Lelaki lebih suka di belakang sebab tu nampak ramai perempuan.
Tajuk tazkirah kali ini ialah Transformasi Ramadhan. Uztaz Hasrizal mengetengahkan idea beliau iaitu PIES.
P = Physical
I = Intellectual
E = Emational
S = Spiritucal.
Detail tentang PIES ni boleh dibaca jugak di blog Saiful Islam. Uztaz ada buat analogi lagi untuk kita memahami PIES.
Komen/apa aku dapat;
- Ustaz bercakap dengan santai dan joke terkawal yang mudah difahami. Pesan yang paling menarik ialah kalau mengantuk tidur sebab itu ada fardhunya dan beliau tidak kecik hati kalau orang tidur. Uztaz kata ada 2 golongan orang yang tertidur di traffic light pertama ialah doctor baru balik dari "on call" kedua uztaz yang abru balik lepas bagi ceramah.
- Transformasi tidak mungkin berlaku kalau kita asyik mahu berubah kerana orang lain sebab transformasi akan hanya berlaku sekiranya kita buat kerana diri kita.
- Analogi uztaz pasal boss marah secretary, secretary pulak marah project manager sehingga berlarutan kepada project manager balik rumah marah isteri, isteri marah anak dan akhirnya anak kecil menendang kucing. Persoalannya siapa yang salah? Memang benar kita yang sepatutnya break the chain...Analogi ini sangat mengingatkan aku SM lama aku yang sudah resign, sesungguhnya dia orang yang sangat hebat, walaupun baru kena marah (jeritan tahap gaban dari CEO) aku jumpa dia mintak sign MIS, SM ini boleh tenang jek dan review MIS aku pastu bagi buah fikiran dan direction yang clear jek kat aku. Benda ini yang aku miss him very much sebab aku tak jumpa dah orang cam dia.
- Ramadhan ialah bulan melatih TAQWA cuba untuk berkata tidak untuk latihan meningkatkan TAQWA. Bagaimana meningkatkan TAQWA...sedar diri dan kawal diri.
- Jangan menipu diri sendiri. Contoh menipu diri sendiri ialah meniru di dalam peperiksaan. Kata beliau meniru dan menipu diri sendiri adalah salah satu cara untuk menghina diri.
- Cabaran daripada Uztaz berkata tidak apabila hari sangat mahukannya. Ini mudah terjadi terutama kalau aku sendiri ke PARAM, niat nk beli 1 lauk dan 1 kuih tapi akhirnya penuh tangan. So cabarannya ialah berkata tidak bila kita terfikir nak beli yang bukan dalam plan...fuhh susah untuk aku buat tu terutama dengan makanan.
- Agak malang apabila kita sebagai tuan rumah terlalu takut untuk melanjutkan masa, perkongsian yang masih banyak rasanya mahu diberikan tetapi tuan rumah pun tidak memperlawa untuk melanjutkan masa...semuanya kerana takut nanti kena warning pulak...masyaAllah pernah aku terdengar sesi pertama dahulu big boss suruh pesan jangan lupa pulang lewat sikit kerana tazkirah terlebih masa. Kalau kerana akhirat terlalu berkira patutlah nikmat Allah tidak pernah cukup dirasakan.
"Nikmat Allah yang manakah hendak didustakan..."
No comments:
Post a Comment