Iftar beramai-ramai memang best walaupun bersama teman sekerja. “Geng Marangkerapu” berjaya sekali lagi berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga. Kalau tahun lepas kami ke Marriot Putrajaya, tahun ini kami ke TAMAN SARI ISTANA HOTEL.
Mereka yang hadir pada kali ini ialah;
- Aku, Alia,Azizi dan bibik kami
- Abdullah Fahmi, Isteri, 4 orang anak dan bibik. Sekarang dah jadi Manager so “from buddy to boss”.
- Wan Edrin (solo jek). Kawan sorang nie dah transfer out.
- Mohd Affendi, isteri dan sepasang cahaya mata
- Zulhefly bersama anak perempuannya (isteri dalam pantang)
- Izwan sekeluarga – anak demam panas.
- Firdhaus – balik kampung (parent lebih utama beb)
Pada awalnya kami memilih Putrajaya International Convention Centre (PICC) agak malang apabila organizer, Zul nak buat booking dah penuh untuk hari Sabtu. Rupanya ada rahmatnya, PICC tidak menyediakan kerusi untuk budak. Benda penting yang biasanya kita assume ada disediakan.
Oleh kerana semua orang agree hanya hari Sabtu maka kami explore few option lain. Nasib baik ada adik Fahmi (yang jugak merupakan adik ipar Zul) menyelamatkan keaadaan apabila dia ada kawan untuk membolehkan kami berbuka d Istana Hotel dengan harga Voucher lagi (hence below publish price). Ok semua set hari Sabtu tu Cuma Firdaus yang memang dari awal dah decline sebab nak balik kampung. Pagi Sabtu tu Izwan inform dia tak dapat pergi sebab anak dia demam panas.
Komen tentang Buffet Ramadhan Istana Hotel pulak.
- Mereka mengaplikasikan konsep gerai yang mana setiap gerai menyediakan jenis masakan yang berbeza.
- Setiap gerai ada chef yang melelong makanan gerai mereka. Pada mulanya aku agak hairan kenapa mereka bersungguh-sungguh melelong dengan terpekik telolong which actually memeriahkan suasana. Ada kalanya aku rasa macam lebih bingit dari pasar ramadhan pulak. Akhirnya aku tahu apa puncanya, mereka mahu kita habiskan makanan cepat tempat gerai yang mereka jaga so bolehlah tokey gerai berehat dan berbuka dengan aman, good strategy.
- Secara keseluruhan pelbagai juadah disediakan, Semuanya boleh meemenuhi selera bukan sahaja orang Melayu malah kaum lain jugak. Kuih muih melayu pun ada, goreng-goreng pun ada, pisang goreng sampai cempedak goreng pun ada. Zul cakap cempedak goreng dia best kalau compare kat pasar ramadahan .
- Ada 2 jenis nasi beriyani di sini iaitu nasi beriyani Johor yang mana gerainya bersebelahan dengan nasi beriyani Mumbai. Untuk adil aku ambil separuh-separuh. Pada aku nasi beriyani Johor lebih sedap sebab nak beriyani Mumbai tu kering sangat walaupun sebenarnya rasanya tak banyak berbeza, warna pulak nasi beriyani johor lebih gelap.
- Tentang kambing golek pulak (juadah wajib kalau buffet yang lebih RM90), rasanya kambing golek di KL Convention Centre lebih menarik sedap pada selera aku lah.
- Safety aku ada concern sikit sebab kaki lima antara gerai tu ada yang tinggi rendah dan tiada langsung tanda atau color yg terang untuk menunjukkan jalan itu tidak rata. Satu lagi bila hujan those yang duduk dengan dengan kolam renang diletakkan bawah kemah, lantai tepi basah sebab air turun ikut penghadang tepi tu menyebakan bahaya licin (tergelincir).
- Secara keseluruhannya ok, tapi kalau korang ada peluang pilih lebih baik ke KL Convection Centre.
Kambing goleh yang sudah dilapah
Roti
Geng Marangkrapu yang hadir
Melepak di lobi Istana Hotel ada live band
No comments:
Post a Comment