Friday, August 12, 2011

Tazkirah Jumaat

Sempena Ramadhan office aku (emmm Ya Allah permudahkanlah hijrah ku) mengadakan tazkirah setiap pagi dari jam 8.30 hingga 8.45 pagi. Untuk hari Jumaat ada special sikit. Tazkirah akan diadakan sejam dan ada penceramah jemputan.

Minggu lepas aku cuti hari Jumaat kerana menunaikan tanggungjawab sebagai anak, menziarahi ibu bapaku di Kuantan. Alhamdulillah minggu ini Tazkirah ini disampaikan oleh MD/CEO PETRONAS Gas Berhad (PGB), En. Shamsudin Miskon (nama glamour En. Sam heheheh aku rasa nie orang yang bagi). Yes...jawa ni bukan tok guru mahupun ustaz, tapi dia menyampaikan tazkirah kepada kami, ini kali kedua semenjak aku di sini. Kiranya penceramah tetap bulan ramadhan kami.






Beliau membawa cerita tentang taqwa...dan ramadhan adalah bulan untuk melatih taqwa...menariknya dia memetik pelbagai ayat Al-Quran. Beliau juga membuka mata aku yang Allah pun bagi banyak sekali angka dalam ayat-ayatnya. Untuk kita berfikir. Mampukah 30 hari membawa taqwa ke peringkat tertinggi...Aku harap aku mampu mendidik diri aku sendiri menjadi lebih baik dari sebelumnya...

Sangat menarik pendekatan beliau. Mengaitkan ayat Quran, buat calculation tentang number yang ada dalam ayat quran...memang lain sungguh pendekatan dia ni. Apa yang beliau cover ialah dari alam perut sehingga hari pembalasan syurga dan neraka. Menarik kerana apa sahaja kita lakukan sebenarnya kita tidak mempunyai pilihan pada pendapat aku. Kalaulah masa didalam perut kita diberi pilihan untuk tidak mempunyai tangan dan kaki sure kita hendak sebab kita akan ada ruang yang lebih besar di dalam perut ibu sebab masa itu kita tak tahu pun kita akan lahir ke dua dan memerlukan tangan dan kaki.

Peringatan yang dia tidak pernah lupa buat semua ialah  bersedekah...sedekah yang sering kita lupa ialah bersedekah kepada ibu bapa dahulu...yang ini memang tiap tahun dia tidak lupakan untuk sharing..so mesti amalan beliau ini...dan beliau ternyata merupakan orang berjaya...so cara  senang hendak berjaya ialah copy apa yang orang berjaya buat....aku pasti sudah banyak hati yang telah En Sam sentuh...





...."janganlah kamu mengejar dunia sebalikya kejarlah akhirat...nescaya dunia mengejar kamu...

No comments:

Post a Comment