Aku amat pasti semua orang mengenali logo orang cacat di atas. Berapa ramai pulak yang boleh mengaku sejujurnya mereka sensitive dengan logo tersebut. Contoh terbaik tempat meletak kereta khusus bagi orang cacat.
Nampak kakak baju Oren tu (sorry lambat snap gambar dia sebab dia parking dan turun lalu berlalu dengan lajunya) sihatkan boleh jalan catwalk lagi tapi malang tak sensitive tengok gambar bawah kat mana dia parking.
Aku post gambar di atas di FB Group tempat aku duduk ni, sebab kuaters Kerajaan Putrajaya aku duduk ni. Pelbagai jawapan diberikan termasuklah "tiada orang cacat tinggal di block tersebut". Jawapan itu paling tidak dapat diterima sememangnya parking itu Khas untuk golongan cacat padahal ada beratus lagi parking untuk orang sihat. Jawapan terbaik ialah PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Kita bukan tau hari itu ada orang cacat nak datang.
Apa pendapat korang tengok gambar di atas? Bolehke kakak itu parking di tempat orang cacat?
Anak dia yang kecik tu boleh berjalan dah sebab dia letak jek budak tu laju berlari. Aku tetap tidak boleh menerima apa sahaja alasan yang dia berikan untuk kata dia boleh parking di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk orang cacat. Bukan aku nak kata ini hanya berlaku di tempat tinggal aku actually berlaku di mana-mana dan dilakukan oleh 1 Malaysia. Ahad lepas masa kami ke Tesco Semenyih begitu juga. Aku lihat ada parking kosong bila nak masuk parking nampak logo atas tu so cancel parking, next tu selamaba kelisa masuk parking tanpa rasa bersalah.Aku cuba untuk menjadi insan yang sensitive.
Semalam aku baca kat notice board, rupanya kat block aku ni ada seorang kurang upaya. Di meletakkan nombor kereta dia di tempat letak kereta yang khas buat orang macam dia. Ada juga rupanya entah sengal mana pergi tanggalkan plat nombor yang di letak kat parking khas cacat tu...BODOH ke apa mamat yang tanggal plate tu.
Cubalah kita sama-sama menjadi sedikit perihatin...tak apalah aku start dengan diri aku sendiri untuk permulaan, mungkin yang baca post ni jugak boleh start jugak.
dia mmg cacat..sbb tu dia parking tempat org cacat..'cacat akal'
ReplyDeletehahahah...itu ada kemungkinan yang hampir pasti tu
ReplyDelete