Waja aku dah lama sebenarnya tidak di service mahupun buat tyre balancing. Hari sabtu lepas aku terpaksalah ke Hi Speed Tyre Sdn Bhd kat Taman Prima Saujana Kajang. Decided untuk tukar empat-empat tayar. Aku hanya senyum bila Alia cakap since ini dah jadi second car so tukar yang murah jek. Kami pernah bersependapat bahawa tayar merupakan elemen safety terpenting pada kereta, memang ada yang datang dan beli tayar second hand pun tapi pada aku tayar tidaklah. Biarlah beli yang baru betul-betul tak kisahlah kereta itu untuk perjalanan jauh ataupun dekat sebaba ko tidak akan tahu kereta itu jugak dalam case emergency kena jalan jauh dalam hujan lebat.
Bila bukak empat-empat tayar, ternyata tayar aku memang dah samapai masa untuk tukar event worse tayar sebelah depan kiri licin sampai Nampak benang di sebelah dalam. Melihat kepada keadaan tayar, tentu kerana camber (negative camber). Itulah akibat kalau tak buat balancing tayar lama sangat. Memang aku setuju kalau every 10K mileage kita pusing tayar end up bila nak kena tukar tayar kita kena tukar empat-empat sekali tapi apakan daya kan untuk safety kita dan keluarga jugak.
Cerita pasal tayar pulak, sebelum ini aku pakai Dunlop dan memang dah lama aku pakai jenama ini selain Dunlop aku pernah pakai Continental. Kali ini aku nak pakai Goodyear pulak. Baca dalam blog paultan pasal Goodyear Assurance Fuel Max (AFM) tyre. Korang boleh baca sendiri di sini. Tanya harga, RM240.00 sebijik. Ok deal. Kalau nak tau pasal tayar ni boleh gak ke web page Goodyear kat sini.
No comments:
Post a Comment