Update di sini.
Aku tak tahu lah korang amik berat atau tidak pasal pendaftran biometrik ni..tetapi sebagai majikan yang menggajikan warga asing sebagai pembantu rumah (secara sah yek), aku rasa terpanggil untuk memastikan adakah aku perlu membawa pembantu rumah aku untuk mendartarkan kesepuluh cap jari nya ke dalam sistem immigration nya...hehehehhe....
Aku tak tahu lah korang amik berat atau tidak pasal pendaftran biometrik ni..tetapi sebagai majikan yang menggajikan warga asing sebagai pembantu rumah (secara sah yek), aku rasa terpanggil untuk memastikan adakah aku perlu membawa pembantu rumah aku untuk mendartarkan kesepuluh cap jari nya ke dalam sistem immigration nya...hehehehhe....
Aku bertanya sendiri kepada pegawai immigration yang bertugas di Pejabat Immigration Putrajaya. Selamba dia cakap tak payah kalau halal. Padahal dalam Berita Harian tarikh 15.07.2011, Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Sektor Dasar Imigresen dan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata bagi majikan yang menggaji pembantu rumah asing, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran bagi tujuan itu atau mereka boleh berbuat demikian ketika memperbaharui permit pekerja masing-masing.
Dah kena tidur sini sebab tu busuk cik Kak...
Satu aku nak komen kemain lagi menteri bertanggungjawab buat komen, “kita tidak akan lanjutkan tarikh pendaftran biometric”...berita hari Khamis lepas ramai yang complain dan berkata pasti jika kerajaan tidak lanjutkan pasti tak sempat untuk mendaftarkan semua pekerja sah. Ada majikan yang suruh pekerja mereka terus berbaris dan tidur dalam barisan, sanggup supply makanan untuk memastikan mereka dapat daftar ke esokkan harinya. Paling best ada komen kata kenapa start kul 10 pagi hari ini padahal sepatutnya start kul 8 pagi...peh pegawai kerajaan apa mistake ko buat ni....delivery sector awam, KPI KSN tu...
Parking Penuh beb...
Surat Khabar hari Sabtu pulak...menteri lanjutkan tarikh pendaftaran biometric pekerja halal sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak...hari ini pulak iaitu hari pertama kita puasa ni, 01.08.2011 akan bermula pula pendaftran pekerja tidak sah (PATI). Korang tahu tak apa yang Kerajaan melalui immigration sedang buat ni..well biar aku kongsi sikit...
Parking sebelah ni kosong tapi ada pengambaraan TV lak..
Korang pasti ingat pasal banyak makmal yang telah dijalankan yang mana lead by PEMANDU. Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) telah mencadangkan program 6P untuk menyelesaikan secara total Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin.
Korang Tanya lak 6P, apa barang nie? Heheeh sebenarnya ada enam program akan dijalankan iaitu PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.
Kalau korang nak tahu secara detail 6P tu bolehlah bertanya kepada professor serba tahu, Mr. Google
p/s:- Gambar atas kredit to Mr. Google.
No comments:
Post a Comment