Malam tadi balik rumah hampir jam 10.00 malam aku tengok bibik aku sedang menonton cerita Melayu kat TV1. Bibik aku memang suka tengok drama (kalau siang dia layan sinetron aku tau) malam pulak layan cerita melayu. Aku pun duduklah menonton tajuk drama tu 100 hari. Drama ini sebenarnya mengupas tanda-tanda yang Allah berikan 100 hari sebelum kematian kita. MasyaAllah kasihnya Allah pada kita hinggakan memberi tanda sebelum menjemput kita PULANG. Hanya kita sedar atau tidak sahaja. Drama ini menunjukkan 2 watak yang satu beramal solleh dan satu lagi tidak beramal. Ketika aku mula menonton sudahpun hari ke yang ke 40 menjelang kematian.
Tanda 40 Hari Menjelang Kematian.
Tanda ini akan berlaku pada waktu Asar. Akan terasa denyutan pada pusat, akan terjatuh daun yang tertulis nama insan tersebut pada bahunya. Malaikat Maut mengiringinya setiap saat dan adakala malaikat akan menjelma dan ketika itu insan tersebut akan kebingunan.
Tanda 7 Hari Menjelang Kematian
Selera insan itu akan bertambah dengan mendadak.
Tanda 3 Hari Hari Menjelang Kematian
Akan terasa denyutan pada dahi tengah iaitu antara dahi kiri dan kanan.
Mata hitam kita juga tidak akan bersinar lagi.
Hidung akan terjatuh sedikit, ini dapat dikesan jika melihat dari bahagian sisi.
Telinga akan layu dimana bahagian hujungya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 Hari Hari Menjelang Kematian
Berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan si sebelah belakang iaitu kawasan ubun-ubun di mana ini mendakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Aku rasa aku bagi full star untuk drama ini. Lakonan Reszuan Hashim sebagai orang kaya yang lalai kepada ajaran Islam tp at least bina masjid (banyak pahala tu siap berterusan selagi orang gunakan masjid tersebut) dan Zul Huzaimi sebagai pemandu orang kaya yang beramal soleh. Aku tabik Zul nie sanggup berlakon dimandi dan dikafankan. Tentu rasa yang berlainan sekali dalam jiwa dia.
No comments:
Post a Comment