InsyaAllah pada petang nanti boss-boss aku akan bermesyuarat membincangkan “mobility” kami orang bawahan. Ini akan merangkumi juga menempatan mereka yang sudah dikenal pasti untuk CAT MAN dan yang paling penting “mereka”yang identify untuk transfer out. Itu yang penting untuk aku.
Menurut HOD aku sekarang dia sudah bercakap dengan HR untuk meletakkan nama aku dalam senarai untuk transfer out. HOD seperti biasa buat disclaimer terpulang kepada “management”untuk menentukan. Actually bukan so call “management” tapi terpulang kepada HE, meminjam kata2 HOD aku masa engagement dengan dia discuss pasal PPA aku.
Pada aku ALLAH lah yang paling berkuasa, DIA lah yang menentukan segalanya. Walaupun HE garang nak mampus dan pelbagai gelaran yang “orang bawahan” berikan kepada dia tetap the ultimate.
Kawan-kawan, doakan hajat aku diizinkan, dipermudahkan dan dimakbulkan Allah...Ya Allah, aku memohon kepada mu, kau izinkan aku untuk meninggalkan anak syarikat sekarang dan menyertai anak syarikat yang aku hajati...Amin..
No comments:
Post a Comment