Tuesday, August 9, 2011

Surat

Surat merupakan medium berkomunikasi dari zaman dahulu sehinggalah sekarang. Oleh keranan perkembangan teknologi kita sekarang lebih mudah berkomunikasi melalui cara-cara lain yang difikirkan lebih mudah. Surat walaubagaimanapun masih digunakan terutama dalam banyak urusan rasmi. Malah sepanjang aku bekerja 3 tahun di anak syarikat sekarang, bila anything default by supplier, boss sure akan tanya,"ko dah issue surat".

Jumaat lepas aku bercuti kerana pulang ke Kuantan sebab nak berbuka puasa bersama parent aku. Aku menerima message Whatsapp dari teman di office berkaitan dengan assignment letter untuk kami semua. Paling aku gembira di beritahu surat untuk aku dalam folder berlainan. Tetapi aku harian juga sebab hari Khamis sebelum balik aku da bertanya dengan staff HR perihal perjumpaan aku dengan CEO ada perkembangan baru ke tetapi ternyata katanya tiada apa-apa masih sama.

Isnin masuk kerja, sudah tertentu topik hangat kami adalah assignment letter. Kebanyakan rakanku sudah mendapat  assignment letter menariknya banyak yang mendapat tempat baru pulak dalam CAT MAN ada jugak yang di assignment ke operation. Pagi lagi ada seorang manager ni update kat aku yang mengatakan those "transit" people memang tak akan dapat surat. Seorang temanku inform dia pun tak dapat surat lagi dan dia nampaknya dalam perancangan untuk di hijrahkan ke Kerteh. Aku sebenarnya bersyukur sebab tak dapat assignment letter tu...hihihii...malah lagi bersyukur bila dapat tahu department yang sepatutnya aku di assign sudah ada 2 orang yang assignment letter mereka sudah dikeluarkan oleh HR.

Untuk menyenangkan hatiku, aku mengadap boss HR. Aku sampai jek dia dah senyum tengok aku. Alhamdulillah nama ku sudah diarahkan oleh CEO kepadanya untuk dimasukkan ke dalam perbincangan di dalam next PDC iaitu pada hari Khamis ini. Syukur kepada Allah atas nikmatnya di Ramadhan ini.

Perjuangan masih belum selesai, aku berdoa hijrah ini diizinkan dan di mudahkan oleh Allah. Aku juga tumpang gembira bila seorang teman aku di office dengan beraninya menyampaikan surat resign untuk berhijrah ke tempat baru. Aku berdoa agar di maju jaya di tempat barunya nanti, dari pengamatan aku dia sememangnya mampu kerana semangat dan attitude yang dia ada. So KPI dia dah tercapai, InsyaAllah KPI aku jugak akan tercapai. Ops KPI apa? KPI untuk berhijrah...

No comments:

Post a Comment