Hari ini aku lunch di Mash Nasi Ayam, ceritanya begini. Hari ini akhirnya aku dapat signature yang sudah sebulah lebih aku menunggu. Letih aku buat paper, ingatkan dah join teknikal tidak perlu buat paper lagi ternyata sangkaan itu meleset sama sekali. Apapun alhamdulillah selelsai satu bab, ada 3 orang lagi nak kena sign sebelum boleh submit untuk present. Hopefully boleh masuk present Rabu hadapan.
Tengah hari tadi SM Department ajak makan kat Kg Dato Keramat, makan nasi ayam katanya. Kami seramai 9 orang makanya menaiki 2 biji kereta. Merasa naik kereta continental, aku naik BMW 5 Series emmm semoga satu hari aku jugak merasa ada kereta ini. Apabila sampai area itu aku dah ingat dahulu masa aku kat POLISAS aku ada melepak rumah abang kepada Awie kat sini jugaklah kami makan. Nama kedai itu MASH NASI AYAM. Lokasi nya betul-betul depan Masjid Al-Akram Kampung Datok Keramat.
Masa nak bayar SM kira ada 9 nasi dan 19 piring ayam...peh secara mudahnya semua orang makan ayam double.
Pada rasa lidah aku, nasi ayam dia sedap, atau aku ini memang penggila nasi ayam huhuuh. Biasa aku makan kat wisma central jek, menu wajib hari Jumaat sebelum solat. Ayam dia sedap sebab garing. Apapun terima kasihlah boss belanja kami makan nasi ayam.Selesai makan elok masuk waktu zohor, maka kami singgah solat di Masjid Al-Akram. Usai solat naik kereta ingatkan straight balik lah rupanya singgah makan cendol pulak kat simpang Jln Semarak kat PERODUA tu. Aku belasah cendol tapai (ops ini ke penyebab aku sakit kepala petang tadi?).
Balik office sambaing routine every Monday, meeting dengan contractor under water.
baru lepas makan nasi ayam ni, boleh tahan gak esp ngan ayam yang garing
ReplyDelete