Anak adalah nikmat Allah yang tiada tolok banding nya. Kami bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat tersebut. Ramadhan datang lagi dan aku terimbau Ramadhan tahun lalu...
Sebelum Ramdahan datang kami ambil keputusan untuk berpindah semula ke Semenyih dari rumah Mak Ngah yang kami duduk di Taman Desa. Bak kata kawan-kawan opis aku adalah supporter utama sewa rumah. Kami memang boleh diistilah sebagai normad kerana semejak berkahwin setiap tahun kami perpindah randah. Malah tahun lepas kami pindah 2 kali dalam setahun.
Kami berpindah ke Semenyih sebab Alia tak boleh memandu ke office dan aku memang tak nak dia stress kerana memandu. Kalau duduk di Taman Desa aku terpaksa ke Putrajaya dan berpatah balik melalui jalan yang sama ke Kuala Lumpur semula. Aku buat perbandingan jarak perjalanan, ternyata lebih kurang sahaja perjalanan aku dari Semenyih – Putrajaya – Kuala Lumpur iaitu pergi balik lebih kurang 150KM sehari. Alia pun di jangka bersalin hujung Ramadhan atau Raya so baik pindah jek sebab nanti berpantang di Semenyih jugak.
Tarikh 2 August 2011, maka genaplah Azizi 11 bulan dan ketika ini Ramadhan, indah sungguh nikmat Ramadhan ini kerana apabila berbuka itu ada sikecil di sebelah turut sama memeriahkan suasana. Malah kami siap bergegas ke Ikea beli kerusi khas untuknya boleh baca disini dan disini.
Wajah Azizi katanya telah banyak berubah compare dari dia lahir, itu orang kata. Tidak mengapa nanti aku buat susunan gambar Azizi dari umur sehari hingga ke setahun untuk birthday dia bolehlah tengok betul ke tidak.
Sekarang ini lepas aku solat sure aku ambil dia letak atas pangku dan tadah tangannya untuk berdoa ..hopefully dia belajar dari sekarang untuk berdoa dari Allah untuk mendapat sesuatu. Aku sangat teruja dengan semua pengalaman ini. Syukur Alhamdulillah...
touching...iskk..iskk...tahan air mata
ReplyDelete