THE PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU adalah hotel kegemaran aku untuk melelapkan mata. Dulu aku tulis sikit sahaja experince aku pasal THE PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU,itu pun pasal pengalaman berbuka puasa di Restoran Selasih yang terletak di PESADA JOHOR. Baca di sini. Alasan mengapa aku gemar duduk sini antaranya,
i. menu breakfast dia tidak kedekut
ii. staff mesra dan tidak kedekut senyuman
iii. Awek-awek (atau kakak-kakak) kat receptionist boleh tahan cantik
iv. Aku enjoy very good corporate rate
v. Berdekat shoping complex, Plaza kotaraya so senang nak cari apa-apa kalau perlu. Nak solat Jumaat pun senang ada Masjid An-Nur.
Lokasi The Puteri Pacific |
Memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan tambak johor so sebenarnya kalau nak ke Singapore boleh jugak stay kat hotel ini. Kalau naik keretapi pun turun kat JB ni dah tidak jauh daripada station keretapi Johor Bahru. Untuk jenis bilik yang ada disini ialah;
i. Princess Deluxe
ii. Imperial Deluxe
iii. Executive Floor
v. Junior suite
Kalau amik Deluxe tu lepas tu bawak lembik sendiri selesa untuk 6 orang tidur sebenarnya sebab bilik mereka ni space dalam bilik besar. Kepada mereka yang duduk di Executive floor & junior suite (tak pernah duduk), check in kat level 16. Ada minum petang free yang dihidangkan pada jam 1730hrs to 1900hrs disediakan di coffee house di level 16. Breakfast pun di tingkat 16 jugak. Kalau bilik lain coffee house di level 1 sama level dengan lobby.
Oleh kerana banyak even berlaku sekarang di JB aku call semua hotel tetapi semuanya. Katanya sebab cuti sekolah, pastu ada pesta kraft di JB, pastu banyak company (atau goverment ops sorry biasalah nak habiskan budget punya mentality) buat event jugak kat hotel-hotel hujung tahun kan. Akhirnya aku agree untuk ambil bilik yang reservation lady offer aku. Check in dapat bilik no. 1530.
Ada sejadah |
Meja makeup |
Flat screen TV Sharp model Aquos |
Katil King Size, banal dia best mana nak beli yek |
Ada bath tub dan shower |
Sink nak cuci gigi, basuh muka |
Almari Baju |
Almari Kasut kot dan alat penimbang |
View sebelah kanan bilik 1530 |
View sebelah kiri bilik 1530 |
Dahulu aku memang suka / terpaksa ambil semua bilik hotel yang aku duduk sebab adik aku belajar masa tu kat UiTM ambil pengurusan hotel so aku share lah dengan dia gambar-gambar bilik hotel yang aku duduk untuk exposure kat dia. Geng aku si Izwan, baca sini blog dia, bagi idea kat aku untuk share kat blog jugak pasal bilik hotel. At least boleh jadi rujukan kepada orang lain jugak. At least lepas baca tulisan si Izwan kat blog dia pasal New York Hotel JB aku pun nak test duduk situ jugak tapi nak buat cam mana fully book.
No comments:
Post a Comment