Ketupat nasi di dalam sarung ketupat daun kelapa ini adalah makanan kegemaran aku pada hari lebaran, tidak perduli ada ketupat segera nona etc pada aku ketupat seperti di atas adalah yang terbaik. Memang leceh nak buat kalau ikutkan tetapi sekarang lebih pendek sebab sarung yang siap dianyam sudah ada dijual terutama di pasar tani. Beras hendahlah dibasuh seperti biasa dan di tuskan air nya. Kemudian"matikan"sarung ketupat dan seterusnya beras tadi dimasukkan ke dalam sarung. Beras itu biasanya suku dari saiz sarung tersebut, aku tak expert kena tanya mak aku setiap kali buat.
Pada aku the best way nak makan ketupat nasi ialah bersama kuah lodeh dicampur dengan sambal kacang dan rendang daging. Pada tahun ini mak aku buat rendang daging berembah emmm lebih kurang rendang tok. Juadah masakan ibu mestilah sedapkan.
Selesai makan, biasalah pergi solat sunat Aidulfitri. Aku juga hairan sebab khutbah yang di beri seolah-olah kutbah politik. Awal ramadhan aku solat Jumaat di Masjid yang sama dengan solat sunat Aidulfitri, khutbah Jumaat berbaur politik, khutbah Aidulfitri juga berbaur politik. Aku cuma nak komen pasal kejatuhan akhlak anak muda diletakkan kesalahan kepada pemerintah (sebahagian dari khutbah). Ok aku tidak nafikan mungkin penyumbang 20% lah pemerintah tapi percentage terbesar masih institusi kekeluargaan. Sebagai contoh anak saudara ku cakap bolanya yang hilang sebulan yang lalu sebenarnya di curi oleh kawannya sebab dia jumpa boleh itu di rumah kawannya. Aku tak faham dulu masa kecik, mak aku sure soal aku dan marah aku kalau nampak pemadam aku lebih dari yang sepatutnya, mungkin pada aku kecik jek masa tu tapi sekarang aku faham, sure ibubapa patut tahu apa yang dia belikan untuk anaknya dan kalau anaknya ada lebih dari yang sepatutnya so mana datangnya kenalah soal, curi orang punya ke kan. Benda nampak kecik tapi pada aku cukup besar sebab didikan anak ketika kecil akan mencorak hidupnya. Mengapa apabila dia besar dan dia jadi rosak kita cuma pandai salahkan orang lain (biasanya salah pemerintahlah) kenapa tidak bertanya diri sendiri di mana silapnya.
Selesai solat sunat Aidulfitri kami ke kedai gambar untuk bergambar beramai-ramai. Nantilah bila gambar tu siap aku share kat sini. Aku gila babi tak puas hati dengan kedai tu sebab ambil kesempatan gila babi sebab tak boleh tolak ansur langsung, tobat (kata orang Balok) tak pergidah kedai tu lain kali. Gambar atas Azizi anakku di dukung akinya. Tidak tahu mengapa Azizi takut dengan Aki dan nenek. Dah pakai baju Melayu comel ni oklak di dokong Aki.
Abah ada empat adik beradik, seorang perempuan (aku tidak berkesempatan berjumpanya sebab meninggal di usia muda) dan tiga lelaki. Abang di atas abah (Pak Uda Yadin) sudah meninggal maka tinggal Pak Ngah dan Abah jek. Usai ambil gambar (walaupun bengang tapi terpaksa sebab nak cepat) kami berangkat ke rumah Pak Ngah yang terletak di Felda Bukit Kepayang, Triang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah untuk sampai. Tidak mengapa janji abah gembira berjumpa abangnya. Kami pulak menunaikan tanggungjawab menziarahi orang tua apatah lagi Pak Ngah sahaja tinggal bapa saudara dekat sebelah abah.
Sekian sahaja catatan lebaran pertama aku pada tahun ini.
Merci pour la lecture...
No comments:
Post a Comment