Monday, December 17, 2012

LEGOLAND MALAYSIA

Aku berkesempatan singgah ke 1st LEGOLAND in Asia dan 1st International Park dalam Malaysia. LEGOLAND Malaysia terletak di Nusajaya, Johor. Apa yang ada di LEGOLAND Malaysia; well ada LEGO KINGDOM, IMAGINATION, LAND OF ADVENTURE , LEGO CITY, MINILAND & LEGO TECHNIC.
LEGOLAND MALAYSIA
MAP
Untuk ke LEGOLAND tidak lah susah sebab kalau dari Klang Valley ambil Hiway PLUS ke selatan. Keluar di Exit Senai Utara yang juga Exit ke 2nd LINK EXPRESSWAY. Terus sahaja sehingga nampak Exit no. 312 Nusajaya dan selepas itu mudah sahaja sebab ada signage LEGOLAND berwarna coklat. Parking pada aku masih belum mesra pengguna dan kena improve banyak lagi. Ada 3 parking bay terbuka, iaitu Parking. Untuk detail map leh click sini dan untu maklumat tentang bas pulak sila rujuk sini.
Counter, Q Pls.
Cerita pasal ticket pulak, . Ikut date 15 December harga sila rujuk bawah ni...
Price as of 15 Dec 2012
Oh ye ticket untuk single day pulak boleh beli online at LEGOLAND website atau di pintu masuk LEGOLAND. Beli online ada lebih murah cumanya date tak boleh tukar bila belian sudah disahkan dan pembelian mestilah in advance 7 day, cumanya bila aku check online on 15 December 2012 all limited online ticket ni sold out maybe kerana sekarang musim cuti. Harga regular untuk daily pass nya seperti dibawah;
Umur 12-59 tahun = RM140.00 (online limited =RM 105.00)
Umur 3-11 & >60 = RM110.00 (online limited =RM 75.00)

Message from LEGOLAND
Selanjutanya aku nak bercerita apsal aku singgah LEGOLAND jugak on Friday tu. Pada awal April 2012 yang lepas Alia inform ada offer annual pass  LEGOLAND dalam website AIRASIA REDTIX  makanya pada 13 April 2012 aku pun redah je lah beli. Harga?? Emmm masa aku beli total untuk dua tiket dewasa ialah RM401.00 ini termasuk RM11 komisen untuk AIRASIA REDTIX. Satu ticket dewasa makanya berharga RM200.50. Ticket untuk Azizi, oh sebab hanya bulan September 2013 baru dia berumur 3 tahun maka kami tidak beli ticket untuk Azizi, budak bawah 3 tahun free of charge. Tetapi ticket yang aku beli online daripada web AIRASIA REDTIX ini wajib tebus sebelum 31 December 2012.
Asia Tallest LEGO Christmas Tree. 
Untuk mereka yang memang mengilai LEGO aku sangat sarankan datang untuk menikmati apa yang boleh dihasilkan hanya dengan menggunakan LEGO dan aku boleh cakap boleh buat everything. Paling aku enjoy tengok MINILAND sebab disini banyak bangunan tarikan utama yang ada di Malaysia dan Asia dibina dengan menggunakan LEGO.

Bukan Jeruk/ Asam / Candy kat Pasaraya yek...
Twin Tower & Suria KLCC @ MINILAND
Train @ MINILAND
KLIA @ MINILAND
Masjid Putra Putrajaya @ MINILAND
Lego Academy 

Legoland Express

Port @MINILAND
Pirate
Soalan yang susah aku nak jawab apabila orang tanya WORTH IT ke pergi, pada pendapat aku yang suka dengan LEGO memang sangat worth it pergi tetapi aku ni belum pernah pun pergi taman tema international lain Universal Studio SIngapore (USS) ke or yang lain-lain. Memang menakjuban terutaman tengok miniland dimana mereka menggunakan LEGO untuk buat semua tu. Kalau aku ada kemampuan nak aku buat PIRATE MINILAND kat halaman rumah, alamak rumah pun belum beli so beli rumah dululah yek...

Plan nya selepas ini i.e tahun hadapan selepas Alia complete DPA dia ialah masuk dengan Azizi untuk melayan Azizi sahaja lepas tu mak bapak Azizi pulak masuk untuk melayan diri sendiri.



No comments:

Post a Comment