Tuesday, August 23, 2011

Iftar The Royale Chulan

Iftar kat The Royal Chulan nie aku ikut si Azrul...dia tokey hari ni. Kami berbuka di sini pada hari Rabu yang lepas.


Sebelum berbuka puasa sempat si Botak nie pergi beli gadget baru dia, HTC Flyer. Dah asyik pergi usha jek akhirnya si botak beli dengan jayanya.

Konsep berbuka di sini ala-ala timur tengah lah pulak. Siap bila kehadiran ko tu diumumkan ala-ala cerita P Ramlee pulak. Geng buka puasa hari ini, Azrul, Botak, Firdhaus dan aku.








"Tokey" hari ini.















Kambing




Sup ekor












Ada life performance dan penyanyi tu sendiri melaungkan Azan apabila masuk waktu Magrib.
Komen,
  1. Bayaran seorang RM99 nett. Katanya ada 800 lebih juadah yang disediakan dari timur hingga ke barat.
  2. Konsep gerai jugak macam Istana Hotel
  3. Kambing biasa-biasa jek...peh everytime pun aku makan kambing.
  4. Kelainan kat sini ada bakar-bakar. Ikan, udang, lala, sotong, pari dan tidak ketinggalan belut jugak dibakar.
  5. Hotel ni memang cantik sebab banyak menggunakan ukiran kayu tetapi hairan kurang mendapat tempat untuk kursus anjuran holding company mahupun anak syarikat yang lain.
  6. Surau hotel ini agak luas dan untuk tambahan turut di sediakan surau sementara.
  7. Decoration tempat berbuka yang serba superb ini korang nak tahu siapa buat...korang kenal wedding planner yang glame tu...PAK ABU...
  8. Ada adengan kurang enak sebelum berbuka, budak sebelah meja kami muntah mungkin kerana kurang sihat. Nasib emak dia bawak plastik beg..tapi kembang tekak jugaklah tertengok (surelah dah bunyi meloya kuat tu).
  9. Secara keseluruhan memang banyak jenis makan seperti yang diwar-warkan. Tidak semua makanan aku rasa tetapi keseluruhan aku suka variety makanan yang disediakan dan tempatnya tidaklah seteruk mana walaupun macam kemah besar yang dipasang di antara dua bangunan. Sila lihat gambar di bawah untuk gambaran lebih jelas tempat berbuka ini.

    No comments:

    Post a Comment