Monday, December 31, 2012

RAIL HOTEL KLUANG

Akhirnya berjaya book bilik di RAIL HOTEL KLUANG. Aku ada ke Kluang sebelum ini dan nak duduk RAIL HOTEL KLUANG tetapi penuh boleh baca sini, kemudian seminggu yang lepas masa hendak ambil Alia yang dapat cuti sebulan pun masa itu RAIL HOTEL KLUANG penuh.
Aku buat promo free sikit sebab apat discount 10% lah kan. Aku ambil Standard Single Room jek. Oh ye aku kemari kerana menghantar Alia pulang ke INTAN WILAYAH SELATAN (IKHWAS).
Bilik yang aku duduki mempunyai sebuah katil Queen Single yang boleh tahan empuknya juga bantal yang boleh tahan. Bilk aku dapat no. 101

Meja Make-up dan almari
 Juga ada di dalam bilik meja make-up dengan cermin yang boleh tahan besar, rasanya kalau berdiri aku dan Alia senang nak bersoleh tak perlu ambil giliran. Boleh dilihat jugak minibar yang ada sebotol mineral water dan teko untuk masak air panas dan cawan yang biasa kita boleh lihat di Kluang RailCoffee. Sekiranya aku mampu cadangkan ialah mereka sediakan serbuk nescafe, mengapa tidak kopi mereka sendiri yang terkenal. 
32" LCD Panasonic VIERA
 Ada ASTRO selected channel, news BBC, StarSport, FOX Movie dan channel biasa Malaysia dan ada jugak channel Singapore.
 Ini agak penting walaupun dewasa ini banyak yang menggunakan telefon pintar dan ada apps untuk penyelesaian. Arah kiblat juga terang di atas syiling. Sejadah aku tak sure mereka sedikan atau tidak sebab Alia dulu ada belikan sejadah kain yang mudah dilipat dan dibawa. Bilik juga dilengkapi dengan Inverter Split Unit Mitsubishi aircond.

 Bilik air yang bersih dan tidak berbau.
 Turut ditawarkan kepada tetamu ialah FREE WIFI yang tidak mendukacita sebab ada jugak yang tawarkan WIFI tapi punyalah teruk speed.

Juga yang best ialah breakfast kat KLUANG RAIL COFFEE complimentary (ehh dah charge sekali not). Pilihan (kita boleh ambil satu dari setiap kategori) untuk breakfast jugak boleh tahan;
i. minuman - panas dan sejuk semua jenis teh dan coffee
ii.  Roti - pelbagai jenis roti bakar 
iii. Makanan berat seperto mee, nasi lemak dan lain-lain
Hotel ini juga memenangi 2011 Malaysia Good Design category Concept Hotel.

Secara keseluruhan nya aku rasa duduk di RAIL HOTEL KLUANG is value for money cuma ada satu keadaan kurang menyenangkan tidak tahulah bilik lain, bunyi aliran air yang agak  kuat sampai mengganggu jugak lah bilik aku. Selain daripada itu aku tak ada complain. 

Friday, December 28, 2012

TM REWARD

Korang tahu tak TM ada program TM REWARD kalau korang pelanggan TM lah kan. TM REWARD merupakan program macam bonuslink lah tapi yang ini khas untuk para pelanggan TM. Setiap kali kita menjelaskan bill kita before / pada due date maka kita layak mendapat point yang mana RM1 = 1 point. Paling best untuk menggalakkan pengguna register online, mereka kasi bonus mata percuma dengan pendaftaran online sebanyak 500 point dan apabila register kat TMpoint dapat 200 point.


EARN POINT
 Aku register sahaja sebab memang dah aku pelanggan mereka dan wajib bayar bil UNIFY aku setiap bulan kan. Bill unify aku lak setiap bulan RM 149.00 + RM 30.00 so setiap bulan boleh collect 179 points kalau setahun sudah 179 x 12 = 2,148 points free (boleh tebus voucher KFC) yang memang aku kena bayarpun. Itu belum masuk akaun STREAMYX untuk rumah Semenyih jugak atas nama aku tu.
CLICK JEK REGISTER NOW
Dan untuk register online pun bukan susah tak sampai 5 minit settle..Masuk nama penuh, alamat, phone no yang kita gunakan settle sudah registration sangat mudah.
My Account
Sekali lagi aku menyarankan kepada mereka pelanggan TM untuk regiter sahaja mengapa tidak kan. Oh ye apa yang aku share ini untuk consumer reward, mereka jugak ada business reward. 

Thursday, December 27, 2012

THE SALVAGE OF THE CENTURY

THE SALVAGE OF THE CENTURY merupakan buku tulisan Ric Wharton. Aku belum baca buku ini lagi, cuma aku nak share kaitan antara penulis buku ini dengan kapal Rockwater 2.
Review o The Salvage of The Century
Buku di atas sangat berkait rapat dengan kapal yang aku habiskan 1/4 tahun ini di atasnya iaitu Rockwater 2
Rockwater 2
Ric Wharton dan Malcom Williams start company yang diberi nama Wharton Williams (2W) pada tahun 1976. Empat tahun kemudian mereka start melihat untuk meneroka project yang diberi nama ketika itu Edinburg Project.  Nama Edinburg itu datang dari nama kapal HMS Edinburg yang telah tenggelam kena torpedo kapal selam German pada April 1942. Pada ketika itu orang ingat HMS Edinburg on the way balik mengiringi kapal dagang ke Russia. Sebenarnya hanya Captain kapal HMS Edinburg yang mengetahui kapal tersebut membawa 485 ketul emas, bayaran Soviet kepada Amerika untuk kelengkapan perang yang dibekalkan ketika awal perang. 

Selepas 39 tahun iaitu pada 16 September 1981, 1st GOLD BAR dijumpai oleh diver bernama John Rossier. Usaha mengeluarkan semua emas ini dilakukan sebanyak dua kali iaitu 1981, 431 ketul emas berjaya dijumpai dan kali kedua pada tahun 1986 sebanyak 29 ketul emas lagi dijumpai. 5 ketul emas lagi tidak dijumpai. Base on cerita dari mulut ke mulut di kalangan diver, 5 ketul emas ini sebenarnya telah di sorok oleh diver yang terlibat dengan operasi mencari. 

2W kemudiannya berdasarkan pengalaman dengan project mencari emas ini dan juga hasil yang mereka perolehi telah membina 2 buah kapal yang sama dari rekabentuk dan spesifikasi nya yang diberi nama Deepwater 1 & 2 sekarang dikenali dengan nama Rockwater 1 dan Rockwater 2. 

Sekian cerita perkongsian mulut ke mulut yang aku perolehi hasil mulut ramah tamah atas kapal.

UNTUK GAZA 1 - SERTAILAH SEMARAK GAZA 2012

UNTUK GAZA, terdapat 3 pihak yang menganjurkan SEMARAK GAZA pada hari ini di KB MALL oleh yang demikian orang Kelantan bolehlah meramaikan majlis.
Poster mengingati Operation Cast Lead. 
Poster Boikot kita hari ini.

Sini, Bro Afdlin pun support boikot Product yang support Israel. 

PREMIER LEAGUE RESULT LAST NIGHT

Sharing PREMIER LEAGUE RESULT LAST NIGHT. 

Thursday, December 20, 2012

KANOWIT SUBSEA PROJECT

Apabila aku re-assign, ini merupakan project pertama aku, Kanowit Subsea Project. Oleh sebab dengan offshore installation makanya aku ini lebih kepada installation lah yek. Memang masa aku masuk project ini sepatutnya sudah di phasa pemasangan (installation).
Project ini namanya Kanowit Subsea yang mana ia merupakan project pertama syarikat mencari minyak milik Malaysia yang menggunakan konsep Subsea. Bila sebut subsea maksutnya semua benda berada di dasr laut maksudnya kalau lalu situ tidak nampak apapun di permukaan laut.
Tempat-tempat yang penting untuk project ini
Aku nak share sedikit info pasal project ini, general infomation sahajalah detail mana boleh kan;
1. Kanowit Field Terletak kira-kira 200km daripada Bintulu
2. Ianya didalam sub-block SK308
3. Merupakan medan gas dan mempunyai 2 subsea well (KASS 1 dan KASS 2). Terletak lebih kurang 5km daripada platform KAKG-A dengan kedalam sekitar 77.8m.
4. Setiap well bekemampuan mengeluaran 100MMscfd.
Field Layout
Pemasangan / workscope kerja dibuat secara berperingkat iaitu di dalam beberapa phasa;
Phase 1 - Xmas Tree KASS1 dan KASS2
Phase 2A- Umbilical, Manifold, PLET (pipeline end termination), Hydraulic Flying Lead (HFL) dan Metrology untuk tie in spool untuk line 24"dan 12".
Phase 2B - Electrical Flying Lead (EFL), 24" & 12" tie in spool, kicker line, intelligent pig (IP) run, Leak test,  Xmas Tree Protection Cover dan jumper protection cover.

Tuesday, December 18, 2012

AFDLIN SHAUKI - BOIKOT PRODUCT SUPPORT ISRAEL

Aku sangat respect dengan bro Afdlin Shauki sebab dengan usaha sendiri menggerakkan kempen membantu penduduk Palestin. Bro Afdlin Shaui melalui page nya di Facebook secara terang-terang memberitahu semua dia tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mewakili syarikat yang support Israel. 

Maybe ramai dah sedar usaha beliau tetapi aku nak share dan bertekat mulai saat ini menyumbag sedikit sahaja usaha untuk memboikot product Israel. YES aku sangat gemar minum kopu Starbuck, apalah sangat menggantikannya dengan kopi Cap Hang Tuah atau mungkin 434. 
Sila like page Bro Afdlin Shauki di sini.

THE PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU

THE PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU adalah hotel kegemaran aku untuk melelapkan mata. Dulu aku tulis sikit sahaja experince aku pasal THE PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU,itu pun pasal pengalaman berbuka puasa di Restoran Selasih yang terletak di PESADA JOHOR. Baca di sini. Alasan mengapa aku gemar duduk sini antaranya, 
i.  menu breakfast dia tidak kedekut
ii.  staff mesra dan tidak kedekut senyuman
iii. Awek-awek (atau kakak-kakak) kat receptionist boleh tahan cantik
iv.  Aku enjoy very good corporate rate 
v.  Berdekat shoping complex, Plaza kotaraya so senang nak cari apa-apa kalau perlu. Nak solat Jumaat pun senang ada Masjid An-Nur.

Lokasi The Puteri Pacific 
Memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan tambak johor so sebenarnya kalau nak ke Singapore boleh jugak stay kat hotel ini. Kalau naik keretapi pun turun kat JB ni dah tidak jauh daripada station keretapi Johor Bahru. Untuk jenis bilik yang ada disini ialah;
i. Princess Deluxe
ii.  Imperial Deluxe
iii. Executive Floor
v. Junior suite 
Kalau amik Deluxe tu lepas tu bawak lembik sendiri selesa untuk 6 orang tidur sebenarnya sebab bilik mereka ni space dalam bilik besar. Kepada mereka yang duduk di Executive floor & junior suite (tak pernah duduk), check in kat level 16. Ada minum petang free yang dihidangkan pada jam 1730hrs to 1900hrs disediakan di coffee house di level 16. Breakfast pun di tingkat 16 jugak. Kalau bilik lain coffee house di level 1 sama level dengan lobby.

Oleh kerana banyak even berlaku sekarang di JB aku call semua hotel tetapi semuanya. Katanya sebab cuti sekolah, pastu ada pesta kraft di JB, pastu banyak company (atau goverment ops sorry biasalah nak habiskan budget punya mentality) buat event jugak kat hotel-hotel hujung tahun kan. Akhirnya aku agree untuk ambil bilik yang reservation lady offer aku. Check in dapat bilik no. 1530.
Ada sejadah
Meja makeup
 Flat screen TV Sharp model Aquos


Katil King Size, banal dia best mana nak beli yek
Ada bath tub dan shower
Sink nak cuci gigi, basuh muka
Almari Baju
Almari Kasut kot dan alat penimbang
View sebelah kanan bilik 1530
View sebelah kiri bilik 1530
Dahulu aku memang suka / terpaksa ambil semua bilik hotel yang aku duduk sebab adik aku belajar masa tu kat UiTM ambil pengurusan hotel so aku share lah dengan dia gambar-gambar bilik hotel yang aku duduk untuk exposure kat dia. Geng aku si Izwan, baca sini blog dia, bagi idea kat aku untuk share kat blog jugak pasal bilik hotel. At least boleh jadi rujukan kepada orang lain jugak. At least lepas baca tulisan si Izwan kat blog dia pasal New York Hotel JB aku pun nak test duduk situ jugak tapi nak buat cam mana fully book.

Monday, December 17, 2012

LEGOLAND MALAYSIA

Aku berkesempatan singgah ke 1st LEGOLAND in Asia dan 1st International Park dalam Malaysia. LEGOLAND Malaysia terletak di Nusajaya, Johor. Apa yang ada di LEGOLAND Malaysia; well ada LEGO KINGDOM, IMAGINATION, LAND OF ADVENTURE , LEGO CITY, MINILAND & LEGO TECHNIC.
LEGOLAND MALAYSIA
MAP
Untuk ke LEGOLAND tidak lah susah sebab kalau dari Klang Valley ambil Hiway PLUS ke selatan. Keluar di Exit Senai Utara yang juga Exit ke 2nd LINK EXPRESSWAY. Terus sahaja sehingga nampak Exit no. 312 Nusajaya dan selepas itu mudah sahaja sebab ada signage LEGOLAND berwarna coklat. Parking pada aku masih belum mesra pengguna dan kena improve banyak lagi. Ada 3 parking bay terbuka, iaitu Parking. Untuk detail map leh click sini dan untu maklumat tentang bas pulak sila rujuk sini.
Counter, Q Pls.
Cerita pasal ticket pulak, . Ikut date 15 December harga sila rujuk bawah ni...
Price as of 15 Dec 2012
Oh ye ticket untuk single day pulak boleh beli online at LEGOLAND website atau di pintu masuk LEGOLAND. Beli online ada lebih murah cumanya date tak boleh tukar bila belian sudah disahkan dan pembelian mestilah in advance 7 day, cumanya bila aku check online on 15 December 2012 all limited online ticket ni sold out maybe kerana sekarang musim cuti. Harga regular untuk daily pass nya seperti dibawah;
Umur 12-59 tahun = RM140.00 (online limited =RM 105.00)
Umur 3-11 & >60 = RM110.00 (online limited =RM 75.00)

Message from LEGOLAND
Selanjutanya aku nak bercerita apsal aku singgah LEGOLAND jugak on Friday tu. Pada awal April 2012 yang lepas Alia inform ada offer annual pass  LEGOLAND dalam website AIRASIA REDTIX  makanya pada 13 April 2012 aku pun redah je lah beli. Harga?? Emmm masa aku beli total untuk dua tiket dewasa ialah RM401.00 ini termasuk RM11 komisen untuk AIRASIA REDTIX. Satu ticket dewasa makanya berharga RM200.50. Ticket untuk Azizi, oh sebab hanya bulan September 2013 baru dia berumur 3 tahun maka kami tidak beli ticket untuk Azizi, budak bawah 3 tahun free of charge. Tetapi ticket yang aku beli online daripada web AIRASIA REDTIX ini wajib tebus sebelum 31 December 2012.
Asia Tallest LEGO Christmas Tree. 
Untuk mereka yang memang mengilai LEGO aku sangat sarankan datang untuk menikmati apa yang boleh dihasilkan hanya dengan menggunakan LEGO dan aku boleh cakap boleh buat everything. Paling aku enjoy tengok MINILAND sebab disini banyak bangunan tarikan utama yang ada di Malaysia dan Asia dibina dengan menggunakan LEGO.

Bukan Jeruk/ Asam / Candy kat Pasaraya yek...
Twin Tower & Suria KLCC @ MINILAND
Train @ MINILAND
KLIA @ MINILAND
Masjid Putra Putrajaya @ MINILAND
Lego Academy 

Legoland Express

Port @MINILAND
Pirate
Soalan yang susah aku nak jawab apabila orang tanya WORTH IT ke pergi, pada pendapat aku yang suka dengan LEGO memang sangat worth it pergi tetapi aku ni belum pernah pun pergi taman tema international lain Universal Studio SIngapore (USS) ke or yang lain-lain. Memang menakjuban terutaman tengok miniland dimana mereka menggunakan LEGO untuk buat semua tu. Kalau aku ada kemampuan nak aku buat PIRATE MINILAND kat halaman rumah, alamak rumah pun belum beli so beli rumah dululah yek...

Plan nya selepas ini i.e tahun hadapan selepas Alia complete DPA dia ialah masuk dengan Azizi untuk melayan Azizi sahaja lepas tu mak bapak Azizi pulak masuk untuk melayan diri sendiri.