Azizi lahir pada 2 September 2011 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1431 H. Maka sambutan hari lahir untuk Azizi dibuat 3 kali iaitu:-
23 Ramadhan 1432 - pulut kuning
2 September 2011 - nenek bubuh icing atas cake Tupperware dapat dalam hamper
9 September 2011 - birthday party
Untuk majlis ini aku mintak tolong parent aku dari Kuantan datang memasak di Semenyih. Tulah kita yang muda merancang makanan, yang tua jugak merancang makanan. Sudahnya kami ada 2 makanan berat iaitu Soto (Soto Nasi, Mee Hoon Soto, Mee Soto) dan Nasi Minyak. Selain itu ada satay yang aku order dan roti canai yang mertua aku order. Lepas ada jugak bubur kacang dan buah tembikai. Makanan memang banyak.
Ok untuk peringatan kepada diri aku jugak next time kalau buat majlis dalam bulan Syawal nie kena budget tetamu yang datang about 30% to 40%. Makanan akhirnya memang banyak berlebih so puas pulak buat tapau untuk di edar sekeliling rumah.
Untuk berapa belanja majlis ini silah baca di blog Alia di sini dan di sini.
No comments:
Post a Comment