Friday, December 24, 2010
Good Luck
Dari blog lama aku ada mamat tanya pasal TPS so aku bagilah sikit info yang aku tahu, tadi dia call aku setelah aku bagi no kat dia...apapun Jummat pagi dia interview untuk post Project Engineer base kat Miri. Aku cuma nak ucapkan good luck bro..oh ye nama dia Muhamad Azharudin..
Thursday, December 23, 2010
Penat
Seharian hari ini aku cuba menyudahkan preparation untuk issue out 2 packages untuk satu PSCs. Lagipun dah expectation dari PSC tersebut untuk kami issue out by today. Manakala Add pulak concentrate dengan MIS. Aku memang dah muak gila babai tahap dewa dengan MIS nie.. sampai tadi aku joke dengan Firdaus...ko nak masuk tandas pun nanti kena buat MIS...MIS enter to toilet.
Agak malang bila semua dah ready...CD2 dah aku bakar...masuk sampul baik punya..package pun semua dah ready nak issue out guna DHL..siap aku call tanya DHL mana bukak esok sebab aku nak hantar sendiri...tetiba MIS nya tidak di sign sebab ada pulak TC Chairman tak ada so kena tunggu Isnin...aduhlaaa padahal paper nie PETRONAS dah approve lagi nak kecoh macam korang boleh buat keputusan totally different dari PETRONAS pun aduhhh AA aku nie pun sign je lahhhhhhh

Tuesday, December 21, 2010
Gregory Berns' Quote
A person can have the greatest idea in the world - completely diffrent and novel; but if that person can't convince enought other people, it doesn't matter.
Monday, December 20, 2010
Sharing Quotes 1
"If you have time to whine and complain about something then you have the time to do something about it." - Anthony J. D'Angelo
Sunday, December 19, 2010
Pengalaman
Mesti korang pernah g interview kan, soalan favourite sure tanya pasal experience kita. Sekiranya aku ada kekuatan ingin sekali aku menjawab seperti berikut:-
- Sebelum berkahwin. semua orang tanya bila nak kahwin maksudnya bila nak buat benda tu mereka tak pernah pulak tanya ko ni nak kahwin dah ada experience ke kahwin?
- Bila isteri mengandung automatically aku ken ready untuk bergelar bapa,tak perbah pun kita terfikir kita nie cukup ke experience untuk menjadi bapa.
Perkara terpenting bagi aku ialah bagaimana kita menghadapi situasi tersebut dan pastilah positive mindset yang sepatutnya ada dalam diri kita untuk menghadapinya dan satu lagi ialah rajin untuk menimba ilmu. Sebelum Alia operate 1st time dulu, aku belajar dahulu procedure yang akan Alia lalui menggunakan You Tube. Ketika confirm yang Azizi akan bersalin secara pembedahan sekali lagi aku tengok You Tube sebab untuk membiasakan aku supaya akau tidak terkejut melalui pengalaman pertama aku. Maksudnya kena ada bimbingan yang betul.
p/s: Aku pernah gagal interview sebab boss tu tengok aku tidak ada pengalaman berkaitan sedangkan aku dapat tahu bila boss itu di tawarkan pekerjaan dia itu dia sendiri tidak mempunyai pengalaman berkaitan.
Monday, December 13, 2010
Syukur
Alhamdulillah petang tadi Alia dah dapat selama ini yang ditunggu, rentetan cerita bersyukur aku sebelum ini. Ketika menjalani training minggu lepas di IKWAS, Alia ada inform aku yang dia akan dapat surat pelantikan tetap pada hari ini.
So sekarang dah lega, bak kata geng2 Alia lepas nie yang nak kahwin tu boleh lah buat loan baru senang nak lulus dan bahagian perjawatan JPA pun dah kurang sikit beban nak explain kepada bank taraf perjawatan sebelum ini.
"TAWARAN PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN..." bergitulah bunyi tajuk surat tawaran Alia. Alhamdulillah..satu jek pertanyaan ...bila lagi nak submit application loan nak beli kereta ni?? Masa di dewan siap sempat chit chat dengan aku dan dalam masa yang sama geng2 dia sempat menggunakan si "pink".. nasib wa tak chat yang dahsyat-dahsyat...
Tadi Alia juga jumpa dalam dewan tu si pengapit aku masa aku berkahwin....lawak ada ke gi panggil Alia kakak ipar... gila apa, ko tu putus dengan sepupu Alia daaaaa...sudahlah minahtu pun dah kahwin.... beb lu dah ada jawatan tetap so apa lagi cari lah yang lain....
Sebagai penutup gua hari nie...ucapan SELAMAT MAJU JAYA kepada isteri tercinta....

Wednesday, December 8, 2010
Malam Pertama
Malam Pertama yang aku maksudkan bukanlah malam Pertama aku tetapi malam Pertama Azizi tidur tanpa ibunya.
Lepas Minum susu jam 9 mlm tu Azizi tak nak tidur. Mata bulat manakala kepala ligat pusing ke kiri dan kanan. Dia pastinya mencari Alia. Ok tak apa neneknya cuba menidurkannya menggunakan teknik biasa dia dengan Azizi. Nampaknya tidak menjadi.
Hampir jam 11 malam Azizi menangis kuat, emmmm sebenarnya Azizi jarang menangis kuat kecuali sekali tu dia tanduk gigi aku...tapi kebelakangan ini macam tahu Alia nak pergi dia menangis kuat bila mahu minum susu. Sama juga malam pertama ini. Ok aku panaskan susu guna food warmer (nenek kata lambat, rendam air panas je tak boleh ke??)...selesai bawak Azizi ke bilik kami dan bagi dia minum susu, nampaknya selepas habis 3 oz Azizi masih mahu susu, apalagi berlari aku ke bawah untuk memanaskan lagi susu, ok amik tambah 2 oz lagi.
Selesai minum 2 oz tu Azizi tidur lena...ok lega...hantar message kat Alia (guna WhatsApp) inform semua ok Azizi dah tidur. Akupun bolehlah meluruskan kaki untuk tidur.
Hampir jam 2 Azizi mula gelisah. Aku perasan dia meggelengkan kepala dia ke kiri dan ke kanan (sure mencari puting lah tu). Kasihan dengan segera aku berlari ke bawah memanaskan susu. Aku dengar suara Azizi dari bawah. Naik semula ke atas untuk ambil Azizi, wah betul punya mengamuk nie habis semua bedung dah terbuka. Atuk dan nenek pun sadar, surelah suara Azizi yang nyaring.
Ok bagi minum 3 oz, senyam semula Azizi lega..dia dah tidur semula. Ok aku pun sambung tidur..baru rasa nak lena Azizi bergerak lagi..adus aku tengok jam baru kul 3.45 pagi..emm aku terfikir pulak susu 3 oz nie nampaknya tak cukup buat Azizi sebab tak mampu nak sustain dia dua jam tidur. Satu lagi yang aku tak perasan selama ini mungkin Azizi bangun menyusu sebab puting mudah di cari.
OK kali ini bawak Azizi terus turun bawah takut dia menjerit lagi. Sedang aku panaskan susu Azizi aku baringkan di dalam katil dia, aik...atuk dah turun dukung dia cakap nenek suruh amik. Berat hati aku nak kasi Azizi tidur dengan orang lain tapi apa kan daya kepala aku pun dah weng...emmm aku ada sejam lagi untuk tidur sebab masa tu dah jam 4 pagi.
Setiap hari aku memang bangun jam 5 pagi sebab ada rutin wajib yang aku harus buat setaip pagi on weekday. Lain kali aku share apa aku buat.

Tunggu mami balik dari INTAN |
Setiap hari aku memang bangun jam 5 pagi sebab ada rutin wajib yang aku harus buat setaip pagi on weekday. Lain kali aku share apa aku buat.
Tuesday, December 7, 2010
Perpisahan Sementara yg Pertama Azizi
Tadi jam 2 ptg Alia ke INTAN kampus Wilayah Selatan untuk menghadiri SKMI.
Ini merupakan kali pertama Azizi ditinggalkan Oleh Alia maksudnya tidak dapat menetek langsung. Alia akan hanya balik Sabtu petang. Fuhh mental preparation bukan hanya untuk Azizi tapi buat parent Azizi jugak...
Biasanya apabila Alia sampai rumah dari office, sure Azizi akan dapat habuannya. Biasanya Azizi biasanya akan tidur lepas magrib dan bangun jam 9 mencari susunya. Sambil menghisap mata akan lena. Next schedule jam 12 dan lepas tu jam 3 pagi. Semua itu mudah dengan kehDiran Alia.
Malam ini akan bermula untuk aku plan semua jadual penyusuan... Susu kena turunkan dari sejuk beku ke bahagian sejuk. Masukkan ke dalam botol to be ready bila time untuk menyusu kena masukkan botol ke dlm food warmer pastu baru boleh feed Azizi.
Hopefully Azizi bagi kerjasama.

Saturday, December 4, 2010
BlackBerry® Bold™ 9780 from CELCOM
Kalau ada yang berhajat dengan Blackberry Bold, CELCOM ada tawaran menarik untuk anda. Sila lawat website CELCOM.
Bawah nie sedikit preview on Blackberry Bold untuk info korang.
Bawah nie sedikit preview on Blackberry Bold untuk info korang.
below are the power packed features of BlackBerry® Bold™ 9780. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tuesday, November 30, 2010
RON97 petrol to go up 15 sen
Alamak dapat info dari FB katanya esok 1 December 2010, RON97 naik lagi 15sen pehh lepas nie berpeluh kalau aku nak bubuh RON97 yelah kalau kete aku muat 40liter maksudnya aku kena bayar lebihan RM18 yang mana kalau dengan duit sebanyak itu aku boleh beli 9.73 liter RON95.
suka gambar nie dari http://www.malaysiakini.com
Emm kena cari penjelasan ni kena kaji trend harga minyak mentah ke??
Monday, November 22, 2010
Saluran Air Mata Tersumbat
Air mata baby kebanyakan akan mula mengalir bermula apabila baby berumur 3 minggu. Air mata tersebut sepatutnya drain into the nose melalui saluran kecil didalam bahagian tepi mata.Saluran itu sepatunya terbuka tetapi dalam kes Azizi saluran ini tidak terbuka oleh sebab itu air mata berkumpul dan keluarlah tahi mata berwarna kuning.
Semalam petang aku tengok mata Azizi sebelah kanan ada banyak discharge, sebagai bapa sure aku risau. Azizi pulak banyak gosok mata so nampak macam mata dia gatal. Pagi tadi aku hantar sms kepada boss aku cakap aku EL, aku beruntung sebab ada boss yang memahami dan dia ok jek. Aku call Hospital Pantai untuk check Dr Atiqah ada tak, betul tekaan aku Dr Atiqah bercuti sampai Khamis sebab seingat aku masa last visit kami Dr Atiqah ada inform nak bercuti panjang.
Always to have back up plan. Kami memang ada second pediatrician untuk Azizi, justification senang jek Pantai Hospital (PMCKL) di Bangsar jarak jauh dari Semenyih mahupun Putrajaya (plan nak duduk Putrajaya bila bibik sampai),so kena ada yang berhampiran dan base on recommendation daripada kawan Alia kami pilih Dr Afifah di Kajang Plaza Medical Centre (KPMC). Kajang agak justify jaraknya dari Semenyih dan Putrajaya.
Dr Afifah menerangkan kepada aku masalah ini tidak memerlukan ubat mata atau sebagainya tetapi cukup dengan mengurut di hujung sebelah dalam mata ke arah hidung. Menolak ke arah dalam ke arah batang hidung kalau base on pembacaan aku dalam internet tapi Dr Afifah kata lalukan jari dari atas ke bawah maksudnya dari arah batang hidung ke arah pipi. Dahulu ketika berumur 3 minggu Azizi kena mata sebelah kiri dan sekarang mata sebelah kanan pulak. Itu yang menghairankan aku sebab aku selalau massage Azizi dan aku selalu buat di kedua belah mata Azizi.
Satu lagi penerangan dia kalau mata infection tahi mata bukan berwarna putih atau kuning tetapi warna hijau. Ok aku noted pesanan Dr Afifah. Di belakang telinga Azizi juga ada macam kulit kering yang mengelupas ok yang tu Dr Afifah kata fungus. Azizi tak boleh pakai bedak sebab kulit dia sensitif dan kering, high maintenance tambah beliau kena pakai baby losyen jek.
Sempat timbang Azizi tadi sekarang berat dia 6.5kg. Memang kalau baju terutama jenama tempatan Azizi dah tak muat size 0-3 bulan. Sekarang kami dah start beli Mamypoko size M.
p/s: kami parent yang agak pelik sorry kalau kami tak gemar anak kami didekati terlalu hampir oleh orang lain. Selalu beringat pesan pediatrician kami jangan expose dia terlalu dekat dengan ramai orang sebab Azizi masih kecil dan punya antibody yang rendah. Apa aku buat adalah yang terbaik termampu untuk aku sediakan kepada Azizi.

Sunday, November 21, 2010
Kenapa?
Aku agak tertarik dengan tulisan Dr.Kamil dalam blognya bertajuk kenapa? Dia menegur secara sinis orang kita yang sering bertanya kenapa daripada bertanya bagaimana saya boleh membantu?
Sebenarnya situasi yang sama berlaku di office aku. Bosses lebih suka bertanya kenapa? Expectation management kita dah cover semua sampaikan semua orang berfikir senang sungguh menjadi boss sebab hanya perlu bertanya KENAPA/WHY. Susah sangat ke nak sharing how to solve the problem/issue. Aku sampai cakap terang-terang dengan manager aku masa mid year evaluantion, "I'm sick of handling management expectation as management also do not have clear direction".
Aku tahu tak bagus untuk kerjaya aku kalau terlalu berterus-terang sebab aku kerja di kalangan orang Melayu, bangsa aku yang payah nak accept kritikan. Aku sekarang selalu terfikir kata-kata WAN EDRIN, kawan aku yang berjaya keluar "kita ada lebih kurang 20 tahun lagi nak kerja dan berapa tahun lagi nak bazirkan masa buat kerja yang kita tak enjoy buat".

Monday, November 15, 2010
Good Luck Mm
Dear Mm,
Good luck with your final project presentation preparation, nothing is impossible in this world. YES time is running out but you still have time to make it happen.
We always support and pray for you.
Dd & Azizi...
Good luck with your final project presentation preparation, nothing is impossible in this world. YES time is running out but you still have time to make it happen.
WE..
We always support and pray for you.
Dd & Azizi...
Sunday, November 14, 2010
Cerita Azizi I
Peluang membesarkan anak adalah nikmat tuhan yang sukar ditukar ganti. Aku amat bersyukur dapat melihat perkembangan Azizi di hadapan mata. Azizi sekarang berumur 2 bulan 12 hari.Ada satu perkara nikmat sebagai bapa yang aku dah terlepas. Semenjak habis pantang Azizi tidur dengan kami dan setiap malam dia akan tidur didalam pelukan aku.
Semenjak kebelakangan ini Azizi pasti mencari Alia dan tidur dalam perlukan Alia. Satu nikmat sudah terlepas. Apa yang aku boleh katakan sekiranya kita rasa terbeban kerana anak cuba fikirkan tanpa anda sedar anda akan kehilangan semua itu. Mungkin pada orang lain perkara kecil anak tidak tidur dalam pelukan kita tapi cuba fikirkan apabila dia sudah berumur 5 tahun mungkin dia sudah pasti tidak mahu berada dalam pelukan kita ibubapanya apatah lagi kalau dia sudah mula bersekolah...so nasihat aku JUST ENJOY THE MOMENT.

Saturday, November 13, 2010
My Jabs Schedule
Azizi harus bangun awal dan mandi pun awal sebab nak ke Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur. Biasalah jumpa pediatrician dia, Dr Nur Atiqah Ng Abdullah (boleh call untuk appointment 03-22960518) untuk mendapatkan suntukan 5 serangkai iaitu:
Perkembangan Azizi sekarang dia seberat 5.97kg dan ketinggian 56 cm.
- Diphteria
- Pertussis
- Tetanus (1st dose)
- Poliomyelitis
- Meningitis
Sebenarnya apabila lahir di Hospital Pantai ni mereka bagi buku "All About Me", buku perubatan rekod Azizi yang mana aku rasa semua hospital pun kasi termasuk hospital kerajaan. Dalam buku tu ada "My Jabs Schedule" yang mana list out semua jabs untuk Azizi sehingga berumur 7 tahun (so in a way hospital pantai cuba buat business dengan Azizi sehingga dia berumur 7 tahun).
Lawatan kali ini adalah untuk 5 jap serankai di atas, masa Azizi di dalam pantang, nurse klinik kerajaan ada datang melawat (pastikan korang report kelahiran kat klinik berhampiran), Alia sempat bertanya betul ke list jap nie untuk budak dan nurse tersebut mengesahkan oklah, sebagai parent kami ikutlah..nurse kerajaan tu sure datang sebab mereka layak claim semua perjalanan dan ada elaun lagi.
Selamba tak menangis, risau lak aku..
Apabila aku jumpa Dr Nur Atigah pertama kali (Azizi dapat pediatrician lain assign by Dr Hamid Arshad tapi aku kurang berkenan so aku decided untuk tukar), Dr Atiqah mencadangkan kami beberapa suntikan tambahan dan ubat tambahan untuk Azizi, kami setuju jek. Memaang tak semua cover under ING (company aku bayar beb, employee benefit, tq my company) tapi apa salahnya pada aku ING dah banyak cover dan membantu mengurangkan bebanan aku so kami akan tanggung sendiri yang mana tidak di tanggung oleh ING.
Lawatan kali ini, Azizi juga diberi minum vaccine "ROTATEQ" untuk masalah diarrhea untuk budak, semuanya ada 3 kali yang akan diambil oleh Azizi. Ada tips untuk Azizi sebelum minum ROTATEQ kena puasakan dia tak boleh kasi susu nanti muak pulak.Satu peringatan, ROTATEQ hanya boleh diambil sebelum berumur max 8 bulan (32 minggu).
Perkembangan Azizi sekarang dia seberat 5.97kg dan ketinggian 56 cm.
Pada aku tak perlu kedekut untuk kebaikan anak aku sendiri, wang boleh diusahakan berjimat tapi kesihatan??
Tuesday, November 2, 2010
Selamat Bekerja & Pesanan Buat Azizi
Setelah menghabiskan cuti berpantang 60 hari (next year baru strat 90 hari kan) so today Alia akan memulakan kerja semula pada hari ini.
UCAPAN BUAT ALIA :
Selamat bekerja, ingat dah convert jadi tetap so kena usaha keras lagi....jangan lupa jengok jengok BPH
UCAPAN BUAT AZIZI:
1. Behave your self/ Jangan nakal-nakal
2. Jangan susahkan nenek
3. Minum susu 2 oz every 2 hours jangan lebih-lebih..
Maka bermulalah hari-hari Azizi ditinggalkan dengan nenek sehingga bibik sampai...ishh bibik nie lepas raya katanya memula lepas raya puasa pastu lepas raya haji jangan sampai lepas raya cina sudahlah...

Sunday, October 31, 2010
Bersyukur
Setiap anak yang dikurniakan pasti didatangi dengan rezekinya, itu janji Allah. Kita wajib percaya.
Jumaat lepas aku balik kerja, aku dengar bunyi hand phone Alia berbunyi menandakan ada message masuk. Aku naik atas mandi dan solat. Selepas solat aku turun semula sebab nak pasang rocker Azizi yang baru aku beli di Isetan (Fisher Price buat sale selama 8 hari bermula dari 28 October 2010 sempena menyambut ulangtahunnya). Beli untuk Azizi selepas survey banyak tempat dan di Isetan termurah. Alia bagi tahu Ida (kawan satu batch Alia PTD) sms kata JPA baru announce dalam meeting semua contract mereka jadikan tetap....Alhamdulillah syukur...tak perlu menunggu selepas DPA baru serap sebagai tetap...
Aku cakap dengan Alia rezeki dia dan Azizi.. Alia pun balas rezeki Azizi dan Allah itu adil dalam memri rezeki...Alia sekarang berpantang bahan tenusu sebab Dr Atiqah (Pediatrician Aizi) syak itu punca Azizi kembung sebab dia mungkin alah kepada bahan tenusu. Sekarang Azizi dah ok cuma Alia masih belum berani ambil risiko..
Alhamduillah...aku sentiasa cakap dengan diri aku...aku kena buat kerja aku dan rezeki itu datang dari Allah kena percaya...
Breastpump
Tajuk breast pump agak ganjil untuk orang lelaki bincangkan. Banyak yang menyangka tajuk nie for sure tidak perlu diambil tahu oleh orang lelaki. Sebenarnya orang yang ada tanggapan begitu adalah SALAH. Percaya atau tidak aku kat office pernah discuss dengan bakal-bakal bapa jugak pasal topik ini sebab mahu mencari yang terbaik buat isteri masing-masing. "SIAPA TAK SAYANG BINI OIIII"...
Mengeluarkan susu "express breastmilk" boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu either express menggunakan tangan atau menggunakan pam (breast pump). Kalau rajin boleh ke laman You Tube bagaimana kedua-dua kaedah ini dilakukan.
Breast pump pun ada pelbagai jenis antaranya:-

- Manual breast pump
- Electric breast pump
- Battery breast pump
- Electric or battery breast pump
Dan ada dua jenis untuk single or double...
Manual Breastpump
Oklah dalam kes aku sebenarnya yang banyak buat study tentulah Alia.selepas mempertimbangkan beberapa perkara Alia memilih untuk memiliki MEDELA SWING. MEDELA SWING leih ringan dan lebih mudah unutu Alia bawak kemana-mana nanti bila start keje dan kalau kena out station.Untuk membeli dipasaran harganya agak mahal so dia browse internet untuk mencari jualan secara online. Usaha Alia agak berbaloi kerana menemui satu laman web yang menawarkan harga lebih murah dari harga pasaran dan laman web lain. Pembelian melalui internet ini memang agak berisiko sebab biasanya mereka akan minta kita bayar deposit 50% lepastu apabila barang itu sedia untuk diposkan kepada kita mereka minta kita bayar penuh. Urusan begini memang memberi kelebihan kepada penjual sebab risk kita yang tanggung. Bagaimana nak cari yang betul atau tidak boleh bertanya dengan kawan-kawan yang pernah beli online atau baca dalam forum.
MEDELA SWING
Nak dijadiakn cerita, Alia order masa tu dah dekat nak raya (memang lewat patut beli lagi awal sebab ada kes ibu mengandung 7-8 bulan buah dada dah ready nak keluarkan susu dan membengkak so kalau ada masalah begini pump lah penyelamat, buat stock susu dari awal). Pembelian online biasa mengambil 2 - 3 minggu tapi dalam kes Alia dekat sebulan jugak kerana cuti hari raya.
Bila tiba masa memerlukan (selepas Azizi lahir) sebab peringkat awal Azizi tak minum banyak. Untuk mengelakkan Alia demam aku pun bergegas mencari breastpump sementara menunggu medela swing sampai. Aku belikan jenama BEAN. Single, electric/battery type breast pump. Secara bekerja nya oklah untuk mengepam susu tapi bunyinya punyalah kuat masyaAllah...masa nak mengepam kedua-dua belah breast pump sampai 45 minit hingga sejam. Kasihan Alia...
Apabila MEDELA SWING sampai dan pertama kali Alia guna sebelah aku...ternyata perbezaan dari segi bunyi...sungguh senyap...dan ada fungsi vacuum dulu lepas tu baru pump...emmm detail biar orang perempuan lah tahu...tapi aku sangat menggalakkan bakal-bakal bapa atau bapa kat luar sana tu jangan berkira sangat pasal breast pump nie kalau korang memang bertekad anak korang breast feed untuk 2 tahun..itu belum kira kasihan isteri kita tu yang kena makan macam-macam untuk ensure susu itu banyak, berkekalan dan berkualiti.
Ada satu kes kat bangi masa Alia nak beli baju nursing yang memudahkan Alia untuk breast feed azizi kalau kat luar, seorang suami tu siap cakap kat isteri dia buat apalah beli electric breast pump nie membazir jek dan selama ini rupanya isterinya pakai manual breaspump...dan aku sure dia tak pernahpun tolong isteri dia guna manual breastpump tu...kalau rasa nak lengan korang besar cubalah. Sempat Alia menyampuk dan menggalakkan mereka beli, aku tak tahu jenama apa tapi memang murah dan pump tu jenis boleh ko nak beli single or double boleh senang jek nak upgrade beza pun seratus jek...bukan macam medela yang kalau ko nak upgrade memang kena beli MEDELA FREESTYLE or MEDELA PUMP IN STYLE.
MEDELA PUMP IN STYLE
Sekarang aku kasihan Alia sebab pakai medela style masih memerlukan masa yang panjang untuk menyudahkan proses mengepam dan bila start pump sebelah yang sebelah lagi pun nak keluar susu...nampaknya aku kena cari duit untuk belikan Alia MEDELA PUMP IN STYLE pulak. Wajib sebab kalau Alia kena g krusus sure dia ada limited masa untuk mengepam susu...ish...mintak-mintak share PETRONAS Chemical melonjak tinggi insyaAllah aku belikan MEDELA PUMP IN STYLE...insyaAllah....
BERGAYA DENGAN MEDELA PUMP IN STYLE
Thursday, October 21, 2010
Warranty Dell
Lama dah tak update bloh nie...Kat rumah aku nie ada PC Dell XPS 420 yang aku gunakan setiap hari kalau dirumah. Nampaknya aku sememangnya dekat dengan Dell. Di office juga menggunakan PC Dell.
Selepas selesai dengan Azizi, aku tengok screen PC nie dah gelap dan ada tulis window fail to start. Satu perkara for sure aku benci dengan Dell ni sure aku call customer service nanti mereka akan suruh aku buat something dahulu. Kalau call Customer service Dell make sure korang tahu dua benda Service Tag dan Express Service Code jugak jangan lupa kalau ada error code silah salin.
Well kali nie aku kena run diagnostic sendiri guna CD driver and utilities. Dia ajarlah step demi step yang aku kena buat dan salin semua error code yang ada. Slesai buat diagnostic tu aku pun slainlah semua error code dia. Call lagi customer service Dell...emmm nampaknya ada dua kemungkinan kerosakan computer ni motherboard atau graphic card.
So total service yang aku mungkin kena bayar termasuk technician datang rumah ialah RM1K lebih.... makkk oiii mahal betul...."but if you want to extend warranty of your computer you have only to pay RM680.00" gila apa sure aku amik offer dia apahal pulak aku tak nak extend sedangkan aku sekarang sedang mengalami masalah... tak macam insurance kalau ko dah sakit sure tak boleh amik insurance nie dah rosak boleh pulak dia mintak aku extend warranty jek...ok ini semua berlaku hari semalam (Rabu)...ok fine amik no card credit aku nie charge untuk extend warranty.
Pagi tadi dalam kul 9 pagi Praba call katanya nak datang rumah dalam kul 11 untuk repair PC. Elok jam 1030pagi dia dah sampai rumah kat Semenyih untuk repair PC tu....so selepas buat general checking, run diagnostic, tukar VGA card, tukar motherboard, screen /monitor set to factory setting....dah siap...semua ok balik...kul 12 siap keje dia....
Aku tak sure (walaupun aku ada teori) cam mana Dell handle aku cuma kena extend warranty jek tapi for sure aku sebagai customer berpuas hati dengan service Dell dan begitu jugak 4 orang geng opis aku yang mula berfikir next computer should buy from Dell...tq Praba...tq Dell....
XPS450
Apa yang aku nak ceritakan ini adalah masalah aku dengan PC ni dan bagaimana Dell menyelesaikan masalah besar aku ni. Aku on PC dan gunakan untuk menyiapkan analisa kerja aku, tetiba anak aku menangis dan aku biarkan PC ini on, terus settle kan anak aku dahulu.Selepas selesai dengan Azizi, aku tengok screen PC nie dah gelap dan ada tulis window fail to start. Satu perkara for sure aku benci dengan Dell ni sure aku call customer service nanti mereka akan suruh aku buat something dahulu. Kalau call Customer service Dell make sure korang tahu dua benda Service Tag dan Express Service Code jugak jangan lupa kalau ada error code silah salin.
Well kali nie aku kena run diagnostic sendiri guna CD driver and utilities. Dia ajarlah step demi step yang aku kena buat dan salin semua error code yang ada. Slesai buat diagnostic tu aku pun slainlah semua error code dia. Call lagi customer service Dell...emmm nampaknya ada dua kemungkinan kerosakan computer ni motherboard atau graphic card.
So total service yang aku mungkin kena bayar termasuk technician datang rumah ialah RM1K lebih.... makkk oiii mahal betul...."but if you want to extend warranty of your computer you have only to pay RM680.00" gila apa sure aku amik offer dia apahal pulak aku tak nak extend sedangkan aku sekarang sedang mengalami masalah... tak macam insurance kalau ko dah sakit sure tak boleh amik insurance nie dah rosak boleh pulak dia mintak aku extend warranty jek...ok ini semua berlaku hari semalam (Rabu)...ok fine amik no card credit aku nie charge untuk extend warranty.
Pagi tadi dalam kul 9 pagi Praba call katanya nak datang rumah dalam kul 11 untuk repair PC. Elok jam 1030pagi dia dah sampai rumah kat Semenyih untuk repair PC tu....so selepas buat general checking, run diagnostic, tukar VGA card, tukar motherboard, screen /monitor set to factory setting....dah siap...semua ok balik...kul 12 siap keje dia....
Aku tak sure (walaupun aku ada teori) cam mana Dell handle aku cuma kena extend warranty jek tapi for sure aku sebagai customer berpuas hati dengan service Dell dan begitu jugak 4 orang geng opis aku yang mula berfikir next computer should buy from Dell...tq Praba...tq Dell....
Monday, October 11, 2010
Muhammad Azizi Syalia
Azizi "dikeluarkan"
Anak kami Muhammad Azizi Syalia dilahirkan di Hospital Pantai Bansar, Kuala Lumpur pada 02 September 2010, jam 4.47 petang. Azizi dilahirkan dengan kaedah Cesarian Section (C-Section). Detail kenapa C-Section boleh baca di sini. Kelahirannya disaksiakan sendiri oleh aku. Beruntung sungguh aku walaupun aku lupa untuk menekan button record tapi at least aku ada sedikit video gambar "dia" dilahirkan.
Sebenarnya nama Azizi Syalia dipilih oleh Alia. Secara kebetulan ketika dia mencari dalam panduan nama Islam dia terjumpa dua nama ini yang ada kaitan dalam hidup aku. Tugas aku hanya menambahkan nama Muhammad di hadapan sempena mengambil nama nabi S.A.W. Aku juga diberitahu nama Muhammad bermaksud selama-lamanya.
Azizi, merupakan nama rakan sepejabat aku. Sememangnya sudah kerja sekali kami jadi agak rapat. Azizi sebenarnya membawa maksud KEKASIHKU. Alia sangat berkenan dengan nama ini apatahlagi sudah tentu anak kami adalah kekasih kami.
Syalia, nama ini kalau orang pandang sekali lalu seperti gabungan nama aku dan Alia. Sebenarnya kami jugak agak terkejut apabila menemui maksud nama ini. Tidak sangka pula nama yang pernah jadi kata nama untuk akaun Streamyx kami mempunyai maksud. Syalia bermaksud penghibur hatiku.
Besar harapan kami untuk MUHAMMAD AZIZI SYALIA...sepupu Azizi pernah bertanya Alia; "ngah nanti baby ngah besar nak jadi apa?" aku jawab "jadi PILOT".
Semoga Selamanya kekasihku penghibur hatiku akan menjadi anak yang solleh....
Birth Information Slip
Teh C Kosong
Majoriti rakyat Malaysia bersarapan pagi pasti minum Teh Tarik. Teh tarik telah dikenali serata dunia sebagai minuman kemestian kita. Malah aku telah beberapa kali berbicara dengan supplier dari Europe yang menyedari kegemaran kita in malah mereka turut menyukainya.
Teh tarik (susu) biasanya diadun menggunakan pati teh dengan susu pekat (di Indonesia di panggil susu kental), untuk menambah kelazatan kalau di kedai mamak itu ditarik. Pernah jugak aku berkawan dengan anak tokey kedai mamak dan dia memberi tahu aku kalau serbuk Teh yang digunakan di kedainya adalah campuran 3 jenis serbuk teh. Aku cuma ingat dia campur Teh Boh dengan Teh cap Harimau satu lagi aku dah lupa. Sukatan pun dah lupa tapi secara teorinya teh cap harimau itu untuk nak bagi teh tu berwana pekat.
Sekarang aku kalau minum teh pasti order "TEH C KOSONG". Perbezaan dengan dengan Teh Susu biasa ialah tidak menggunakan susu pekat sebaliknya menggunakan susu cair. Selepas itu biasanya orang akan tambah gula untuk menrasai manis tapi aku tak bubuh sebab itu nama dia TEH C KOSONG.
Kawan breakfast aku sekarang di Level 4 pernah order TEH C KOSONG. Minum cuma seteguk jek....
Dedua Teh Tarik, ada juga mengenali yang di sebelah kanan sebagai Teh Dangdut
Mamak Teh Tarik satu (gambar copy dari blog ieatishootipost).
Sekarang aku kalau minum teh pasti order "TEH C KOSONG". Perbezaan dengan dengan Teh Susu biasa ialah tidak menggunakan susu pekat sebaliknya menggunakan susu cair. Selepas itu biasanya orang akan tambah gula untuk menrasai manis tapi aku tak bubuh sebab itu nama dia TEH C KOSONG.
Kawan breakfast aku sekarang di Level 4 pernah order TEH C KOSONG. Minum cuma seteguk jek....
Subscribe to:
Posts (Atom)