Thursday, March 15, 2012

Hidupku

Hari ini aku dikehedaki menghadiri mensyuarat, kami panggil Interface Meeting di antara PMT, DHUC & Dept aku. Biasanya dalam mensyuarat ini kami akan discuss pending item yang belum close, apa sahaja perkara berbangkit akan kami register dalam list yang panjang di update oleh Interface Engineer.


Hari ini mensyuarat ini digunakan untuk membincangkan jugak slide presentation kepada big boss kami. Mesyuarat ini melibatkan 15 orang yang terdiri daripada engineer, planner, Head Facility, team leader & TP. Slide ini membincangkan mengapa kami harus delay or terlewat 1st gas date kami. Sebenarnya perbincangan ini sudah berlarutan beberapa hari jugak. Juga membincangkan sequence semasa installation, pre-commisioning dan commissioning level 1. Akhirnya slide yang diperlukan untuk presentation kepada big boss siap. Bayangkan kami bermesyuarat dari jam 10.30 pagi sehinga hampir jam 4 petang (siap bergilir solat) untuk menyudahkan kerja, makan? Tidak ada makan tengah hari yang di order cuma ada kuih dan buah sahaja. Itulah pengalas perut kami.

Korang kat luar itu tidak perlulah berburuk sangka ingat kami kerja di syarikal Fortune 500 ni makan sedap-sedap ketika bermesyuarat.

Ketika aku bermesyuarat ini jugak banyak kali jugak SCM personnel mencari aku sebab bertanya detail pasal Change Order Paper kami. Agak kesal sebab lepas kena komen dengan boss dia sebelum boss dia sign baru sibuk nak bertanya aku, kenapa tidak baca betul-betul paper tu dan bertanya aku sebelum jumpa boss, satu lagi aku dah advise lagi senang mintak sign boss kita mengadap sekali daripada biarkan boss review sorang-sorang.

Petang masuk office semula dan sibuk pulak menjawab TC daripada bidder, tender through our contractor. Now aku kena mencari jawapan technical pulak...

Gitulah serba sedikit sehari kehidupanku....

No comments:

Post a Comment