Hari Sabtu lepas kami menghabiskan masa cuma di rumah sahaja. Pagi tu pergi ke Pasar di Persint 8, Putrajaya. Beli barang-barang basah sedikit dan yang paling utama Alia nak beli ayam sebab nak buat Soto.
Pada sebelah petang, kasihan Azizi cuma dirumah kami pun buat keputusan untuk ke Taman Putra Perdana di Presint 1. Kalau korang tak tahu kat mana tempat ini, senang sahaja berhadapan dengan Hotel Shangri-La Putrajaya. Ada tempat parking yang besar, selain itu ada track jogging kalau yang mahu berjogginglah. Kalau korang pergi hari weekday kat area parking ini penuh dengan driver kereta jabatan menunggu boss-boss yang meeting area Putrajaya. Kenapa bawa Azizi ke taman?
Memang aku decided masa Azizi belum berumur 6 bulan, dia tidak boleh berjumpa dengan ramai orang maksudnya kami tidak bawak Azizi ke tempat tumpuan awam. Mengapa begitu? Simple, dia masih kecil antibody masih lemah. Sama jugak, jika tidak kerana ke hospital atau klinik kerana Azizi sure kami idak bawak Azizi ke hospital atau klinik jika kami ke sana untuk melawat atau rawatan diri sendiri.
Azizi semakin membesar dan aku perhatikan dia ada reserve kalau berjumpa orang yang dia tidak kenal. Untuk membiasakan diri dia dengan orang lain dan tidaklah asyik menangis bila berjumpa orang lain, kami bawak Azizi ke Taman Putra Perdana untuk bermain di playground. Semamangnya di bawah apartment kami juga ada playground biarlah Azizi berjalan jauh sedikit kan. Apa yang menarik di Putrajaya ialah kita boleh jumpa banyak playground untuk kanak-kanak. Aku sure semua perumahan ada, semua taman yang melambak di Putrajaya ini jugak ada playground.
No comments:
Post a Comment