Update basi dah ni...tapi tak apalah..catatan untuk tatapan aku dan anak-anak (inysaAllah skrg Azizi jek baru) aku dikemudian hari insyaAllah. Hari sabtu 17 September 2011 merupakan hari bersejarah bagi geng satu office aku, Siti Zuraidah Mail. Dinikahkan pada jam 10 pagi pada hari tersebut.
Kami memang balik Melaka kerana pada hari yang sama jugak Aqiqah anak Hirman. Ada dua majlis untuk di hadiri dalam hari yang sama. Pagi tu haruslah ke Kg Belimbing Dalam, Durian Tunggal dahulu. Weekend dalam bulan Syawal nie walau dimana kita berada kena strategies hendak pilih jalan mana kalau tidak jawabnya terkandas dalam jam je lah. Tidaklah susah untuk sampai ke rumah Zue nie lagipun peta pada kad jemputan ini memang senang untuk dirujuk. Aku rasa ada jugak orang buat peta pada kad jemputan yang tidak cukup clear untuk rujukan kita.
Pasangan pengintin lama yang sampai lebih kurang masa ketibaan aku..huuhuh...
Pasangan Pengantin Makan Beradap
Komen aku tentang majlis rumah Zue nie makanan yang sedap, katering dia memang superb nasi sedap, daging masak qurmak sedap dan ayam masak merah jugak tidak menghampakan walaupun daging ayam tu agak hancur.
Sebelum pulang sempat bergambar bersama Zuraidah jek, husband dia tak kelihatan..malas nak bertanya...berak agaknya...huhuhuh...apapun Selamat Pengantin Baru kepada Siti Zuraidah Mail semoga kekal ke anak cucu...honeymoon ke Krabi dan Korea katanya....moga lekat terus....
weh blog ko ek...ahahha kenapa baru sekarang ku jumpa....
ReplyDeletehahahaha dah lama aku menulis blog tapi sekarang dah semakin jarang update...
ReplyDelete