Saturday, March 3, 2012

Gotong Royong


Banner di atas promo untuk program esok yang akan berlangsung esok di Taman Pelangi Semenyih. Terima kasih kepada AJK Surau Taman Pelangi Semenyih yang membuat banner untuk war-war kan program tersebut.



Program ini Alia laksanakan kerana mendapat surat arahan daripada JPA untuk mengajurkan program COMMUNITY SERVICE & RESPONSIBILITY (CSR). Tiada peruntukan yang disediakan oleh JPA makanya kami (yes aku jugak terlibat) meminta bantuan daripada teman-teman.

Program ini dilaksanakan dalam 2 aktiviti iaitu khidmat nasihat teknikal dan gotong royong. Khidmat nasihat teknikal lebih kepada khidmat consultasi oleh architect dan Ukur Bahan daripada Section Pengurusan Nilai, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, office Alia. Manakala gotong royong esok akan tertumpu kepada program mengecat.

Kami juga bercadang untuk menyediakan almari buku dan rak kasut. Almari buku alhamdulillah akan datang kemudian sebab dalam process tempahan, Ada yang bermurah hati sponsor manakala rak kasut akan di tempah menggunakan duit lebihan aktiviti esok. Maklumlah budget sendiri so ada sedikit kekangan, kalau ada yang mahu menderma inform Lah yek..

No comments:

Post a Comment