Monday, August 29, 2011

Tazkirah Jumaat




Tazkirah pada Jumaat lepas disampaikan oleh Ustaz Hanafi Aziz dari Terengganu. Uztaz ni boleh aku katakan uztaz tetap untuk tazkirah di bulan ramadhan ini sebab tahun lepas pun dia dijemput. Mungkin kerana keberanian beliau dan lucu beralas beliau yang menyebabkan CEO aku pun suka agaknya.

Uztaz Hanafi bawak tajuk "hari mengingati hari Kiamat". Uztaz Hanafi cakap for sure penceramah lain sudah memperkatakan pasal Ramadhan so tak payah nak ulang topik tu lagi. Oleh sebab hari itu adalah hari Jumaat dan Kiamat dikatakan akan berlaku pada hari kiamat maka Uztaz Hanafi membawa topik mengingati hari kiamat sebagai topik tazkirah.

Satu jam tazkirah yang sangat menarik kerana dengan mengingatkan kita tentang hari kiamat yang merupakan peristiwa pasti. Pesan yang paling aku ingat ialah cuba sebelum tidur bayangkan malaikat maut datang menjenguk kita dan mengambil nyawa kita. Satu tazkirah yang memngingatkan kita bahawa MATI ITU PASTI, HARI KIAMAT ITU PASTI. Kesedaran ini juga secara tidak langsung menggalakkan kita di bulan Ramadhan ini untuk lebih tekun menambah Taqwa, mencari keredhaan dan keampunan Allah.

Pesanan lain yang menarik ialah "JADILAH HAMBA ALLAH BUKAN HAMBA RAMADHAN". Juga ambil peringatan pesanan Prof Kamil, cabaran terbesar dalam hidup ialah meneruskan amalan baik kita apabila sudah menikmati kejayaan. Bolehkah kita meneruskan amal iabadat kita seperti yang dilakukan pada Ramadhan kerana kita sudah berjumpaan kejayaan Syawal. Tepuk dada tanya iman...

No comments:

Post a Comment