Tuesday, July 19, 2011

Tahniah kepada Hirman & Shazlina

Jumaat lepas Emak & Abah datang ke Putrajaya sebab nak visit cucu saudaranya. Anak Hirman Mohd (sepupu aku) di Klang.

Pagi Sabtu tu kami pun menuju ke Klang, Hirman duduk di Taman Seri Andalas. SMS dia, ohh rupanya dia kerja pagi tu sebab katanya kilang dia nak commissioning. Nasib aku sms.  Kami ke sana menaiki dua kereta memandangkan Uda dan Liyana turut mahu melawat. Perjalanan sejauh 48 km. Melalui Plus hubungan tengah dan Kesas.


Bertolak keluar rumah jam 10 pagi dan sampai lebih kurang jam 11pagi. Hirman siap singgah pasar tani dan beli laksa untuk kami.






Nur Hana Hadirah Binti Hirman






Pasangan gembira dapat 1st Anak Hirman dan Shazlina






 Hana seronok tidur

Seronok tidur, Hirman cerita malam tidak tidur, masalah biasa kepada pasangan yang baru mendapat anak. Menurut cerita Dr. Atiqah, memang ada perbincangan ilmiah di kalangan Dr. berkaitan kekurangan tidur dia kalangan ibu bapa baru. Aku share lah apa tips yang Dr Atiqah pesan, setiap dua jam kejut untuk dia menyusu (sebab breast feed) dan kejut dia main jangan bagi tidur jek siang hari, kena ajar dia untuk malam untuk tidur.  

No comments:

Post a Comment