Thursday, September 29, 2011

Tayar

Waja aku dah lama sebenarnya tidak di service mahupun buat tyre balancing. Hari sabtu lepas aku terpaksalah ke Hi Speed Tyre Sdn Bhd kat Taman Prima Saujana Kajang. Decided untuk tukar empat-empat tayar.  Aku hanya senyum bila Alia cakap since ini dah jadi second car so tukar yang murah jek. Kami pernah bersependapat bahawa tayar merupakan elemen safety terpenting pada kereta, memang ada yang datang dan beli tayar second hand pun tapi pada aku tayar tidaklah. Biarlah beli yang baru betul-betul tak kisahlah kereta itu untuk perjalanan jauh ataupun dekat sebaba ko tidak akan tahu kereta itu jugak dalam case emergency kena jalan jauh dalam hujan lebat.



Bila bukak empat-empat tayar, ternyata tayar aku memang dah samapai masa untuk tukar event worse tayar sebelah depan kiri licin sampai Nampak benang di sebelah dalam. Melihat kepada keadaan tayar, tentu kerana camber (negative camber). Itulah akibat kalau tak buat balancing tayar lama sangat. Memang aku setuju kalau every 10K mileage kita pusing tayar end up bila nak kena tukar tayar kita kena tukar empat-empat sekali tapi apakan daya kan untuk safety kita dan keluarga jugak.

Cerita pasal tayar pulak, sebelum ini aku pakai Dunlop dan memang dah lama aku pakai jenama ini selain Dunlop aku pernah pakai Continental. Kali ini aku nak pakai Goodyear pulak. Baca dalam blog paultan pasal Goodyear Assurance Fuel Max (AFM) tyre. Korang boleh baca sendiri di sini. Tanya harga, RM240.00 sebijik. Ok deal. Kalau nak tau pasal tayar ni boleh gak ke web page Goodyear kat sini.


Tuesday, September 27, 2011

Happy Birthday Google


Happy Birthday to Google...Birthday yang ke 13 tahun...

Sumbangan Aidilfitri



Hanif (adik ipar aku) memberi aku satu beg yang merupakan Sumbangan Aidilfitri kepada Angkatan Tentera yang dia dapat. Dalam beg itu ada pelbagai barangan antaranya Kain Pelikat, Tuala dan makanan.

Untuk langakah berjimat kerana duit gaji belum masuk masa minggu lepas kami mencuba nasi himpit, daging rendang dan sambal kacang. Kesimpulannya...not bad at all...

Monday, September 26, 2011

Pengantin Baru

Update basi dah ni...tapi tak apalah..catatan untuk tatapan aku dan anak-anak (inysaAllah skrg Azizi jek baru) aku dikemudian hari insyaAllah. Hari sabtu 17 September 2011 merupakan hari bersejarah bagi geng satu office aku, Siti Zuraidah Mail. Dinikahkan pada jam 10 pagi pada hari tersebut.





Kami memang balik Melaka kerana pada hari yang sama jugak Aqiqah anak Hirman. Ada dua majlis untuk di hadiri dalam hari yang sama. Pagi tu haruslah ke Kg Belimbing Dalam, Durian Tunggal dahulu. Weekend dalam bulan Syawal nie walau dimana kita berada kena strategies hendak pilih jalan mana kalau tidak jawabnya terkandas dalam jam je lah. Tidaklah susah untuk sampai ke rumah Zue nie lagipun peta pada kad jemputan ini memang senang untuk dirujuk. Aku rasa ada jugak orang buat peta pada kad jemputan yang tidak cukup clear untuk rujukan kita.




Pasangan pengintin lama yang sampai lebih kurang masa ketibaan aku..huuhuh...




Pasangan Pengantin Makan Beradap


Komen aku tentang majlis rumah Zue nie makanan yang sedap, katering dia memang superb nasi sedap, daging masak qurmak sedap dan ayam masak merah jugak tidak menghampakan walaupun daging ayam tu agak hancur.





Sebelum pulang sempat bergambar bersama Zuraidah jek, husband dia tak kelihatan..malas nak bertanya...berak agaknya...huhuhuh...apapun Selamat Pengantin Baru kepada Siti Zuraidah Mail semoga kekal ke anak cucu...honeymoon ke Krabi dan Korea katanya....moga lekat terus....

Tuesday, September 20, 2011

Birthday Party

Parent mana tak excited kan apabila anak sulong mereka genap umurnya setahun. Kami juga tidak terkecuali. Kami (or sepatutnya Alia) bercadang mengadakan birthday party di rumah Semenyih. Tarikh sudah lama di pilih, sejak bulan July lagi iaitu Sabtu, 9 September 2011. Entah dimana silapnya tetiba Mak Uda Alia nak buat Aqiqah cucunya juga pada tarikh tersebut. Aku dah bertekad yang perangcangan kami harus diteruskan. Alhamdulillah mendapat support dari share holder.





Azizi lahir pada 2 September 2011 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1431 H. Maka sambutan hari lahir untuk Azizi dibuat 3 kali iaitu:-
23 Ramadhan 1432 - pulut kuning
2 September 2011 - nenek bubuh icing atas cake Tupperware dapat dalam hamper
9 September 2011 - birthday party






Untuk majlis ini aku mintak tolong parent aku dari Kuantan datang memasak di Semenyih. Tulah kita yang muda merancang makanan, yang tua jugak merancang makanan. Sudahnya kami ada 2 makanan berat iaitu Soto (Soto Nasi, Mee Hoon Soto, Mee Soto) dan Nasi Minyak. Selain itu ada satay yang aku order dan roti canai yang mertua aku order. Lepas ada jugak bubur kacang dan buah tembikai. Makanan memang banyak.





Ok untuk peringatan kepada diri aku jugak next time kalau buat majlis dalam bulan Syawal nie kena budget tetamu yang datang about 30% to 40%. Makanan akhirnya memang banyak berlebih so puas pulak buat tapau untuk di edar sekeliling rumah.
Untuk berapa belanja majlis ini silah baca di blog Alia di sini dan di sini.








Monday, September 19, 2011

Surat

Semasa bercinta monyet dahulu korang mesti pernah tulis surat dan akan melantik posman tidak rasmi korang untuk menyampaikan surat tersebut kepada idaman kalbu korang. Siap yang extream tu bubuh bedak sebab nak kasi wangi. Tak tahu orang yang bukak surat tu lepas tu bersin..silap-silap naik bedak penuh muka lebih parah masuk mata...

Akhirnya surat yang aku tunggu-tunggu sangat sampai jugak ke tangan aku. Surat ini sebenarnya besar risikonya sebab surat itu hanyalah assignment letter. Tempat baru aku propose aku transfer on assignment dahulu sementara menunggu E&P PDC approval yang sittingnya plan on 3 October 2011. Risiko yang diceritakan ialah sekiranya E&P PDC tak approve (nauzubillah min zalik) aku kena patah balik. Mengharapkan doa kawan-kawan agar  hijrah aku approve tanpa apa-apa masalah.

Sekarang aku di tempat baru sedang "relax dulu"seperti diarahkan oleh SM baru aku..Alia ada pesanan untuk aku di sini

Thursday, September 15, 2011

Temporary Closure of PETRONAS Twin Towers Visit Operations


Ada annoucement yang di letakkan di bawah mengatakan penutupan sementara Operasi Lawatan Menara Kembar PETRONAS. Penutupan ini untuk membolehkan kerja-kerja menaik taraf kemudahan-kemudahan lawatan. Kemudahan-kemudahan sebab kan melibatkan pelbagai package lawatan. Detail lawatan yang ditawarkan sila click sini.

Penutupan ini bermula hari ini, 15 September 2011 sehingga December 2011 katanya. So bersabar yek...

Tuesday, September 13, 2011

World Cup Malaysia Bila Lagi?

Saja aku buat pertanyaan ini kepada sesiapa yang sudi mengomen...setakat ni kita masih belum mampu melangkah ke Piala Dunia acara padang, kalau court tu yelah cam squash, badminton dan sepak takraw.



Sekarang berlangsungnya Rugby World Cup 2011 di New Zealand kan...demam masih lagi terasa.



Time sekolah dulu aku pun tak tahu kenapa aku pilih untuk main ragbi dan hoki. Badan kecik jek tapi cita-cita besar main ragbi...position yang sesuai untuk aku scrum half...hohoho jersey no. 9. Gambar atas tu aku main bawah 18 masa aku Form 4 kat Sekolah Teknik Kuantan (zaman tu ada 8 sekolah teknik jek sekolah vokasional bukan teknik ok), takut senior punya pasal aku main gak ragbi walaupun dah bertekat konon tak nak main dah sebab result SRP aku yang mengarut...masa aku form 3 aku lawan team ni wakil sekolah lama aku masa tu main bawah 18, reserve tapi ditakdirkan lawan team ni scrum half senior injurt so aku lah main...huhuhu best jugak "menganjin" mereka nie....tup..tup aku main dengan mereka lak..ishhh tulah nak buat jahat kena berpada-pada...

I should thanks kat team ni jugak sebab masa aku jadi senior merasa pakai jersey bary CANTERBURY lagi. Kat Pahang masa tu tak ramai pun team pakai CANTERBURY.  Paling best MADE IN NEW ZEALAND ok..sekarang nie banyak made in China...hahahahha...



Dari dahulu hingga sekarang aku sokong team ni walaupun team ni tak pernah menang World Cup dan tahun ini kalau Tri-Nation punya tournament..sedih...hopefully tahun ini for the 1st time All Black juara



Semangat France...ayam kacukan baru heheheheh...team France ni masa aku kat teknik kami kaji cara main jahat mereka yang susah di kesan oleh referee....hahahaha...apapun kenangan itu sentiasa indah...

Sekarang...tengok je lah....

Monday, September 12, 2011

World Cup Rugby 2011 V2







Penyokong Jepun berbangga team mereka main di Rugby World Cup 2011




England pun pakai BLACK sekarang.

Saturday, September 10, 2011

World Cup Rugby 2011

Demam World Cup Rugby 2011 bermula. World Cup Rugbi dikatakan acara sukan ketiga terbesar di dunia selepas Olimpik dan World Cup Football, komen agak berlebihan bagi peminat ragbi huhuhu...

Perasmian ini termasuk pertunjukan bunga api di Waterfront Auckland New Zealand. Perasmian rasmi pula diadakan di Auckland Eden Park dan dikatakan 60,000 peminat ragbi menghadirinya. New Zealand tidak pernah memenagi World Cup Ragbi walaupun sukan ini merupakan sukan No. 1 mereka dan pasukan All Black juga ternyata hebat di arena pentas antarabangsa. Tahun ini New Zealan all out untuk memastikan World Cup Rugby 2011 milik mereka. Penganjuran World Cup Rugby 2011 juga menjadi agenda kerajaan New Zealand untuk melonjakkan ekonomi mereka maka tidak hairan lah pelbagai party dianjurkan untuk menarik pengunjung antarabangsa di sebalik katanya ticket World Cup Rugby 2011 terlalu mahal malahan untuk menjimatkan belanja katanya peminat ragbi dari Australia sanggup berualng alik.

Kali terakhir New Zealand menjadi tuan rumah ragbi World Cup ialah pada tahun 1987 (1st World Cup Rugby). Pada ketika itu para pemain tidak dibayar oleh kesatuan rabi (amatur). Stadium tempat perasmian pun cume separuh penuh dan acara pembukaan performace bebudak pompuan band berbaris . Kerancakan World Cup Rugby 2011 bermula semenjak seminggu lalu dengan pelbagai acara. Sepertimana yang kita ketahui New Zealand terkenal dengan tarian HAKA so penganjur telah menganjurkan “flash mob” street HAKA.



Apapun jom enjoy gambo menarik semasa perasmian.






First game sure melibatkan tuan rumah kan, so ALL BLACK VS TONGA.

RESULT: ALL BLACK 41 TONGA 10




Friday, September 9, 2011

Cukai Perkhidmatan

Cukai perkhidmatan seperti mana semua sedia maklum telah dinaikkan kepada 6% iaitu pertambahan 1% bermula tahun ini. Petang tadi on the way aku balik rumah dengar berita dalam radio.

"Bermula 15 September 2011, pembelian tambah nilai prabayar dan pack permulaan prabayar akan dikenakan cukai sebanyak 6% yang mana sebelum ini syarikat telekomunikasi menanggung cukai tersebut."

Isu ini sudah tercetus semenjak dari May atau June kalau tidak silap aku tapi masa tu Pak Menteri Kementerian berkenaan kata pengguna tidak perlu risau kerana kementerian sedang berbincang dengan syarikat telekomunikasi. Ternyata syarikat komunikasi ini lebih hebat daripada pak menteri kerana dengan beraininya akan tetap past beban cukai perkhidmatan ini kepada pengguna walaupun sebenarnya sebelum ini kena tanggung subsidi 6% ini mereka masih mengaut keuntungan.

 source dari sini
Table di atas adalah sebagai panduan sahaja. Aku berpendapat untuk memudahkan pelaksanaan ini rasa nya korang masih beli topup dengan harga RM10.00 tapi actual amount bertambah dalam akaun korang hanyalah RM9.40. Cara ini lebih senang dilaksanakan pada pendapat aku lah.

Kepada pengguna prepaid nampaknya kena kaji balik charge membuat panggilan harus disertakan dengan tambahan 6% untuk cover cukai perkhidmatan. Kepada bibik aku...fikirlah berkali-kalai kalau asyik nak bergayut jekkkk....



Wednesday, September 7, 2011

Bila Lagi Aku Nak Berhijrah?


Semalam hari yang membengangkan aku sebab kemain ramai orang tanya bila nak ke PXXX? Apa korang ingat aku nak sangat lagi ke lepak kat sini. Tension siot dapat soalan macamtu. Apapun tak salah mereka jugaklah sebab mereka cuma bertanya, biasalah orang Malaysia kan ambil berat.

Aku tanya HR manager aku apa masalahnya lagi, adus kesimpulan aku memang gila lah COMPANY red tape tak hingat punya, walaupun dah approve to transfer out tapi sebab nak pergi on assignment dulu pun kena masuk dan dapat approval committee dulu…gila apa…

Concern aku ialah masa semakin pendek untuk aku sebab aku kena kejar KPI maklumlah tahun nie financial year jadi pendek sampai December jek…pulak tu PPA aku akan deliberate kat PXXX where input akan ada jugak dari sini…lebih tension untuk aku ialah apa yang aku buat sekarang “membantu” orang dan benda ni bukan KPI aku dan bukan part of KPI aku pun nanti….TENSION.

Monday, September 5, 2011

1 Year Birthday (Pre)

Alhamdulillah, 2 September 2011 adalah hari genap setahun aku diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat menjadi bapa kepada Muhammad Azizi Syalia. Tentu lebih seronok ialah En. Faizul Harris Mohamad Kamal dan isterinya Norzainab yang dikurniakan anak kembar selepas 11 tahun berkahwin. Baca kisah mereka di sini. Aku yang menanti 3 tahun pun agak terseksa tambahan bila jumpa orang tua-tua sure tanya bila nak ada anak. Aku harap bila kita generasi sekarang sudah sampai zaman tua soalan tu tak perlu ditanya sebab sure orang yang berkahwin pasti mahu menimang cahaya mata sendiri.

Ok berbalik kepada cerita birthday Azizi ni, insyaAllah akan kami adakan majlis rasmi birthday untuk Azizi pada Sabtu, 10 September 2011 nanti oleh yang demikian Alia decided untuk mintak nenek Azizi bubuh icing (sendiri buat) atas cake yang aku dapat (hamper tupperware) manakala baby sugar doll tu daripada Secret Recipe (setiap kalai makan kat outlet mereka si Presint 15 sure Azizi dapat).


Azizi sangat excited bukan untuk meniup lilin tu tapi nak pegang lilin tu


Masih belum pandai nak potong kek sendiri so kena tolong pegangkan pisau untuk potong kek ehhh bukanlah actually Alia dan Azizi pegang pisau sama-sama sebab nak potong kek double birthday celebration, Alia kan birthday dia 31 Ogos.

Ok Azizi dah potong kek, rasa sikit cake ni sedap.


Happy Birtday to my beloved wife and son.

Sunday, September 4, 2011

Perjalanan Raya kami 2011

Nampaknya semua orang sama ada sudah ataupun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing pada hari ini maklumlah esok, Isnin sebahagian besar daripada kita sudah mula bekerja. Aduh selepas seminggu bercuti ni, sure Monday Blues akan begitu ketara di rasai.

Bagaimana perjalanan raya? bagi kami ni boleh tahan lah jugak walaupun kalau hanya base on iPhone Goggle Map tak sejauh mana tapi aku dah set meter kereta dari mula bertolak dari rumah di Semenyih hingga kami pulang semula ke Semenyih ternyata perjalanan raya kami kali ini berjumlah 1450km.





Hari Sabtu, 27 Ogos 2011 bertolak dari Semenyih selepas subuh ke rumah parent aku di Balok, Kuantan.





Hari raya pertama, 30 Ogos 2011 kami ke Felda Bukit Kepayang, Triang Pahang untuk menziarahi Pak Ngah. Walaupun abah mulanya kata jauh, tak payah pergi tapi aku sudah cukup memahami abah dia sememangnya hendak berjumpa abang dia di Hari Raya, so aku cakap kat abah tak apalah jauh kami semua nak pergi.




Hari raya kedua, 31 Ogos 2011 (Happy Birthday Alia), kami bertolak ke Muar dengan dua buah kereta. Angah tidak ikut serta kerana bertolak ke Tapah beraya di kg suaminya. Hari untuk beraya menziarahi saudara-mara sebelah emak di Muar. Petang itu kami ke Merlimau, Melaka. Beraya di rumah nenek Alia.


Khamis, 1 September 2011, kami pulang ke Semenyih semula. Parent aku datang beraya di rumah besannya sebab kebetulan mahu ke Putrajaya untuk menghatar adik bongsu ku yang mula bekerja pada hari Jumaat.

Begitulah lebih kurang perjalanan raya kami tahun ini. Semalam, Sabtu bermulalah acara menghadiri open house pulak. Semalam kami ke rumah rumah terbuka Uncle Ghauth. Sempat aku mengusik dia, glamour di bulan ramadhan heheheh...banyak coverage Utusan Malaysia untuk dia dua tiga minggu sudah.

Terima Kasih keranan membaca...