Friday, September 9, 2011

Cukai Perkhidmatan

Cukai perkhidmatan seperti mana semua sedia maklum telah dinaikkan kepada 6% iaitu pertambahan 1% bermula tahun ini. Petang tadi on the way aku balik rumah dengar berita dalam radio.

"Bermula 15 September 2011, pembelian tambah nilai prabayar dan pack permulaan prabayar akan dikenakan cukai sebanyak 6% yang mana sebelum ini syarikat telekomunikasi menanggung cukai tersebut."

Isu ini sudah tercetus semenjak dari May atau June kalau tidak silap aku tapi masa tu Pak Menteri Kementerian berkenaan kata pengguna tidak perlu risau kerana kementerian sedang berbincang dengan syarikat telekomunikasi. Ternyata syarikat komunikasi ini lebih hebat daripada pak menteri kerana dengan beraininya akan tetap past beban cukai perkhidmatan ini kepada pengguna walaupun sebenarnya sebelum ini kena tanggung subsidi 6% ini mereka masih mengaut keuntungan.

 source dari sini
Table di atas adalah sebagai panduan sahaja. Aku berpendapat untuk memudahkan pelaksanaan ini rasa nya korang masih beli topup dengan harga RM10.00 tapi actual amount bertambah dalam akaun korang hanyalah RM9.40. Cara ini lebih senang dilaksanakan pada pendapat aku lah.

Kepada pengguna prepaid nampaknya kena kaji balik charge membuat panggilan harus disertakan dengan tambahan 6% untuk cover cukai perkhidmatan. Kepada bibik aku...fikirlah berkali-kalai kalau asyik nak bergayut jekkkk....



No comments:

Post a Comment