Kekadang aku rasa kita ini yang duduk di bandar besar menjadi hamba abdi di zaman moden dengan kerelaan. Kita keluar awal pagi dan pulang lewat petang atau ada yang sengaja balik lepas magrib semuanya kerana mahu mengelak jam.
Kerana stress ini kita kadangkala menjadi manusia yang sama sekali berbeza apabila memandu. Aku jadi malu sendiri apabila uztaz yang menyampaikan syarahan di Surau Al-Muhsinin KLCC bagi tahu kalau kita sampai rumah stress sebab memamdu itu kita sebenarnya mendengar bisikan syaitan. Dia mengnjurkan kita baca Auzubillahhimanalsyaitannirajim setiap kali kita terasa hati mahu menyumpah dan sebagainya apabila memandu kereta. Terima kasih uztaz...
Gambar yang aku share tu sahaja untuk peringatan kepada diri aku sendiri jangan jadi hamba syaitan, mengapa tidak mampu bersabar dan menggunakan lorong yang salah. Perluke kita bersikap tidak sabar? Hanya kerana mengejar punch kad ke? Rasa bersalah ke kalau punch lambat? Soalannya rasa bersalah itu kepada Allah kerana tidak menjaga amanah atau rasa bersalah kepada boss? Kalau kepada Allah mesti kita terus mulakan kerja kan bila masuk kerja dan bukannya ke kedai minum...
Ingat jangan dengar bisikan syaitan....
No comments:
Post a Comment