Monday, September 5, 2011

1 Year Birthday (Pre)

Alhamdulillah, 2 September 2011 adalah hari genap setahun aku diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat menjadi bapa kepada Muhammad Azizi Syalia. Tentu lebih seronok ialah En. Faizul Harris Mohamad Kamal dan isterinya Norzainab yang dikurniakan anak kembar selepas 11 tahun berkahwin. Baca kisah mereka di sini. Aku yang menanti 3 tahun pun agak terseksa tambahan bila jumpa orang tua-tua sure tanya bila nak ada anak. Aku harap bila kita generasi sekarang sudah sampai zaman tua soalan tu tak perlu ditanya sebab sure orang yang berkahwin pasti mahu menimang cahaya mata sendiri.

Ok berbalik kepada cerita birthday Azizi ni, insyaAllah akan kami adakan majlis rasmi birthday untuk Azizi pada Sabtu, 10 September 2011 nanti oleh yang demikian Alia decided untuk mintak nenek Azizi bubuh icing (sendiri buat) atas cake yang aku dapat (hamper tupperware) manakala baby sugar doll tu daripada Secret Recipe (setiap kalai makan kat outlet mereka si Presint 15 sure Azizi dapat).


Azizi sangat excited bukan untuk meniup lilin tu tapi nak pegang lilin tu


Masih belum pandai nak potong kek sendiri so kena tolong pegangkan pisau untuk potong kek ehhh bukanlah actually Alia dan Azizi pegang pisau sama-sama sebab nak potong kek double birthday celebration, Alia kan birthday dia 31 Ogos.

Ok Azizi dah potong kek, rasa sikit cake ni sedap.


Happy Birtday to my beloved wife and son.

1 comment: