nie lembut nie...aku yang menanggung sakit ni tuhan jek yang tahu...ok Dr. Suria cakap ada campuran steroid tadi apa yang dia sapu...lantaklah janji baik...

Ok....apalagi balik rumah lah dah Dr. Suria kasi MC...tapi kepala masih memikirkan kerja yang pending... shit...

Sunday, April 24, 2011

Breakfast @ McD

Hari ahad adalah hari untuk bermalasan bersama Azizi...


Buka mata nampak daddy...



Buat..buat... manja...tapi berjaya jugak cepuk pipi kiri aku yang sedang bengkak ni...jom sayang kita g breakfast...kat mana???



Azizi penuh bersemangat makan, bukan Family Breakfast Box tapi nestum yang dibancuh huuhuhuh...janji ada bau McD kan...macam biasa sekarang kalau kami makan di restaurant sure mintak air panas kosong..untuk panaskan susu Azizi dan bancuh bersama Nestum nya...so Azizi pun makan sama...

Saturday, April 23, 2011

Dinner at Hj. Shahrin Low Sg. Merab

Ajak Alia mencuba di Reataurant Hj. Shahrin Low di Sg. Merab. Aku tak sure ini cawangan dia yang keberapa. Biasa makan Kat Abdullah Chan di Bandar Baru Bangi.

Memandangkan gigi aku masih sakit kesan pembedahan semalam so kena memilih yang lembut dan yang pasti kena makan bukan masih panas...air pun mintak air ais...





Hahahah amik gambo dah habis makan..lauk kami sikit jek..ikan masak steam nyonya, udang butter, asparagus belacan dan shark fin soup with crab meat...emmm menu lebih kurang jek dengan Abdullah Chan Sure aku paling banyak makan ikan dan soup itu aku punya sorang.




Komen aku...butter prown dia kekurangan jaring2 kuning tu (serbuk)...ikan steam tu sama jek rasa dia,,,soup aku pulak boleh tahan best (RM25.00 semangkuk kena lah cakap best hahahahah)...emmm dari segi menu aku rasa Hj Shahrin Low lebih banyak (terutama itik) tapi dari segi harga pulak makan kat Abdullah Chan lebih senang ko nak control sebab ikan, udang, ketam semua dah fix kalau Hj Shahrin Low ini pulah main per 100 gram...lain kali aku nak order...emmm ikan Siakap yang beratnya setengah kilo masak steam....

Friday, April 22, 2011

Cabut Wisdom Tooth

Seperti yang aku share sebelum ini disini, aku dah buat appoinment dengan Dr. Nursuriati Muhamad Zaharijam 10 pagi. Awal pagi aku masuk office dahulu untuk menyelesaikan sedikit kerja yang tetunggak termasuklah proposal kepada Murphy yang boss lambat beno nak sign dah tu hari ini dia MC pulak. Terus aku bawak jumpa HOD jek mintak approval dan sign proposal. Dah janji dengan En Wan Mustapha nak kasi hari ini so janji kena kota.



Oleh sebab sebelum ini aku cakap aku fobia dengan Dentist perempuan gara-gara cabut wisdom tooth aku ketika di ITM dahulu. Aku pulak sampai kat KLIDC lambat setengah jam, dengan selamba Dr. Suria cakap kat aku, "Ingat awak takut dan ubah fikiran"...adus selamba sound aku...ishhh sebenarnya tadi memang macam terasa nak cancel jek...







Get Ready dah kena jap bius so menunggu untuk kebas

Gambo Hiasan - Tp gigi aku bawah tu sebijik camtu

Gigi aku nie memang bagus punya baring tido, kalau ikut perancangan Dr Suria dia akan belah gigi kepada dua, keluarkan kemudian potong sikit gusi untuk mengeluarkan akar gigi tersebut.

Dr. Suria on duty - sekadar gambar hiasan
Tetapi hasilnya Dr Suria terpaksa potong 3 dan potong besar jugak gusi aku sebab akar gigi aku sangat degil. Fuhh parah jugak kalau dah banyak borne yang kena potongkan. Masa Dr Suria buat jahitan aku dah terasa sakit...ish dah nak habis ke biusnya...aduhlaaa....

Ubat-ubatan dan resit sementara (Boleh pulak computer mereka down), damage RM800.00

Cuba untuk mengambil gambar jahitan semua yang dibuat tu cuma atas gam aku jek sebelah tepi ada jugak cuma sukar untuk ambil gambar....



Kesan daripada operation mencabut ini jugak aku kena Dapat ulcer yang boleh tahan besar.

Komen, dibanding dengan mimpi ngeri aku sebelum ini, cabutan yang kali ini tidaklah seteruk dahulu, maklumlah yang ini kan swasta dan bayaran pun masyaAllah...cuma aku hairan bukan nya hospital gomen tu tidak mempunyai kelengkapan yang baik sebab always mereka upgrade yang baru dan belanjanya bukan sedikit tetapi masih bila kita ke gomen hospital kita ada jek sakit hati...so masalahnya di kelengkapan (hardware) atanu orangnya (mereka yang bertugas)...fikir..fikirkan...

Wednesday, April 20, 2011

Sikap Pemandu Bebal

Petang tadi aku balik dari Hospital Pantai Bagsar untuk rawatan susulan (siap Azizi kena amik darah tu kira susualan ke?)...oleh kerana tiada update kesesakan lalulintas di Hiway Plus Sungai Besi maka aku macam biasa guna Plus Hiway untuk keluar di susur keluar UPM.

Lebih kurang 3 km daripada susur keluar UPM jalan sesak tapi masih bergerak perlahan, maka macam biasa pemandu bebal yang tak reti bersabar ramai yang menggunakan laluan kecemasan (emergency lane). Aku marah sebab apabila hampir dengan exit UPM tu, emergency lane tu akan jadi kecil di bawah flyover dan for sure mereka yang menggunakan emergency lane akan sedaya upaya meompat ke lane pertama...dimana aku berada dengan sabar menanti mengikut arus....

Penyebab utama kesesakan itu adalah kemalangan yang berlaku bukan di laluan aku tetapi di laluan bertentangan betul-betul kat susur keluar UPM menghala KL. Aku tidak melihat apa terjadi tapi nampak sebuah kereta bomba ada di situ makanya pada fikiran aku dan Alia sure ada mangsa yang tersepit...ramai sungguh orang di laluan aku yang menyebabkan kesesakan laluan aku sebab sibuk memperlahankan kenderaan malahan ada yang berhenti di sisi jalan hanya untuk MELIHAT.

Apabila berada di atas flyover susur keluar UPM boleh di lihat jalan menghala ke Kuala Lumpur sangat sesak termasuk di laluan kecemasan. Semua kenderaan terpaksa berhenti kerana usha-usaha menyelamat yang sedang dijalankan. Hampir ke tol kami lihat ambulan menuju ke tempat kemalangan (sure daripada hospital Serdang. Terus aku terfikir boleh ke ambulan tu sampai ke tempat kemalangan memandangkan pemandu BEBAL telah memenuhkan laluna kecemasan????

Jika tidak terkena kepada keluarga sendiri tidak mengapa lah tapi apa kata kalau yang accident tu keluarga sendiri dan ambulan lambat sampai sebab kesesakan teruk termasuk di laluan kecemasan dan kerana rawatan kecemasan lambat sampai maka tidak dapat menyelamatkan nyawa...apa perasaan anda wahai pemandu BEBAL

Tuesday, April 19, 2011

SWATCH

Jam ini diberi kepada aku semasa aku masih bekerja dengan Tractors Petroleum Services Sdn Bhd (TPS) Oleh principal kami Sulzer Turbo Services aka TSID. Jam ini hendak dihadiahkan kepada customer kami iaitu staff TNB tetapi sebab melalui aku for sure ada satu untuk aku huhuhuhu...




Jam SWATCH yang biasa jek pada aku lagipun aku tak appreciate sangat jam pakai bateri sebab aku lebih suka jam auto.Pada aku jam auto lebih istimewa kerana lebih banyak parts di dalam jam tersebut...jugak for sure harap-harap samapai ke anak aku jam tersebut masih boleh digunakan. Aku memang suka kumpul jam tapi jangan salah sangka bro semuanya berharga sederhana...bukan yang jenis ribu raban punya...masih belum mampu buat masa sekarang...







Jam ini dah 6 bulan habis bateri. Punyalah kalut sampai tak tukar-tukar bateri nya. Nasib haritu aku mintak tolong in-law aku tukarkan Kat Kedai jam di Semenyih (Kedai jam old fashion punya)..yang best semua bateri dapat harga murah ada discount...jam SWATCH nie paling mahal sebab bateri dia lebih tebal compare yang lain...(aku bagi 2 utas jek jam kot ye pun + bini aku punya GUEST satu).




Bila dia inform in-law aku baru aku perasan jam nie kt belakang dia cuma boleh bukak untuk ganti bateri jek. Kena berhati-hati takut rosak nanti tak leh repair.

Hanya ini jam SWATCH aku ada so aku tak sure semua macam ni ke?

Monday, April 18, 2011

Soalan Lazim

Soalan yang biasa orang tanya aku bila berjumpa..

(S=Soalan; J=Jawapan)

S: Anak berapa orang?
J: Sorang
S: Berapa tahun dah umur?
J: Baru 7 bulan
S: Dah pandai apa dah...
J: Sila lihat foto...



Sunday, April 17, 2011

Mohon Jasabaik

Aku sebenonya reserve 6 ticket adult dan 1 bebudak untuk naik skybridge. Terdapat salah faham sebab aku ambik package 1 jam 11 pagi tetapi sebenarnya jam 11 untuk package no.2 maka waktu yang paling tepat ialah 10.40 pagi. Aku pulak tak baca email yang mereka balas kepada aku sepenuhnya maka berandaian yang waktu lawatan adalah jam 11 pagi....

Kami keluar lewat hari itu tambahan pula dengan hujan yang turun mencurah-curah menyebabkan perjalanan bertambah perlahan. Oleh kerana lawatan itu adalah untuk jam 10.40 maka aku sepatutnya sampai untuk mengambil tiket pada jam 9.40. Kami sampai di KLCC tepat jam 11 pagi.

Aku terus ke counter ticket skybridge minta bercakap dgn pegawai bertugas cam biasa untuk memohon jasa baik pegawai (En. Ismail..alamak bin apa aku lupalak nak tanya) tersebut untuk mempertimbangkan kes aku.

Syukur Alhamdulillah, Ismail bersetuju membantu aku tapi tiket tersebut adalah untuk lawatan jam 1 petang itupun aku cakap dengan dia bagilah 3 tiket sebab dua untuk parent aku dan satu lagi untuk anak saudara aku. Kesian kat dia sebab dah cakap dengan mak dia nak naik skybridge. Atas jasa baik dan pertimbangan Ismail aku dapat 3 tiket. Tq Ismail...





Ambil Gambo dulu di lobi tower 1


Akhirnya masa tiba untuk lawatan...sila beratur...ops tiket habis yek...



Malam nak ajak semua orang makan kat Bangi..hajat nak pergi Abdullah Chanc di Bangi...malangnya bila sampai tutup pulak adus...sian mak dan abah....sebagai alternative kami ke San Francisco Pizza jek..



Ramai orang, service dah jadi slow...





Orang paling teruja dapat naik skybridge. Order air paling mahal malam tu...sesekali tak apa selalu bengkok Pak long.

Saturday, April 16, 2011

PETRONAS Twin Tower Skybridge Package Visit

Semua orang terutama orang luar teruja sangat nak naik skybridge. Orang Malaysia banyak yang pandang sepi je kan. Korang tanya diri sendiri lah berapa orang berebut-rebut bergambar dgn besi buruk Eiffel Tower kalau ke Paris. Berapa orang dari kita yang dah ambil peluang naik??? Aku?? Dah banyak kali bukan setakat kerana aku memang kerja di situ tapi sebelum kerja di situ pun aku dah melawat.


THE SKY-BRIDGE
Dahulunya lawatan ke skybridge ni free. Apa yang korang kena buat beratur pagi-pagi untuk ambil tiket, sehinggalah awal tahun ini apabila mereka memperkenalkan pelbagai pakej dan mereka mulalah charge orang ramai (staff pun kena bayar cam rakyat Malaysia yang Ada mycard jugak). Aku copy paste jek package yang ada untuk rujukan aku malas nak translate.

Package1 (Petronas Twin Towers Skybridge)
Guided tour
Visit PETRONAS Twin Tower Skybridge at Level 41.
Skybridge visiting hours 9am ~ 7pm
Ticket RM10 /per person. RM3 /per person for MyKad holder & children age 12 below

Package 2 (Petronas Twin Towers Skybridge + Observation deck)
Guided tour
Visit observation deck on a top floor of PETRONAS Tower 2 at Level 86
Visit PETRONAS Twin Tower Skybridge at Level 41
Package 2 visiting hour is only from 11am ~ 12pm & 5pm ~ 6pm
Ticket RM40 /per person. RM20 /per person for MyKad holder & children age 12 below

Package 3 Premium (Petronas Twin Towers Skybridge + Observation deck + Lunch or Dinner at MPC)
Guided tour
Visit observation deck on a top floor of PETRONAS Tower 2 at Level 86
Visit PETRONAS Twin Tower Skybridge at Level 41
Fine dining experience at the exclusive, members-only Malaysia Petroleum Club (MPC) at Level 41
Package 3 visiting hour is only from 12pm ~ 1pm & 6pm ~ 7pm
Ticket RM200 (+Lunch 12pm ~ 1pm), RM350 (+Dinner 6pm ~ 7pm). You can enjoy your lunch and dinner on your own sweet time after the guided tour. The 1 hour duration apply only for Skybridge and Observation deck visit.

Ok selamat melawat...

Friday, April 15, 2011

Gigi Kebijaksanaan

Aku gosok gigi...tetiba cam terlanggar sesuatu dan gigi aku sangat sakit...

Melangkah ke office...berdenyut pulak dia...adus..kepala pun berdenyut...tension aku...call Kuala Lumpur International Dental Clinic, boleh lawat web mereka di sini.


Aku call ketika jam 10 pagi dengan harapan dapat jumpa Dentist yang available ASAP..ok dapat appoinment dnegan Dr. Nursuriati Muhamad Zahari tapi jam 1200 tgh hari...boleh lah...



Hilang kebikjasanaan ke kalau cabut??

Rupanya "gigi kebijaksanaan" aku dah rosak teruk....Dr cadangkan cabut...ok ini dentist ketiga dalam entah berapa tahun yang aku jumpa dan cadangkan untuk cabut...oklah aku sanggup untuk di "bedah" untuk mencabutnya.
Note: Gila dah tak tahan sakitnya...sampai bila aku nak simpan benda alah nie pun....lagipun dia dah merosakkan jiran dia jugak tu..

Dr. kata nasib dah tampal tapi bahagian akar dah macam affected jugak.so kena further study further bila dah cabut gigi bijaksana tu nanti. Cam mana dia leh tahu semua tu senang jek aku kena berdiri tegak untuk di X-Ray... Suka benar nak charge aku lebih ishhhh...tak apalah janji dia leh realize condition Gigi aku better.

Gigi kebijaksanaan ini dikatakan Akan keluar ketika kita berumur remaja iaitu sekitqr 14 hingga 19 tahun. Oleh kerana kedudukan yang terpencil dan tiada susah untuk dijaga kebanyakan dentist Akan mencadangkan untuk di cabut sebelum berumur 25 tahun so idoklah ia jadi mimpi ngeri.

Posisi Gigi Bijaksana Keluar (aku punya angular).

Sekarang or esok tak leh buat sebab masih sakit so aku pun set 22 April 2011, jam 10 am untuk menjalani "pembedahan" ini..sebab Dr Suria kata needs 3 hari untuk recover oklah cabut Jumaat so cuma MC sehari jek karang banyak pulak MC aku bulan ni...

Tuesday, April 12, 2011

Arcoxia

Arcoxia adalah ubat "tambahan" yang terpaksa aku ambil untuk bersama dengan imigran sekarang ini untuk merawat migraine aku. Arcoxia adalah ubat pain killer untuk aku setelah aku ni SAH allergic kepada kumpulan ubat yang digelar NSAID (non steroidal anti inflammatory drugs).

ARCOXIA 120mg

Aku tak tahu sangat pasal arcoxia sehinggalah aku jumpa web ini. Gilo terperanjat aku sebab arcoxia diberi merawat radang joint dan kepada pengidap cancer untuk melawan rasa sakit mereka. Lagi best bila senarai di bawah adalah side effect dia;
  • Ulcers and bleeding
  • Increase risk of heart attack
  • Stroke
  • May decrease likelihood of pregnancy
  • Abdominal pain
  • Skin rashes and yellowing
  • Water retention
  • Unexplained weight gain
  • Constipation
  • Tenderness
  • Nausea
  • Lethargy and fatigue
  Adus...kenapa aku amik ARCOXIA...sebab MIGRAINE....kenapa aku MIGRAINE....sebab....

Sunday, April 10, 2011

Azizi Anakku...

Saja seronok nak bubuh perkembangan Azizi...

1ST DAY Azizi, di nursery bersama ku sementara menunggu Alia 
Banyak orang cakap Azizi sebijik cam aku...hahahahhah.....

Azizi berumur SEMINGGU. Ada chance nak kuning so back to old school...jemur...

Azizi berumur SEBULAN...bukan makin kurus tapi baju tu besar hehehehe...skin masih macam aku...

Azizi berumur 2 BULAN..dah cam lari dari diri aku lak dahhh...

Yes...saya berumur 3 BULAN...

Celebrate 4 BULAN di Impiana Ipoh...

5 BULAN...aki tolong gondolkan kepala..

6 BULAN

terbaru saya berumur 7 BULAN