Wednesday, August 31, 2011

31 Ogos

 Tarikh 31 Ogos sangat-sangat bermakna buat aku. Ada dua sangat sebab ada dua perkara besar dalam hidup aku yang aku sentiasa kena ingat dan hargai iaitu;
  1. Birthday isteri kesayangan ku, Alia Ibrahim. Happy Birthday sayang, hadiah postpone yek..ucapan ini untuk membalas post di sini.
  2. Birthday kemerdekaan Malaysia.
 

Tuesday, August 30, 2011

Eid Mubarak

Kepada semua yang singgah baca blog aku ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI @ EID MUBARAK MAAF ZAHIR DAN BATIN.

May thiscoming Eid Mubarak is full of blessings for you, your family and friends. Eid Mubarak & Happy Holiday.

Monday, August 29, 2011

Tazkirah Jumaat




Tazkirah pada Jumaat lepas disampaikan oleh Ustaz Hanafi Aziz dari Terengganu. Uztaz ni boleh aku katakan uztaz tetap untuk tazkirah di bulan ramadhan ini sebab tahun lepas pun dia dijemput. Mungkin kerana keberanian beliau dan lucu beralas beliau yang menyebabkan CEO aku pun suka agaknya.

Uztaz Hanafi bawak tajuk "hari mengingati hari Kiamat". Uztaz Hanafi cakap for sure penceramah lain sudah memperkatakan pasal Ramadhan so tak payah nak ulang topik tu lagi. Oleh sebab hari itu adalah hari Jumaat dan Kiamat dikatakan akan berlaku pada hari kiamat maka Uztaz Hanafi membawa topik mengingati hari kiamat sebagai topik tazkirah.

Satu jam tazkirah yang sangat menarik kerana dengan mengingatkan kita tentang hari kiamat yang merupakan peristiwa pasti. Pesan yang paling aku ingat ialah cuba sebelum tidur bayangkan malaikat maut datang menjenguk kita dan mengambil nyawa kita. Satu tazkirah yang memngingatkan kita bahawa MATI ITU PASTI, HARI KIAMAT ITU PASTI. Kesedaran ini juga secara tidak langsung menggalakkan kita di bulan Ramadhan ini untuk lebih tekun menambah Taqwa, mencari keredhaan dan keampunan Allah.

Pesanan lain yang menarik ialah "JADILAH HAMBA ALLAH BUKAN HAMBA RAMADHAN". Juga ambil peringatan pesanan Prof Kamil, cabaran terbesar dalam hidup ialah meneruskan amalan baik kita apabila sudah menikmati kejayaan. Bolehkah kita meneruskan amal iabadat kita seperti yang dilakukan pada Ramadhan kerana kita sudah berjumpaan kejayaan Syawal. Tepuk dada tanya iman...

Sunday, August 28, 2011

Gambar Ketika Kecil

Aku tidak dapat mengesan banyak gambar aku ketika kecil. Ini mungkin juga kerana factor keluargaku yang sering berpindah randah kerana bapaku seorang Navy dahulu.




Gambar di atas merupakan gambar ku ketika kecil yang ada. Emak di sebelah kiri mendukungku manakala Mak Long di sebelah kanan mendukung Mimi.  Kami sebaya. Pasti kelasik gambar ini kerana di hadapan rumah Aruah datuku di Parit Raja, Muar.

Friday, August 26, 2011

Road Safety Campaign


Road Safety…aku tak tahulah dah berapa banyak kerajaan dan bukan kerajaan belanja untuk buat campaign road safety.  Nampaknya tahun nie Group HSE kami juga buat inisiative untuk buat kempen RAYA ROAD SAFETY CAMPAIGN.  




Mereka menggunakan dua kaedah iaitu electronic dan bukan electronic. Bukanlah canggih pun electronic tu guna email lah..hantar kepada semua orang. Manakala bukan electronic mereka terbitkan broacher. Mereka bagi tips penekanan kepada;


PEMANDU
Sebelum perjalanan kena berehat , guna seatbelt, jangan bercakap di hand phonesemasa memandu, ikut speed limit dan jangan ikut terlalu rapat.





KENDERAAN
Service kereta, pastikan semua tip top, pastikan break berfungsi dengan baik, lampu dan signal juga kena pastikan berfungsi, tayar dan tayar spare dalam keadaan yang baik, wiper jugak yang penting tetapi sering dilupakan kena make sure boleh sapu air jangan lepas sapu atas air.

PERJALANAN
semua benda kena plan begitu jugak perjalanan kena plan awal, bawak makanan kalau perlu untuk berbuka puasa, kalau ada anak tu make sure anak ada aktiviti untuk mengelakkan mereka bosan sepanjang perjalanan. Tempat rehat pun kena rehat sebab pemandu kena rehat selepas 4 jam memandu.

Menurut survey, pada tahun 2009, 18 KEMATIAN kerana road accident berlaku setiap hari.