Monday, December 31, 2012

RAIL HOTEL KLUANG

Akhirnya berjaya book bilik di RAIL HOTEL KLUANG. Aku ada ke Kluang sebelum ini dan nak duduk RAIL HOTEL KLUANG tetapi penuh boleh baca sini, kemudian seminggu yang lepas masa hendak ambil Alia yang dapat cuti sebulan pun masa itu RAIL HOTEL KLUANG penuh.
Aku buat promo free sikit sebab apat discount 10% lah kan. Aku ambil Standard Single Room jek. Oh ye aku kemari kerana menghantar Alia pulang ke INTAN WILAYAH SELATAN (IKHWAS).
Bilik yang aku duduki mempunyai sebuah katil Queen Single yang boleh tahan empuknya juga bantal yang boleh tahan. Bilk aku dapat no. 101

Meja Make-up dan almari
 Juga ada di dalam bilik meja make-up dengan cermin yang boleh tahan besar, rasanya kalau berdiri aku dan Alia senang nak bersoleh tak perlu ambil giliran. Boleh dilihat jugak minibar yang ada sebotol mineral water dan teko untuk masak air panas dan cawan yang biasa kita boleh lihat di Kluang RailCoffee. Sekiranya aku mampu cadangkan ialah mereka sediakan serbuk nescafe, mengapa tidak kopi mereka sendiri yang terkenal. 
32" LCD Panasonic VIERA
 Ada ASTRO selected channel, news BBC, StarSport, FOX Movie dan channel biasa Malaysia dan ada jugak channel Singapore.
 Ini agak penting walaupun dewasa ini banyak yang menggunakan telefon pintar dan ada apps untuk penyelesaian. Arah kiblat juga terang di atas syiling. Sejadah aku tak sure mereka sedikan atau tidak sebab Alia dulu ada belikan sejadah kain yang mudah dilipat dan dibawa. Bilik juga dilengkapi dengan Inverter Split Unit Mitsubishi aircond.

 Bilik air yang bersih dan tidak berbau.
 Turut ditawarkan kepada tetamu ialah FREE WIFI yang tidak mendukacita sebab ada jugak yang tawarkan WIFI tapi punyalah teruk speed.

Juga yang best ialah breakfast kat KLUANG RAIL COFFEE complimentary (ehh dah charge sekali not). Pilihan (kita boleh ambil satu dari setiap kategori) untuk breakfast jugak boleh tahan;
i. minuman - panas dan sejuk semua jenis teh dan coffee
ii.  Roti - pelbagai jenis roti bakar 
iii. Makanan berat seperto mee, nasi lemak dan lain-lain
Hotel ini juga memenangi 2011 Malaysia Good Design category Concept Hotel.

Secara keseluruhan nya aku rasa duduk di RAIL HOTEL KLUANG is value for money cuma ada satu keadaan kurang menyenangkan tidak tahulah bilik lain, bunyi aliran air yang agak  kuat sampai mengganggu jugak lah bilik aku. Selain daripada itu aku tak ada complain. 

No comments:

Post a Comment