Aku berpeluang melawat Marseille tidak lama dahulu. Kami naik Air France dari Paris Charles de Gaulle Airport (CDG) ke Marseille Provence International Airport. Perjalanan yang mana sepatutnya mengambil masa 1 jam 15 minit penerbangan. Oleh kerana badan masih keletihan kerana sudah banyak tenaga di kerah untuk Pre-Production Meeting sebelumnya di 3 kilang, malamnya pulak tidur lambat pastu pagi bangun lambat so badan sangatlah letih. Aku masuk je ke dalam pesawat terus lena. Oh yee pesawat kami sepatutnya jam 10.25am tapi tunda jadi kul 11 pagi.
Sedar daripada tidur aku lihat jam aku dah kul 12tgh hari...eh dah berhenti pulak pesawat nie lajunya....bila aku lihat di luar tingkap...akhhhh macam kenal je sekeliling...shit.. kami masih di CDG. Gila ko dah sejam tak berjalan pesawatnya. Tidak lama kemudian barulah persawat bergerak...sejam 15 minit kemudian kami sampai di Marseille.
Apabila perkara ini aku ceritakan kepada Richard Bernoulli...dia hanya ketawa dan jawap...”its normal for Air France to delay in Paris that why we call Air Chance because only by chance the flight will be on time”.Cilako...kira delay by MAS dan Air Asia sebenarnya masih boleh diterima.
Marseille merupakan bandar yang terletak di tepi laut Mediterranean Sea di sebelah selatan France. Menurut cerita Bandar ini dijumpaai oleh orang Greek dan merupakan Bandar tertua di antara Bandar-bandar lain di France. Marseille juga mempunyai pelabuhan tersibuk di France.Apabila mendarat di Airport kami segera mencari Taxi, nampaknya kita akan merasa naik Taxi Mercedes.
Hari yang singkat kami akan berada di Marseille tidak sampai 24 jam. Mengapa kami di sini akan aku bagi tahu nanti. Tergesa-gesa kami nak menuju ke hotel penginapan kami, letak barang semua kemudian kami akan berjalan kaki dari hotel ke Vieux Port.
Perjanan dari Airport ke hotel mengambil masa lebih kurang 30 minit menaiki taxi Mercedes yang boleh tahan laju jugak mamat driver bawak orang muda kan. Menghampiri Bandar Marseille, jalan banyak yang sedan dibaiki begitu jugak Notre Dame de la Garde yang sedang menjalani baik pulih bangunan. Seperti mana yang korang tau Europe memang preserve gila-gila bangunan lama mereka kita jek kat Malaysia sibuk runtuhkan bangunan lama konon nak buat bangunan pencakar langit.
Kerja-kerja baik pulih Notre Dame de la Garde giat dijalankan.
Di Marseille cuma ada satu sahaja bangunan pencakar langit kepunyaan CMA CGM, syarikat container shipping ke tiga terbesar di dunia, tak sure lak aku dia ranking MISC no berapa. Bangunan ini dinamakan CMS CGM Tower. Menurut cerita penduduk tempatan, pembinaan tower ini dibantah mereka kerana tower itu nanti akan “mencacatkan”permandangan Marseille.
Nampak macam gereja tapi bukan tau...mereka mengekalkan pintu masuk bangunan lama..inilah pintu masuk hotel kami duduk...namanya A New Hotel of Marseille, so kalau dah lama pun masih baru sebab namanya...kepada pemegang Card Enrich MAS boleh collect point jugak di hotel ini.
Hotel ini diiktiraf sebagai empat bintang (4 Star) oleh Kementerian Pelancongan France. Hotel ini sebenarnya bersebelahan dengan The Fort Saint Nicolas.
Gambar-gambar depan hotel
The Fort Saint Nicolas
Panjang sangat pulak rasa kita buat dalam siri lah so itu sahaja buat siri 1..
No comments:
Post a Comment