Thursday, December 20, 2012

KANOWIT SUBSEA PROJECT

Apabila aku re-assign, ini merupakan project pertama aku, Kanowit Subsea Project. Oleh sebab dengan offshore installation makanya aku ini lebih kepada installation lah yek. Memang masa aku masuk project ini sepatutnya sudah di phasa pemasangan (installation).
Project ini namanya Kanowit Subsea yang mana ia merupakan project pertama syarikat mencari minyak milik Malaysia yang menggunakan konsep Subsea. Bila sebut subsea maksutnya semua benda berada di dasr laut maksudnya kalau lalu situ tidak nampak apapun di permukaan laut.
Tempat-tempat yang penting untuk project ini
Aku nak share sedikit info pasal project ini, general infomation sahajalah detail mana boleh kan;
1. Kanowit Field Terletak kira-kira 200km daripada Bintulu
2. Ianya didalam sub-block SK308
3. Merupakan medan gas dan mempunyai 2 subsea well (KASS 1 dan KASS 2). Terletak lebih kurang 5km daripada platform KAKG-A dengan kedalam sekitar 77.8m.
4. Setiap well bekemampuan mengeluaran 100MMscfd.
Field Layout
Pemasangan / workscope kerja dibuat secara berperingkat iaitu di dalam beberapa phasa;
Phase 1 - Xmas Tree KASS1 dan KASS2
Phase 2A- Umbilical, Manifold, PLET (pipeline end termination), Hydraulic Flying Lead (HFL) dan Metrology untuk tie in spool untuk line 24"dan 12".
Phase 2B - Electrical Flying Lead (EFL), 24" & 12" tie in spool, kicker line, intelligent pig (IP) run, Leak test,  Xmas Tree Protection Cover dan jumper protection cover.

No comments:

Post a Comment