Saturday, March 3, 2012

Putrajaya Blackout


Pada malam Jumaat lepas, 1 March 2012, beberapa kawasan di Putrajaya dan Bandar Baru Bangi (BBB) terputus bekalan elektrik. Agak menarik kerana belum pernah terjadi rasanya elektrik terputus di Putrajaya.
Blackout katanya bermula pada jam 9 malam, antara kawasan di Putrajaya yang terjejas ialah Presint 8,11,18 dan Alamanda yang terletak di Presint 16. Manakala kawasan BBB ialah Balai Polis Bandar Baru Bangi, Perumahan dan kawasan kedai Seksyen 8 & 9.
Blackout berpunca daripada satu kebakaran di Sub Station TNB (pencawang masuk) yang terletak tidak jauh dari Kilang Denso BBB.
Adun kawasan BBB, YB Dr. Shafie Abu Bakar turut menceritakan kejadian ini di dalam blog beliau.
Gosip untuk peristiwa ini ialah kegagalan standby GENSET yang ada di Alamanda. Inilah masalah kita di Malaysia, tiada pemeriksaan berkala untuk perkara-perkara backup ini. Siapa kita nak salahkan?
Note: Gambar kredit to blog Dr. Shafie Abu Bakar

1 comment:

  1. Beli je Genset caterpillar ngan aku...pas tu sign long term service agreement..hehe - zaini

    ReplyDelete