Seingat aku last aku naik BUS EXPRESS adalah ketika aku study masa buat degree. Aku jugak sudah lama tidak menggunakan Plus Hiway ke selatan sebab tak ada keperluan untuk travel ke selatan by road. Ada travel ke Singapore pun naik flight.
Hantar Alia ke INTAN Kluang baru-baru ini aku menjelajah kembali ke selatan, cerita di sini. Oleh kerana sudah 3 saman had laju masih tertunggak aku cuba drive ikut had laju. Perkara yang menghairankan aku ialah kelajuan cik CT aku bawak ialah 110km/j tetapi hampir semua BAS EXPRESS potong aku bak kata mat rempit potong sayur. Bukan ke maximum kelajuan BAS EXPRESS di lebuhraya ialah 90km/j. Lebih memburukkan keadaan apabila mereka ini seperti berlumba antara satu sama lain.
Apa yang sedih jugalah apabila satu company bas yang memang menjadi pilihan dan kepercayaan aku dari dahulu iaitu Transnational jugalah mempunyai pemandu yang bersikap melulu. Memandu laju tanpa memikirkan keselamatan penumpang. Tidak menghairankan apabila kita mempunyai record kemalangan yang melihatkan bas express yang sangat tinggi.
So sekarang peranan siapa mahu menegur pemandu bas yang bersikap begini? Berani tak kita sebagai penumpang untuk ke hadapan menegur pemandu bas yang memandu laju. Ini kita hanya kerap mendengar interview dalam tv bila dah berlaku kemalangan penumpang pun cakap, memang driver bas memandu bas secara laju dan tiba-tiba berlaku kemalangan. Mengapa tidak ketika kita sedar pemandu bawa laju kita terys menegur pemandu tersebut atau kita memang mahu pemandu bas memandu laju so cepat sampai. Terserah kepada anda...

No comments:
Post a Comment