Malam ini semuanya dipercepatkan kerana perlawanan timbal balik MALAYSIA VS THAILAND dalam AFF SUZUKI CUP 2012 tetapi yang best ialah pengadil perlawanan LEE MING YU yang mencuri perhatian semua penonton / penyokong Malaysia. Oh ye, Berita Perdana yang biasanya jam 8.00 malam bermula awal untuk memberi ruang kepada perlawanan ini, kalau berita lewat tadi sure nama LEE MING YU jadi berita utama.
Keseluruhannya aku merasakan Thailand bermain lebih baik daripada Malaysia. Permainan mereka lebih laju malah hantaran juga lebih tepat. Malaysia masih mengamalkan taktikal lama lambungan jauh untuk mengharapkan Mat Yo membuat sesuatu. Perlawanan yang penting dimana kita mencari gol awal tetapi Datuk K. Rajagopal mengamalkan susunan pemain 4-5-1.
LEE MING YU |
Ramai menyalahkan pengadil Korea yang dikatakan berat sebelah. Malah ada yang kata Lee Ming Yu, English Teacher di Korea mahu balas dendam sebab dulu kena tackle dengan K.Reuben semasa perlawanan persahabatan Australia vs Malaysia sedikit masa dahulu. Lawak juga fakta ini tetapi itulah adat perlawanan bola sepak pasti ada yang hendak di salahkan apabila tewas. Apapun aku tak puas hati dengan padang, bagaimana AFF boleh approve padang sebegitu untuk perlawanan besar peringkat Asia.
Pada aku pemain Thailand pandai berperang psychology yang mengakibatkan pemain Malaysia terperangkap ditekan. Oleh kerana kita main lambungan bola tinggi langsung pemain Thailand menyiku pemain Malaysia.
Oklah not end of the world pun..apa sekalipun aku tetap menyokong Harimau Malaya. Perlawanan pertama yang aku dapat tonton untuk Suzuki Cup tahun ini walaupun berakhir dengan nada kecewa aku tetap seronok.
betul la men 5-4-1 tu........ cume player jek cm babi utan,,, amar 2 aq x phm... n ref mmg berat sebelah............ ko ptot delete entry yg ckp ref x ptot di salah kn... eh.. ko buang jek la ic ko... g duk tibet,,,,,
ReplyDeletehahahaha tq visit blog personnel aku ni...by the way itu apa yang aku rasa so aku tulis apa yang aku rasa. Itu tidak mengurangkan sokongan aku kepada harimau malaya. apapun memang pedih menelan yang benar...
ReplyDelete