Monday, August 8, 2011

Rawatan Alternative - Rawatan Lintah (Leech)

Lintah adalah binatang yang cukup sayang betis kita teruatama di kawasan berlumpur dan paling best masa kecik aku balik Temerloh main kat paya sikit sure penuh lah kat betis aku. Nanti aruah wan aku amik puntung kayu (masak makanan dulu pakai dapur kayu) tiub sikit biar keluar bara, tonyoh kat lintah tu jatuhlah dia. Padahal senang jek nak bunuh lintah ni, tapur garam kat badan dia. Matilah lintah tu.

Dua minggu lepas ada disiarkan tentang perubatan lintah di  Majalah 3. Kalau tidak silap mereka cover klinik lintah di Kuantan. Oklah aku ni kan ada migraine tegar so aku cuba pelbagai rawatan alternative. Satu daripadanya ialah lintah (leech). Perubatan lintah sebenarnya jugak sudah mendapat sambutan di negara lain termasuk Eropah.




Aku try tawatan ini kat Pantai Dalam, nama tempat rawatan tu Leech Miracle, silalah visit web dia di sini atau boleh jugak baca blog mereka di sini.  Leech Miracle ada jugak package untuk mereka yang mahu mencuba sila dapat keterangan lanjut di blog mereka.

Malas nak menulis so aku copy jek penjelasan bekam lintah dari PERFECT Q.


‘’BEKAM LINTAH Juga boleh dipanggil BEKAM HIRUDIN. Ketika sedutan lintah (tindakbalas dari otot 6 segmen)akan membenarkan lintah melekat pada mangsa dan dalam masa yang sama juga akan melepaskan anticoagulant hirudin melalui air liur (bertindak sebagai unsur untuk melancarkan perjalanan darah).Lintah atau nama saintifiknya Hirudo Medicinals (Medicinal Leeches) dikenali sebagai sumber perubatan bermula sejak abad pertengahan lagi. Pada masa itu lintah kerap digunakan untuk mengatasi masalah-masalah pendarahan dalaman dan juga digunakan dalam pembedahan plastik. Kandungan anticoagulant hirudin membuatkan ianya berupaya menghasilkan sejenis ubat untuk rawatan wabak cardiovascular seperti serangan jantung dan juga 'stroke'. Kaedah rawatan ini terbukti kesannya kerana dipercayai lebih 100 jenis enzim akan dilepaskan melalui air liur ketika seekor lintah menghisap darah pada badan manusia.Hirudo Medicinal (Lintah) Haiwan ini mempunyai 34 segmen pada badannya. 6 segmen hadapan bertindak sebagai penyedut dan digunakan untuk berhubung atau melekat dengan mangsa untuk menghisap darah. Gabungan lendir dan sedutan (tindakbalas dari otot 6 segmen) akan membenarkan lintah melekat pada mangsa dan dalam masa yang sama juga akan melepaskan anticoagulant hirudin melalui air liur.Lebih 600 spesis lintah dikenal pasti, hanya 15 daripadanya digunakan untuk tujuan perubatan. Lintah atau nama saintifiknya Hirudo Medicinali (Medicinal Leeches) dikenali sebagai sumber perubatan bermula sejak abad pertengahan lagi. Pada masa itu lintah kerap digunakan untuk mengatasi masalah-masalah pendarahan dalaman dan juga digunakan dalam pembedahan plastik.”


Aku datang untuk rawatan migraine so mereka pun amilklah lintah-lintah itu untuk menyedut darah aku ni.. Lintah atas tu sebelum dia menyedut darah aku ok...menurut cerita pengamal ini, lintah ini telah dibersihkan dan di quarantine sebelum mengerjakan darah orang...menurut ceritanya Leech Miracle hanya menggunakan lintah yang mereka ternak sahaja.


 Lintah semakin memanjang ke bawah dan gemuk, sedap makan darah aku..

 Itu dia kiri dan kanan muka aku 

Panjang dah seekor nie...emm sedapnya darah...



 ok yang ini atas kepala aku
Actually nampak cam senang lintah ni nak menghisap darah tetapi sebenarnya tidak. Contoh untuk memulakan lintak itu menghisap darah kita, bahagian mulut lintah akan dihalakan ketempat yang dikenal pasti, dibasuh dahulu tempat itu dengan air(non chlorine). Bahagian mulut dihalakan sehinggalah lintah mula menghisap darah kita itu. Di bahagian kepala paling payah, maklumlah kita lelaki ini kan pakai minyak rambut, lintak tak suka. Setelah berkali-kali mencuba dan menukar lintah barulah berjaya kepala aku di hisap lintah.  

Apa rasa memula digig lintah?? sama macam kalau korang kena kalau kat sawah tulah rasa gatal...biarjek lelama hilanglah..tapi yang bahagian aku tak tahan sebab  badan dia mengeluarkan lendir so bertahan jelah menahan geli hehehe...


Leher pun belasah jugak susah beb aku amik sendiri gambar ni

1 comment: