Road Safety…aku tak tahulah dah berapa banyak kerajaan dan bukan kerajaan belanja untuk buat campaign road safety. Nampaknya tahun nie Group HSE kami juga buat inisiative untuk buat kempen RAYA ROAD SAFETY CAMPAIGN.
Mereka menggunakan dua kaedah iaitu electronic dan bukan electronic. Bukanlah canggih pun electronic tu guna email lah..hantar kepada semua orang. Manakala bukan electronic mereka terbitkan broacher. Mereka bagi tips penekanan kepada;
PEMANDU
Sebelum perjalanan kena berehat , guna seatbelt, jangan bercakap di hand phonesemasa memandu, ikut speed limit dan jangan ikut terlalu rapat.
KENDERAAN
Service kereta, pastikan semua tip top, pastikan break berfungsi dengan baik, lampu dan signal juga kena pastikan berfungsi, tayar dan tayar spare dalam keadaan yang baik, wiper jugak yang penting tetapi sering dilupakan kena make sure boleh sapu air jangan lepas sapu atas air.
PERJALANAN
semua benda kena plan begitu jugak perjalanan kena plan awal, bawak makanan kalau perlu untuk berbuka puasa, kalau ada anak tu make sure anak ada aktiviti untuk mengelakkan mereka bosan sepanjang perjalanan. Tempat rehat pun kena rehat sebab pemandu kena rehat selepas 4 jam memandu.
Menurut survey, pada tahun 2009, 18 KEMATIAN kerana road accident berlaku setiap hari.
No comments:
Post a Comment