Thursday, March 8, 2012

ING Employee Benefit



Kad ING color oren ini diberikan kepada semua staff COMPANY, kalau tak silap bukan hanya kepada permanent staff jugak kepada direct hire staff. Kiranya ini adalah sebahagian daripada benefit.



Kad lama aku yang aku dapat semenjak join ANAK SYARIKAT yang lama tetiba invalid apabila aku menggunakan nya di sebuah klinik. Apa hal pulak, klinik tu suruh aku bayar. Aku tahu kalau bayar sendiri di kinik GP panel ING pulak tu sure tak boleh claim balik. Aku call ING, bila mereka mintak no ahli aku bagi mereka check dalam system masih active. Bila check no kad, kantoi, kad dah expired, ING dah issued new card untuk kami sekeluarga. Aku inform ING ketika itu yang tiada notification dikeluarkan kepada aku or ada tertulis pada card bila tamat tempoh. ING suruh inform klinik buat manual claim. Ok settle masalah aku ketika itu.

Isnin baru aku dapat email notification dari HR untuk collect kad ING yang baru, aduh lah. Aku rasa bila pasal benefit ini COMPANY dah decide HR centre untuk handle, tapi kalau dah terlalu ramai tu susah jugak mereka nak handle aku rasa. Ketika aku nak collect kad itu, aku perasan beberapa nama yang sama kes macam aku transfer ANAK SYARIKAT, so kau boleh buat kesimpulan aku kena tukar kad sebab aku tukar operating company dan mereka yang bayar premium kepada ING sebab itu ada kad baru, hanya kerana charge centre berbeza.

Ok sekarang kami sekeluarga sudah ada kad ING yang baru. Apapun terima kasih kepada COMPANY, dah banyak jugak kami sekeluarga charge guna card ini. Ada member aku bagi tahu, kalau nak beli the same medical card with the same benefit kena bayar premium kepada ING lebih kurang RM 400 sebulan so setahun RM4,800 itu kadar  bayaran untuk individu lah, as company aku sure ANAK SYARIKAT bayar kurang daripada itu, tp itu untuk sorang staff kalau 44,000 staff banyak manalah ING collect kan.

1 comment:

  1. SAYA HAMID KALAU BERMINAT UNTUK MENGAMBIL EMPLOYEE BENEFIT CARD OR LIFE POLICY BOLEH CONTACT HAMID 0173009396

    ReplyDelete