Bagaimana perjalanan raya? bagi kami ni boleh tahan lah jugak walaupun kalau hanya base on iPhone Goggle Map tak sejauh mana tapi aku dah set meter kereta dari mula bertolak dari rumah di Semenyih hingga kami pulang semula ke Semenyih ternyata perjalanan raya kami kali ini berjumlah 1450km.
Hari Sabtu, 27 Ogos 2011 bertolak dari Semenyih selepas subuh ke rumah parent aku di Balok, Kuantan.
Hari raya pertama, 30 Ogos 2011 kami ke Felda Bukit Kepayang, Triang Pahang untuk menziarahi Pak Ngah. Walaupun abah mulanya kata jauh, tak payah pergi tapi aku sudah cukup memahami abah dia sememangnya hendak berjumpa abang dia di Hari Raya, so aku cakap kat abah tak apalah jauh kami semua nak pergi.
Hari raya kedua, 31 Ogos 2011 (Happy Birthday Alia), kami bertolak ke Muar dengan dua buah kereta. Angah tidak ikut serta kerana bertolak ke Tapah beraya di kg suaminya. Hari untuk beraya menziarahi saudara-mara sebelah emak di Muar. Petang itu kami ke Merlimau, Melaka. Beraya di rumah nenek Alia.
Begitulah lebih kurang perjalanan raya kami tahun ini. Semalam, Sabtu bermulalah acara menghadiri open house pulak. Semalam kami ke rumah rumah terbuka Uncle Ghauth. Sempat aku mengusik dia, glamour di bulan ramadhan heheheh...banyak coverage Utusan Malaysia untuk dia dua tiga minggu sudah.
Terima Kasih keranan membaca...
No comments:
Post a Comment