Sunday, August 14, 2011

Lin Dan Juara Piala Dunia Badminton 2011

Penantian pemain badminton Malaysia selaku Juara Piala Dunia Badminton masih belum berakhir.Sebelum pulang ke rumah Putrajaya dari Semenyih sempat aku menonton siaran langsung perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei (DLCW) vs Lin Dan.

Memang perlawanan yang sangat mendebarkan yang seronok ditonton. Walaupun DLCW tewas kepada Lin Dan setelah bermain 3 set 22-20, 14-21 dan 21-23 apa yang semua harus ambil iktibar ialah semangat perjuangan DLCW.

Pendapat aku DLCW lebih bagus permainannya cuma dihampakan dengan error yang beliau sendiri beliau macam silap jangkaan, menjangkakan bulu tangkis keluar sedang masuk ini ketara semasa set kedua apabila Lin Dan mengutip 3 mata mudah berturut-turut atas kesilapan ini.

Persoalan aku ialah selepas DLCW (yang semakin berusia) who is next??? Macam tak ada jek..Siapalah boleh jawab soalan aku ini. Rashid Sidek boleh tolong jawab ke sebagai ketua jurulatih persoarangan negara.

No comments:

Post a Comment