Aku mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Jaafar Balad yang meninggal dunia kerana tertimbus dlam kejadian tanah runtuh di perkampungan orang asli Sungai Ruil, Brinchang, Cameron Highlands.
Katanya kejadian itu berlaku jam 5.45 petang hari ahad semasa hujan lebat. Dikatakan juga lebih 100 anggota polis, bomba dan Jabata Pertahanan Awam bersama bantuan penduduk berusaha dalam operasai mencari aruah bersama isteri dan seorang anak mereka yang tertimbus. Perkampungan itu terletak kira-kira 2 kilometer dari Jalan Brinchang ke Tanah Rata dan nak masuk ke kampung tersebut, pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki.
Photo atas dari Berita Harian, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah didiringi Datuk Liow Tiong Lai dan MP Cameron Highland, Datuk SK Devamany melawat keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di perkarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom. Nampaknya TM Pahang sama macam Sultan Ahmad Shah, segera mencemar duli melawat rakyat yang di timpa bencana. Aku juga perhatikan TM Pahang sedang melatih anak-anaknya untuk merapati rakyat.
No comments:
Post a Comment