Thursday, December 27, 2012

THE SALVAGE OF THE CENTURY

THE SALVAGE OF THE CENTURY merupakan buku tulisan Ric Wharton. Aku belum baca buku ini lagi, cuma aku nak share kaitan antara penulis buku ini dengan kapal Rockwater 2.
Review o The Salvage of The Century
Buku di atas sangat berkait rapat dengan kapal yang aku habiskan 1/4 tahun ini di atasnya iaitu Rockwater 2
Rockwater 2
Ric Wharton dan Malcom Williams start company yang diberi nama Wharton Williams (2W) pada tahun 1976. Empat tahun kemudian mereka start melihat untuk meneroka project yang diberi nama ketika itu Edinburg Project.  Nama Edinburg itu datang dari nama kapal HMS Edinburg yang telah tenggelam kena torpedo kapal selam German pada April 1942. Pada ketika itu orang ingat HMS Edinburg on the way balik mengiringi kapal dagang ke Russia. Sebenarnya hanya Captain kapal HMS Edinburg yang mengetahui kapal tersebut membawa 485 ketul emas, bayaran Soviet kepada Amerika untuk kelengkapan perang yang dibekalkan ketika awal perang. 

Selepas 39 tahun iaitu pada 16 September 1981, 1st GOLD BAR dijumpai oleh diver bernama John Rossier. Usaha mengeluarkan semua emas ini dilakukan sebanyak dua kali iaitu 1981, 431 ketul emas berjaya dijumpai dan kali kedua pada tahun 1986 sebanyak 29 ketul emas lagi dijumpai. 5 ketul emas lagi tidak dijumpai. Base on cerita dari mulut ke mulut di kalangan diver, 5 ketul emas ini sebenarnya telah di sorok oleh diver yang terlibat dengan operasi mencari. 

2W kemudiannya berdasarkan pengalaman dengan project mencari emas ini dan juga hasil yang mereka perolehi telah membina 2 buah kapal yang sama dari rekabentuk dan spesifikasi nya yang diberi nama Deepwater 1 & 2 sekarang dikenali dengan nama Rockwater 1 dan Rockwater 2. 

Sekian cerita perkongsian mulut ke mulut yang aku perolehi hasil mulut ramah tamah atas kapal.

No comments:

Post a Comment