Friday, August 5, 2011

Balik Kampung

Semua orang mempunyai cara tersendiri menyambut Ramadhan. Bagi aku setiap kali Ramadhan aku make sure aku balik Kuantan dan berbuka dengan semua family aku. Satu benda yang orang lupa ialah bila kita bujang kita senang sebab nak fikir satu pihak sahaja tetapi apabila telah berkahwin kita ada dua family yang kita wajib berlaku adil kerana mereka juga keluarga kita. Beban?? memang beban sebab itu tanggungjawab wajib yang kita harus pikul...






 Sun Rise yang aku sempat rakamkan guna camera iPhone.

Pada tahun ini aku bertuah sebab dapat cuti sehari untuk pulang pada hari Jumaat ke Kuantan kira macam bercuti 3 hari 2 malam ke Kuantan lah ni. Punya excited aku ni bagun kul 3 pagi untuk bersahur, lepas tu berkemas-kemas kononnya nak keluar awal takut jam nanti maklumlah bertembung dengan orang nak pergi kerja kan.

Jam 4.45 pagi kami bertolak dari Putrajaya...pehh memang awal...sepanjang perjalanan banyak persinggahan rupanya... pertama singgah isi minyak, Alia ke toilet dan aku beli 100 plus. Pastu singgah Stesyen Minyak Petronas yang sebelum tol Bentong tu untuk solat subuh. By the way surau dia ada dua satu kat sebalah cafe D'Serai yang terkenal mahalnya tu yang kedua surau dalam Mesra Shop tu. cadangan aku solatlah kat surau yang dalam mesra shop tu. Next Pit Stop aku lak ialah hentian apayek lupa dah sbb tangki aku bocor (membesir)....memandu tu ngantuk pulak tido kejap kat hentian Maran. Aku heran tido tu kejap jek sebab sama lamanya dengan bibik aku ke toilet tapi dia punya lena pehhh siap mimpi lagi...Alia komen lak siap berdengkor...hahahah apapun bangun tu segar bugar....

Terus memandu dan sampai rumahku di Balok jam 8.45am...emmmm tak sabar nak berbuka makan juadah yang emak aku sediakan...apapun masakan ibu still ter best kan...

p/s: Alia masak pun best jugak....alhamdulillah sanggup gak Alia masak untuk aku...tanggungjawab suami tu sediakan makanan hehehehe...tak apa Alia dapat pahala banyak sebab menyediakan masakan untuk orang yang berpuasa...

1 comment:

  1. Jugak la pulak ayat dia...!! Never mind, ayat tu ikhlas

    ReplyDelete